29 December 2009 | By: shah

Petua Dari Sumber Semula Jadi

HALBA BAIK UNTUK KESIHATAN


Halba antara salah satu herba yang cukup popular digunakan dalam masakan.  Bukan itu saja, halba turut banyak digunakan dalam perubatan dan merupakan antara ubatan yang tertua di dunia ini iaitu sejak zaman Nabi Muhamad SAW yang pernah bersabda: " Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " .  Malah bapa perubatan Yunani, Al - Abqirad (Hippoctaes) turut menggunakannya.

Antara kegunaan halba dalam perubatan ialah:

1. Jika diminum sebagai teh,
    - Menghilangkan kembung, sebu dan senak perut.
    - Menguatkan jantung.
    - Melegakan sakit kepala dan migrain.
    - Membuang angin.
    - Menyembuhkan buasir.
    - Mengurangkan berat badan.
    - Mengawal kencing manis.
    - Merawat bisul dan radang kulit.
2. Jika diminum teh halba yang dicampurkan dengan madu,
    - Dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah.
    - Dapat mengelakkan anemia.
3. Merupakan ramuan tradisi yang mampu menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
4. Memanaskan buah pinggang.
5. Merawat mati pucuk.



DAUN BETIK UNTUK RAWAT DENGGI?


Dalam perubatan, masih belum ditemui penawar sebenar untuk demam denggi.  Namun terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk meredakan demam denggi ini.  Antara yang dikatakan terbaik ialah dengan meminum jus daun betik.  Dikatakan jus daun betik dapat meningkatkan semula kadar platlet darah.  Untuk mendapatkan jus itu, anda tidak perlu untuk merebus atau merendamnya di dalam air panas kerana ia boleh menghilangkan khasiatnya.  Sebaliknya anda cuma perlu lumat atau hancurkan daun betik tersebut hingga ia mengeluarkan jus.  Dengan hanya dua helaian daun betik itu, anda akan mendapat jus sebanyak satu sudu teh kecil.  Ia memang sangat pahit tetapi dipercayai efektif dapat meredakan demam denggi.



HILANGKAN PARUT SECARA TRADISIONAL


Mempunyai parut terutamanya yang jelas kelihatan ada kalanya agak memalukan, memandangkan rasa kurang yakin dan merasa nilai diri yang agak rendah.  Teknologi moden memang ada untuk menghilangkan parut antaranya dengan menggunakan laser tetapi sudah pasti kosnya agak mahal dan kebarangkalian mendatangkan kemudaratan memang ada.  Jangan risau, ada cara alternatif untuk menghilangkan parut walaupun mungkin ia mengambil masa yang agak lama tetapi mudah dan ternyata berkesan.

Dengan menggunakan ekstrak lemon, ekstrak timun dan kulit pisang, anda boleh lakukannya di mana - mana saja.  Caranya mudah, anda hanya perlu menggunakan salah satu dari bahan tersebut dan kemudian sapukan di tempat yang berparut.  Biarkan ekstrak bahan tersebut di bahagian berparut antara 5 hingga 10 minit dan kemudian  baru dibilas dengan air yang bersih.  Lakukan perkara yang sama antara 2 hingga 3 kali.  Amalkan perkara ini sehinggalah parut tersebut sudah ghaib dari tubuh badan anda.



BANYAK MINUM AIR MINERAL, KESIHATAN MANTAP!

Pakar perubatan sudah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi adalah bagus untuk kesihatan.  Di Jepun, pakar perubatan di sana telah berjaya dengan kajian yang dijalankan berkaitan faktor kesihatan dan penyakit - penyakit yang sembuh 100 peratus apabila para pesakit mengamalkan meminum air mineral setiap hari.  Antara penyakit tersebut ialah sakit kepala., artritis, epilepsi, asma, TB, meningitis, masalah buah pinggang, sistem jantung, masalah pencernaan, gastrik, cirit - birit, batuk, masalah penglihatan, kanser dan banyak lagi.  Pakar perubatan dari Jepun juga menyarankan anda melakukan perkara seperti di bawah untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih sempurna:

  • Sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi, minum air mineral sebanyak 160ml.
  • Selepas memberus dan membersihkan gigi serta mulut, elak dari minum air atau makan apa - apa dalam tempoh kurang dari 45 minit.
  • Selepas 45 minit tersebut, barulah anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit dari mengambil sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum apa - apa selama 2 jam.
  • Elak dari meminum air sejuk ataupun air terutamanya ketika mengambil hidangan yang berat.  Ini kerana minuman yang sejuk lebih mudah memerangkap kandungan minyak yang terdapat di dalam badan lantas bertukar menjadi kolestrol.
27 December 2009 | By: shah

10 TANDA penting yang perlu anda tahu

  • Jika mata anda menjadi merah, ini bermakna hati anda mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan sedang dalam proses pembuangan toksin.

  • Bibir yang pucat menandakan sistem penghadaman yang lemah, peru mengandungi angin dan kurang darah disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

  • Lidah atau gusi bengkak dan sakit menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah dan saluran koronari tersumbat.

  • Telinga terasa tersumbat bermakna buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.


  • Ruam dan bisul menandakan badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.






  • Sakit di bahagian bahu menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang

  • Sakit tumit kaki menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

  • Rasa pening yang merunsingkan menandakan kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

  • Muntah darah merah menandakan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pula pembuangan tisu yang rosak di bahagian perut.

  • Sakit badan yang menyentap menandakan proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ -organ badan.
So apa tunggu gik... sebelum kitak orang sakit, bagus kita elak dari terkenak dan mula kan lah gaya hidup yang sihat!!!

Air Suam Kurangkan Risiko Serangan Jantung?



Agak menyegatkan apabila minum air sejuk semasa menjamu selera. Tapi mengikut pakar kesihatan, air sejuk akan melikatkan minyak yang terkandung di dalam hidangan anda. Lalu ia akan melambatkan proses pencernaan. Juga gumpalan minyak ini akan bertindak balas dengan asid di dalam perut, sekaligus akan pecah dan diserap pula oleh enzim intestine dengan lebih cepat. Lama - kelamaan ia akan bertukar menjadi lemak dan apabila ia semakin banyak tergumpul terutamanya di bahagian saluran darah, arteri dan jantung, maka risiko untuk mendapat sakit jantung adalah lebih tinggi.



Justeru, masih belum terlambat untuk anda mengamalkan minum air suam atau panas selepas makan kerana ia membantu mempercepatkan minyak dari hidangan yang dimakan itu menjadi tidak berkumpul di dalam badan kita...

Selamat mencuba!!!
18 December 2009 | By: shah

Cerita Baru Tahun Baru!!!

mulai 2010 aku nak tukar cara penyampaian blog aku plak... ekekeke apa pun just tunggu dan lihat aje la nnt... suka or x, ada aku kesah??? hehehehe
11 December 2009 | By: shah

masa pergi meninggalkan kita

lama dah rasanya kau x update blog aku ni... bukan sebab aku dah lupa nak update, tapi tu la masa dah berubah... bulan 10 ari tu aku sibuk dengan tempat praktikal aku... sekarang plak aku dah di serap masuk bekerja di tempat aku praktikal... alhamdulillah mungkin dah rezeki aku kat sana...
bukan hanya sibuk kat tempat kerja sahaja, tapi lepas balik kerja aku gie training, sebabnya badan aku dah naik giler2 skrg ni... ekekeke... makin aku ke gym makin plak naik... ingat kan dapat la nak kurang kan skit kan.... huhuhu, apa pun tu la rutin harian aku skrg ni... aku dah x de masa nak update blog... tambahan plak skrg ni, komputer aku x dapat nak di gunakan, ada masalah problem skit... ni pun aku tumpang guna lap top kawan aku, ye la masing2 ada blog sendiri, semua nak jadi tersohor kan... hahaha
erm... januari ni aku akan pulang ke kampung...x sabar plak rasanya nak rehat seminggu lebih kat kampung tu... ye la lama sangat blajar kan... dah tiba masa untuk masuk ke alam pekerjaan...untuk gaji pertama aku akan bg kat kuarga aku... sbb bagi aku apa yang penting ialah utamakan keluarga dahulu... ye la dah tanggungjawap anak kepada ibu bapanya kan...erm... pas cuti tu kena balik semula kat tpt kerja aku... entah sesuai x ke tpt kerja tu ngan jiwa aku ni... harap x de la masalah untuk aku terus bekerja kat sana....
nak tau aku kerja kt mana? biar lah rahsia... hanya aku yang tau, dan pada yang dah tau tu... jangan bgtau kat orang lain plak... heheheh
plan next yr plak.. klu x terlambat lh.. aku nak cuba nasib lagi untuk AF... harap2 ada la rezeki aku tahun depan... dah puas dah aku cuba, kali ni aku dah dapat atasi masalah aku untuk berdepan dengan orang ramai dan kamera... berdikari mengajar aku untuk bermesra dengan semua orang..... heheheheh