28 February 2011 | By: shah

DIET ATKINS Rosakkan Pembuluh Darah???

Metode diet rendah karbohidrat atau diet Atkins diragui keberkesanannya. Pakar jantung dari Amerika Syarikat mengatakan diet tersebut akan menyebabkan kerosakan pembuluh darah sehingga menyebabkan penyakit jantung. Adakah ia Benar???

Seperti kajian yang dicatatkan, mereka yang mengamalkan diet Atkins biasanya tidak mengambil nasi, roti atau sumber karbohidrat lain. Mereka hanya memakan makanan tinggi protein dan lemak. Seperti saranan Dr.Michael Miller, Pengarah Pencegahan Penyakit Kardiologi dari Maryland Medical Center, Baltimore, Amerika Syarikat, amalan diet Atkins tidak bagus diamalkan kerana kadar LDL boleh meningkat sehingga 7 peratus.

 Dr.Miller membuat kajian ke atas 18 sukarelawan yang diminta menjalankan tiga metode diet berbeza selama sebulan. Setiap sukarelawan dipantau dan diukur kadar lemak dalam darahnya, termasuk tahap kolestrol dan keradangan yang berlaku pada pembuluh darah. Hasil kajian mendapati mereka yang mengamalkan diet Atkins mengalami keradangan pembuluh darah sebanyak 30 hingga 40 peratus. Selain kerosakan pembuluh darah, diet ini juga akan menambah risiko pengumpulan lemak yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
26 February 2011 | By: shah

AWAS!!! Kemurungan Pengaruhi Kesihatan

Satu penyelidikan global menyatakan bahawa kemurungan adalah lebih berbahaya kepada kesihatan manusia berbanding masalah kesihatan kronik lain termasuklah artritis, asma dan diabetes. kajian terhadap hampir 250 ribu orang mewakili 60 negara oleh World Health Organization yang diterbitkan di dalam The Lancet menemui, selain faktor ekonomi dan sosial, kemurungan adalah kesan paling negetif terhadap kesihatan. Ramai di kalangan kita tidak memperdulikan masalah ini walaupun rakyat di negara maju seperti United Kingdom sekalipun.

Kajian yang dilaporkan ini juga mencatatkan bahawa kebanyakkan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, tidak melakukan rawatan sama sekali. Menurut Marcus Roberts, Ketua Kebajikan Mental, kemurungan menyebabkan kesan gangguan terhadap kesihatan seseorang. Ini termasuklah berlakunya kesan negetif terhadap hubungan, kewangan dan prospek masa depan. Ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal seseorang.
24 February 2011 | By: shah

CIUMAN BAHAYAKAN PENDERITA ALERGI???

Menurut satu kajian yang dijalanakan oleh Dr. Rosemary Hallet, pakar alergi dan imunologi dari universiti California yang dibentangkan pada pertemuan tahunan ke-59 American College of Alergy, Asthma and Immunology, mendapati bahawa dengan seseorang yang baru makan menyebabkan alergi itu.

Kajian ini dijalankan melalui soal selidik yang dilakukan ke atas 440 responden termasuk pasangan suami isteri, lelaki dan wanita bujang serta kanak-kanak.  Hasil kajian itu mendapati 5 peratus menyatakan alergi mereka muncul apabila kucupan dengan orang yang makan kacang.  Keputusan kajian itu juga mendapati, walaupun makanan penyebab alergi itu sudah lama dimakan iaitu kira-kira dalam tempoh enam jam, namun alergi itu tetap terjadi biarpun mereka sudah menggosok gigi atau berkumur dengan pembersih mulut.
22 February 2011 | By: shah

14 KEAJAIBAN SEMULA JADI MADU ASLI & KAYU MANIS

Berdasarkan kajian perubatan yang dijalankan di Kanada pada januari 1995, campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah dan merawat beberapa penyakit.  Walau pun madu manis, namun pakar perubatan percaya ia tidak akan memberikan kesan negetif terhadap pesakit diabetes.  Berikut antara penyakit yang dipercayai boleh dicegah ATAU dirawat dengan mengamalkan campuran madu asli dan kulit kayu manis.


1.ARTRITIS
Pesakit artritis yang mengamalkan meminum secawan air panas yang dicampurkan dengan dua sudu campuran ini pada setiap hari boleh menyembuhkan penyakit ini.  Kajian yang dijalankan di Universiti Copenhagen menunjukkan 73 pesakit dari 200 orang yang mencuba amalan ini, sembuh 100% dari penyakit ini.


2.KEGUGURAN RAMBUT
Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut dan kebotakan, amalkan menyapu campuran satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis ke kulit kepala dan dibiarkan selama 15 minit.  Kemudian barulah dibilas dengan air sebersih-bersihnya.


3.JANGKITAN PADA PUNDI KENCING
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan sesudu madu, kemudian dicampurkan ke air suam dan minum.  Amalkannya.  Ia mampu membunuh bakteria yang ada di pundi kencing.


4.SAKIT GIGI
Campurkan satu sudu serbuk kayu manis bersama lima sudu teh madu, kemudian diletakkan di bahagian gigi yang sakit.  Lakukan tiga kali sehari sehingga sakit gigi itu hilang.


5.KOLESTROL
Dua sudu teh madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis yang dicampurkan dengan 16auns teh, mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam masa kurang dari 2 jam.


6.MASALAH KESUBURAN
Dalam sejarah perubatan, Yunani dan Ayuverda menggunakan madu sejak sekian lama untuk memastikan air mani lelaki subur.  Justeru, pengambilan dua sudu madu sebelum tidur mampu memberikan kesuburan kepada golongan lelaki.  Untuk wanita pula, campuran setengah sudu serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu boleh meningkatkan kesuburan.


7.SAKIT PERUT
Campuran madu dan serbuk kayu manis bukan saja mampu melegakan perut yang sakit, malah mampu membersihkan perut.  Ia juga mampu membebaskan angin-angin di dalam perut.  Malah campuran ini juga mampu mengurangkan berat badan!


8.SAKIT JANTUNG
Selain dari mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu dan serbuk kayu manis juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung.  Ia juga mampu membantu sistem pernafasan berjalan dengan lebih lancar dan mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


9.SISTEM IMUNISASI
Pengambilan campuran madu dan serbuk kayu manis mampu menguatkan sistem imunisasi dan melindungi tubuh badan dari jangkitan bakteria.  Para saintis telah membuktikan madu memiliki kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


10.PENGHADAMAN
Mengambil dua sudu campuran madu dan serbuk kayu manis membantu sistem penghadaman dan pencernaan berjalan dengan lancar.


11.SELESEMA
Pakar saintis dari Sepanyol telah membuktikan madu asli mengandungi bahan semula jadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.


12.MENGEKALKAN KESIHATAN YANG BAIK
Campurkan empat sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan tiga cawan air panas yang dibuat teh adalah salah satu amalan berkesan untuk mengekalkan kesihatan sepanjang masa.


13.JERAWAT
Campurkan tiga sudu madu dan satu sudu kayu manis kemudian disapukan pada jerawat sebelum tidur.  Keesokkan padi, bersihkan wajah dengan air suam.  Lakukan setiap hari selama dua minggu dan ia membantu menyingkirkan jerawat dan akar umbinya.  Malah ia juga membuatkan kulit sentiasa segar,  mengurangkan penuaan dan merawar masalah kulit seperti ekzema dan sebagainya.


14.NAFAS BERBAU & KURANG PENDENGARAN
Setiap pagi, amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu dan serbuk kayu manis, ia membantu menyegarkan nafas.  Malah amalan ini juga baik untuk mengekalkan daya pendengaran secara normal.
20 February 2011 | By: shah

Hangatkan Asmara Cintamu

ANDA semakin bosan di kamar tidur?  Melakukan ‘aktiviti’ itu dianggap rutin biasa yang kadangkala mampu membuatkan anda mengeluh?  Jangan risau.  Masalah ini normal.  Ia terjadi pada hamper kebanyakkan pasangan.  Sewaktu awal perkahwinan, anda dan pasangan mungkin boleh diibaratkan seperti api dan pencucuh.  Semuanya seia sekata.  Masuk tahun kedua dan seterusnya, yang indah menjadi biasa dan yang biasa menjadi huru-hara.

Perbaiki kedaan ini sebelum terlambat.  Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda dan pasangan ikuti asal sahaja ia tidak menyalahi agama dan budaya.

1.       Perlu Berbincang
Komunikasi penting diantara pasangan.  Sains membuktikan wanita lebih mudah difahamkan dengan bantuan penjelasan ayat yang menyeluruh dan dialog.  Sebagai suami, gunakanlah cara ini untuk berkomunikasi dengan isteri anda.  Jangan mengharapkan dia faham apa sahaja yang anda mahu jika anda tidak menjelaskannya dengan terang.

Katakan  apa sahaja yang ingin anda katakana dan kaitkan dengan apa sahaja yang anda dan dia sukai.  Sebagai pilihan, anda boleh menghantar e-mel atau pesanan SMS kepadanya tentang apa sahaja yang anda ingini daripada dia mala mini.  Komunikasi yang wujud secara sihat antara dua pihak akan memudahkan lagi perhubungan anda.

2.       Pasangkan Muzik
Alunan muzik mampu membangkitkan mood.  Sebaiknya elakkan melakukan perkara tersebut di bawah pengaruh cahaya televisyen.  Pilihlah muzik yang anda dan pasangan sama-sama setuju.  Gunakan alunan irama yang lembut dan tidak bising.

3.       Bersihkan Diri
Sebagai lelaki, anda kerap berpeluh dengan tugas-tugas harian.  Sebaiknya, sampai sahaja di rumah, berehatlah seketika untuk menyejukkan badan.  Kemudian, mandilah dan bersihkan tubuh dengan sempurna.  Anda akan rasa lebih selesa jika anda bercukur dan menyapukan haruman pada tubuh.  Yang penting, pastikan fizikal dan mental anda benar-benar bersih.

4.       Siapkan Lokasi Dengan Sempurna
Kamar tidur anda yang biasa juga boleh memberikan kelainan jika anda bijak mengaturnya.  Tambahlah hiasan bunga segar, cermin atau lilin aromaterapi di dalamnya.  Ia juga adalah cara termudah untuk anda meningkatkan sensuality kehidupan seksual anda.  Janganlah pula menghiasnya dengan dekorasi yang sama setiap masa.  Bijaklah mengadun kreativiti.

5.       Urutlah Pasangan
kuasa sentuhan mampun menenang dan meransang pasangan anda.  Lakukan urutan ringan dan ringkas untuknya.  Dengan menggunakan minyak yang beraroma wangi, urutlah pasangan di bahu, leher dan juga kakinya.  Urutan ini selain menenangkan, ia juga mampu melonggarkan otot-otot yang sengal akibat tugas seharian.


6.       Pilih Hidangan Yang Sesuai
Terdapat beberapa jenis hidangan yang mampu meransang naluri seksual anda atau juga dikenali sebagai afrodisiak.  Antara makanan yang boleh anda dan dia nikmati sebagai hidangan makan malam ialah strawberi, coklat, pasta berkrim, kaviar dan sebagainya.  Semasa makan,bergembiralah dan cuba wujudkan mood ceria.

7.       Ubah Lokasi Rutin
Anda mungkin bosan dengan aktiviti seksual kerana anda melakukannya di tempat yang sama sejak dulu.  Anda boleh mencuba lokasi yang baru.  Tidak semestinya di tempat lain.  Anda dan dia boleh memilih bilik atau apa sahaja lokasi lain yang anda minat di rumah anda.  Anda mungkin teruja dengan perubahan mood akibat perubahan lokasi ini.


TIP RINGKAS MEMASTIKAN KEHIDUPAN ANDA & DIA MAKIN BERMAKNA
·         Timbulkan tarikan.  Wanita tidak sekadar inginkan bunga dan ayat-ayat cinta sahaja.  Bahkan mereka suka jika anda kerap menyentuh dan menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
·         Biarkan pasangan menikmati masa bersendirian seketika.  Sebaik pulang ke rumah dari kerja, anda dan pasangan boleh menikmati saat bersendirian di rumah sekurang-kurangnya selama 30 minit.  Jangan ganggu dan biarkan dia melakukan apa sahaja yang dia ingini.
·         Nikmati  makan malam di meja bukannya di depan TV.  Dengan ini fokus anda lebih tertumpu pada makanan dan pasangan.
·         Sentiasa sudahi sebarang pertelingkahan  yang wujud sebelum tidur.  Jangan tidur dalam keadaan marah.  Sekurang-kurangnya, akhiri dengan ucapan “Maafkan saya”.
·         Tumpukan pada kelebihan pasangan.  Seringkali anda mudah melihat keburukan dan kekurangan pasangan.  Ada baiknya anda menumpukan perhatian kepada perkara-perkara baik yang telah dan sedang dilakukannya.  Dengan ini, anda tidak mudah memandang rendah kepadanya.
·         Tambahkan tenaga dalam aktiviti dalam perhubungan anda.  Cubalah untuk selalu melakukan kejutan pada pasangan dan belikan hadiah untuknya walaupun kecil.
18 February 2011 | By: shah

HIPOTENSI, BAGAI API DALAM SEKAM

ENTAH mengapa sejak akhir-akhir ini, Azmi sering merasa pening dan ingin pitam.  Kalau dia terlalu penat, pandangannya mudah kelam dan gelap.  Kalau tak dikawal, dia pasti akan pengsan.  Sangkanya, pening dan pitamnya ini berpunca daripada masalah peribadi yang sedang dihadapinya sekarang.  Walaupun ubat tahan sakit sudah berbiji-biji ditelan, ternyata ia belum mampu mengatasi masalahnya ini.

Satu hari, Azmi pengsan ketika sedang solat di surau.  Sedar-sedar sahaja, dia sudah pun berada di hospital.  Setelah mendapat penerangan daripada doctor, Azmi akhirnya akur tentang symptom pening yang dialaminya itu.  Rupanya semua ini adalah petanda dia sudah diserang penyakit hipotensi.  Apakah itu hipotensi?

Jika hipertensi bermaksud tekanan darah tinggi, hipotensi pula bermaksud tekanan darah rendah.  Sebagai lelaki, anda sangat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini berikutan gaya hidup dan tahap tekanan yang anda biasa hadapi.  Satu masa dulu, penyakit ini lebih banyak menyerang mereka yang berusia 35 tahun ke atas sahaja.  Kini sealiran dengan perkembangan semasa, penyakit itu nampaknya sudah boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira peringkat usia.

Sebenarnya tubuh mempunyai mekanisme untuk menstabilkan tekanan darah.  Kestabilan tekanan darah penting kerana tekanan harus cukup tinggi untuk menghantar oksigen dan zat makana ke seluruh sel di tubuh dan membuang sisa yang dihasilkan.  Jika tekanan terlalu tinggi, ia akan memusnahkan pembuluh darah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak (stroke hemoragik) atau kompilasi lainnya.  Jika tekanan terlalu rendah pula, darah tidak dapat membekalkan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel dan tidak dapat membuang sisa pencernaan yang dihasilkan.


Apakah Itu Hipotensi?
Hipotensi ialah keadaan di mana seseorang diserang tekanan darah rendah lebih dari 90/60 mmHG.  Tekanan darah rendah ini cukup bahaya sehingga ia boleh menimbulkan gejala-gejala seperti pening,pitam dan pengsan.  Apabila tekanan darah rendah ini berada di luar kawalan, darah tidak dapat memberikan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel.

Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza.  Semua ini bergantung kepada kawalan otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.  Pada peringkat yang paling merbahaya, hipotensi boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, endokrin dan saraf.  Tekanan darah yang rendah juga boleh menyebabkan otak dan organ-organ tubuh mengalami kekurangan oksigen dan nutrient sehingga tubuh mengalami kejutan dan akhirnya membawa maut jika tidak dirawat dengan pantas.


Faktor-faktor Hipotensi
1.       Usia
2.       Aktiviti harian misalnya merokok, pemakanan yang tidak seimbang, minum minuman keras dan sebagainya.
3.       Pendarahan tertentu
4.       Jangkitan
5.       Amalan ubat-ubatan tertentu
6.       Kawalan emosi


Apakah Penyebab Hipotensi?
Tekanan darah ditentukan oleh dua factor, iaitu jumlah darah yang dipam jantung dan ketahanan pembuluh darah pada tubuh.  Berikut adalah penyebab utama yang menyebabkan berlakunya hipotensi.

1.       Keadaan otot yang lemah.
2.       Dehidrasi dan ini menyebabkan pengurangan kandungan cecair dalam badan, misalnya muntah dan cirit-birit.
3.       Kekurangan aliran darah iaitu pendarahan yang tidak dapat dikawal.
4.       Denyutan jantung yang agak cepat mahupun terlalu lambat.



Gelaja-gejala Yang Mungkin Terjadi Akibat Hipotens
1.       Serangan jantung
2.       Demam
3.       Sakit dada
4.       Angin
5.       Cepat haus
6.       Sukar untuk fokus
7.       Mudah penat
8.       Pening setiap kali menukar posisi tubuh
9.       Pandangan mudah menjadi gelap
10.   Tekanan yang melampau
11.   Kulit mudah sejuk, pucat
12.   Mual dan muntah


Apakah Tindakan Lanjut Yang Perlu Diambil?
Sebaik sahaja anda disahkan menghidap hipotensi, kawal minda anda dan cubalah untuk berfikiran positif.  Penyakit ini boleh dikawal menerusi ubat-ubatan tertentu dan pemakanan yang seimbang.  Banyakkan mengambil air suam dan berhenti jika anda sering mengambil alcohol.  Minum banyak air boleh mengatasi dehidrasi dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

Selain itu, berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda.  Hipotensi kerap terjadi terutama ketika pesakit bertukar posisi tubuh, misalnya bangun dari katil, membuka baku dan sebagainya.  Sebaik-baiknya, lakukan peralihan pergerakan ini perlahan-lahan.  Jangan melakukannye dengan pantas.  Tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit dan ubah pergerakan dengan tersusun.  Tinggikan bantal semasa tidur untuk melawan kesan graviti.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan kaki di atas bantal.  Cara ini mampu mendorong darah mengalir dari kaki ke jantung.  Pemakanan juga perlu diambil kita.  Amalkan pemakanan yang seimbang dan pelbagaikan menu harian anda misalnya buah, sayur, daging, ikan, ayam dan makanan lain yang mengandungi gizi seimbang.
16 February 2011 | By: shah

AWASI PEMAKANAN ANDA

Karbohidrat, kalori, protein & lemak pengaruhi kesihatan
               
Kesihatan kita dipengaruhi oleh pelbagai factor antaranya cara hidup, persekitaran dan keturunan.  Namun jangan terlupa dengan factor pemakanan yang turut banyak mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.  Jika kita mengambil makanan yang sihat, secara tidak lansung ia akan membantu kita menjaga dan mempertingkatkan mutu kesihatan.

Makanan yang mempengaruhi  pelbagai nutrient amat diperlukan untuk kesihatan yang berkualiti.  Namun, tidak ada sejenis pun makanan yang membekalkan kesemua nutrient yang kita perlukan.  Ada lebih 40 nutrien yang dikumpulkan dalam enam jenis nutrient utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.  Namun tiga jenis nutrient yang paling penting ialah seperti dibawah.

KARBOHIDRAT ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia.  Ia adalah sumber yang  utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.  Karbohidrat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu Monosakarida, Oligosakarida dan Polisakarida.

PROTEIN merupakan nutrient yang sangat penting untuk mengawal sel, pertumbuhan dan pembaikan.  Hampir separuh daripada protein yang diambil setiap hari ditukar menjadi enzim, yang khusus mengawal kelajuan tindak balas biologi di dalam badan dan membenarkannya mengerjakan fungsi seperti mencerna makananan dan menggumpul atau membahagikan molekul untuk membuat sel baru dan bahan kimia.  Untuk manjalankan fungsi-fungsi ini, enzim selalunya memerlukan vitamin dan mineral tertentu.

LEMAK sangat diperlukan untuk kesihatan yang baik kerana ia membantu dalam pengeluaran tenaga, pembianaan sel, pengangkutan oksigen, pembekuan darah dan penghasilan bahan ala hormon yang dipanggil prostaglandin.  Lemak boleh jadi tepu, politaktepu dan monotaktepu dan lemak tepu.  Lemak politaktepu atau asid lemak yang penting, tidak boleh dibuat di dalam badan dan mesti diambil dari diet anda.

KEPERLUAN KALORI
Kalori adalah sejenis unit tenaga.  Perkataan kalori diambil dari perkataan Latin iaitu calor (haba).  Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakkan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperoleh daripada makanan.  Bagi seorang lelaki dewasa yang berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan kadar berat minimum 55kg, memerlukan jumlah kalori sebanyak 2530 kclas sehari.  Manakala yang berumur 40 hingga 49 tahun dengan kadar berat yang sama memerlukan 2400 kcals sehari.  Untuk lelaki dewasa berusia 50 hingga 59 tahun pula, sebanyak 2280 kcals diperlukan.  Bagi yang berusia 60 tahun ke atas, jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari ialah 2020kcals.
14 February 2011 | By: shah

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING


Berbanding dengan susu lembu, susu kambing telah terbukti lebih berkhasiat dan mempunyai kelebihan dalam menyembuhkan dan mencegah penyakit.  Antaranya demam kuning, penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati, darah tinggi, sakit sendi, penyakit buah pinggang, batuk kering, penyakit saraf dan lemah batin.  Mengapa susu kambing dikatakan lebih berkhasiat?  Ia kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.  Di samping itu, susu kambing juga mengandungi factor anti antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.  Malah pakar-pakar kesihatan turut mengakui susu kambing turut boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah, insomnia dan ulser.  Susu kambing mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.  Walaupun disimpan dalam suhu sejuk atau sejuk beku, kualitinya tetap takkan berubah.

12 February 2011 | By: shah

AEROBIK CEGAH TURUNNYA DAYA INGATAN

Masalah kardiovaskular antara punca atau penyebab hilangnya ingatan secara progresif apabila usia semakin meningkat.  Fakta ini dinyatakan oleh hasil penyelidikan yang dicatatkan oleh Fred B. Chernow, seorang pakar perubatan dari Albert Einstein College of Medicine di Long Island, Amerika Syarikat dalam bukunya The Sharper Mind.

Aliran darah ke otak manusia berusia antara 33 hingga 64 tahun akan menurun sebanyak 23 peratus.  Dalam otak, darah juga membuang karbon dioksida dan melakukan proses lainya.  Apabila aliran darah kurang lancar ke otak, bererti kurangnya aliran oksigen dan nutrisi ke otak, dan otak kekurangan tenaga untuk melakukan proses pembakaran.  Menurut Chernow, senaman yang memacu sistem kardiovaskular akan member hasil yang baik bagi ingatan kita.  “Manfaat senaman aerobik seperti berjalan kaki dan berenang amat sesuai bagi sistem kerdiovaskular kita, ” jelas Chernow.
10 February 2011 | By: shah

SIHAT PENGLIHATAN


RABUN merupakan satu masalah di mana penglihatan seseorang itu menjadi tidak jelas ke atas sesuatu objek yang dipandang kerana fokus yang tidak sempurna oleh system optikal mata.  Mungkin masalah seperti  rabun jauh dan rabun dekat kedengaran seperti satu masalah kecil.  Namun hakikatnya ia agak sukar bagi penghidapnya.


Rabun Jauh (Miopia)
Kira-kira 30 peratus dari populasi dunia menghadapi masalah rabun jauh.  Di Malaysia sendiri, rabun jauh adalah masalah penglihatan yang sering berlaku terutama pada golongan pelajar sekolah yang berusia dalam lingkungan umur 7 hingga 17 tahun.  Namun, golongan umur lain juga boleh mengalami rabun jauh.

Rabun jauh merupakan ketidakupayaan seseorang itu untuk melihat objek jauh dengan jelas.  Ia boleh berlaku apabila bola mata menjadi terlalu panjang atau akibat daripada kornea yang terlalu melengkung yang menyebabkan cahaya yang memasuki mata tidak dapat difokuskan di retina dengan baik.  Cahaya akan difokuskan dihadapan retina.  Jadi, objek yang jauh (melebihi titik jauh tertentu) tidak dapat dilihat dengan jelas manakala penglihatan objek jarak dekat (tidak melebihi titik jauh tertentu) adalah jelas.

Disebabkan itu, penghidap rabun jauh boleh membuat kerja jarak dekat seperti membaca, menulis dan sebagainya dengan baik kerana penglihatan dekatnya jelas.


Tanda – tanda mendapat rabun jauh
·         Sukar melihat benda-benda jarak jauh dengan jelas.
·         Mengecilkan kelopak mata untuk melihat benda jarak jauh.
·         Kedudukan tubuh atau kepala yang berubah daripada biasa ketika membaca.
·         Kurang berminat untuk aktif untuk bermain di luar rumah.
·         Mata juling mungkin berkaitan dengan rabun jauh.


Rawatan rabun jauh
Sehingga ke hari ini, rabun jauh masih tidak dapat dicegah daripada berlaku melainkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi penggunaan mata yang betul.  Namun begitu, rabun jauh dapat diperbetulkan dengan:

1.       Kaca Mata
Harus diketahui bahawa kaca mata hanya membetulkan masalah rabun jauh secara meminda laluan imej cahaya yang memasuki mata.  Ia membantu seseorang yang menghidap rabun jauh melihat dengan baik.  Walaupun begitu, pemakai kaca mata yang sesuai secara berterusan berkemungkinan boleh mencegah keadaan rabun jauh tersebut daripada menjadi bertambah serius lagi.

2.       Kanta Sentuh
Kanta sentuh berfaedah dari segi kosmetik kepada pemakainya selain memberikan kesan kebaikan dari segi optikal terutama bagi pesakit yang mengalami rabun jauh yang teruk.  Ini kerana kanta sentuh dapat mengurangkan kesan aberasi yang wujud dan tidak dapat dielakkan jika menggunakan kaca mata (terutama bagi kaca mata yang mempunyai kuasa refraktif kanta yang tinggi).

3.       ‘Visual Hygience’
Ini termasuklah cahaya yang cukup terang digunakan ketika membuat kerja-kerja dekat, kedudukan arah cahaya yang betul (umpamanya sumber cahaya sepatutnya dating dari arah belakang, bersetentang dengan mata), keadaan posisi duduk yang selesa dan betul ketika melakukan kerja dekat (kedudukan kepala dan tubuh mesti memuaskan), tulisan dan objek yang bercetak mestilah jelas dan terang, mengelakkan punca yang boleh mendatangkan keletihan mata  (umpamanya menggunankan mata berterusan tanpa rehat yang cukup), pembetulan ketajaman penglihatan mestilah sempurna (memastikan tahap penglihatan diperiksa sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun sekali).

4.       Rawatan Umum
Keadaan kesihatan tubuh keseluruhannya perlulah dipertahankan sepanjang masa terutamanya bagi kanak-kanak seperti udara yang bersihdan segar, makanan yang seimbang dana berkhasiat serta senaman yang kerap bagi menyihatkan badan.

5.       Pembedahan Radial ‘keratotomy’
·         Ia adalah satu teknik pembedahan mata terhadap mereka yang mengalami masalah rabun jauh.
·         Siri-siri goresan dilakukan ke atas permukaan kornea agu mengurangkan lengkung kornea bagi mengurangkan lengkung kornea bagi membolehkan cahaya yang memasuki mata memfokus tepat pada retina.
·         Ini adalah bagi membolehkannya melihat objek jauh tanpa perlu menggunakan kaca mata atau kanta sentuh.
·         Namun begitu, teknik ini masih menjadi kontroversi kerana keberkesanannya sukar dijangka.

6.       Rawatan Laser
Membetulkan Miopia dengan prosedur yang dipanggil Photorefractive Keratectomy (PRK).

Rabun Dekat (Hiperopia)
Rabun dekat merupakan satu keadaan di mana objek jauh dapat dilihat dengan jelas dan terang tetapi objek dekat tidak dapat difokuskan dengan baik.  Secara amnya, bolehlah dikatakan hamper 90 peratus kanak-kanak yang berumur sekitar 5 tahun dan 50 peratus kanak-kanak yang berumur belasan tahun mengalami keadaan hiperopia.

Tanda-tanda rabun dekat
v  Kabur penglihatan
v  Perit mata atau astenopia
v  Sakit kepala
v  Sensitif pada cahaya / fotofobia
v  Lain-lain gejala yang berkaitan dengan astenopia seperti mata berair, mata pedih atau berasa panas, mata gatal (iritasi konjuktiva), loya dan letih tubuh badan.
v  Mata kelihatan kecil atau Nampak seakan-akan mata masuk ke dalam ‘endoftalmik’.
v  Kedut-kedut pada bahagian kening.
v  Iritasi ‘konjuktiva’.
v  Juling menumpu (konvergen) pada sesetengah kanak-kanak


Rawatan Bagi Hiperopia
Bagi penghidap hiperopia yang darjah kuasa refraktifnya kecil, ketajaman penglihatannya adalah normal, dan pesakit yang mempunyai tafar kesihatan yang baik serta tidak menunjukkan apa-apa anomaly keseimbangan otot, maka hiperopia yang dialaminya tidak perlu dibetulkan dengan alat bantuan optikal.
08 February 2011 | By: shah

PETAI MENGURANGKAN DIABETES & DARAH TINGGI???

Pasti ramai di antara anda menggemari petai sama ada dijadikan ulam atau pun perencah tambahan di dalam masakan seperti sambal tumis.  Walau pun ada juga yang tidak menyenangi baunya tetapi petai atau nama saintifiknya ‘Parkia Speciosa Hassk’ mempunyai magis tersendiri yang diperakui di dalam bidang perubatan khususnya tradisional.  Terdapat banyak vitamin dan garam galian pada petai.  Tahukah anda, di dalam 100 gram petai, mengandungi tenaga sebanyak 120 kalori, kalsium 126mg, besi 3.4mg, Vitamin B 0.2mg, Vitamin C 32.7mg, protein10g, karbohidrat 16g, gentian 1.5g, lembapan 1.9g dan lemak 1.8g.  Selain itu, petai juga mengandungi fosforus, zat besi, Vitamin A, Vitamin B2 dan Naisin.  Ini bermakna, dengan memakan petai, ia bagus untuk kesihatan seseorang itu, malah khasiatnya dipercayai mampu mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
06 February 2011 | By: shah

MASALAH ‘INGROWN HAIRS’

MENJAGA kebersihan dan kecantikan wajah bukanlah menjadi tugas golongan wanita semata-mata.  Mungkin ada yang berpendapat bahawa golongan lelaki yang memandang serius tugas ini adalah mereka dari kelompok lelaki metroseksual.  Tanggapan ini nyata salah.  Sedar atau tidak, kebersihan dan kecantikan wajah akan memantulkan keperibadian seseorang individu itu baik lelaki mahupun wanita (selain daripada cara berpenampilan).

Masalah pada kulit wajah seringkali member kesan pada fizikal dan emosi seseorang itu.  Jika wanita lebih cenderung memikirkan masalah kedutan di wajah, bagaimana pula dengan lelaki?  Pasti ada sebahagian daripada lelaki yang bingung memikirkan langkah-langkah mengatasi masalah ‘ingrown hairs’ di wajah mereka.


Apa itu ‘INGROWN HAIRS’
Biasanya, ‘INGROWN HAIRS’ akan menyebabkan kulit mengalami kegatalan dan ada masanya pula ia cukup menyakitkan.  Ia terhasil apabila rerambut yang dicukur terperangkap di dalam folikel atau tumbuh kembali di dalam kulit.

Tindak balas berlaku yang mana akan menghasilkan ‘papules’ iaitu bengkak kecil pada kulit yang biasanya dikenali sebagai ‘razor bumps’.  Ia juga boleh menyebabkan parut dan tanda kemerahan atau istilah perubatannya disebut ‘Pseudofolliculitis Barbae’ atau PfB.


Langkah pencegahan
Langkah terbaik untuk mengelakkan hairnya ‘ingrown hairs’ adalah dengan menggabunkan beberapa langkah untuk mengatasi dan merawatnya.  Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mencegahnya.  Paling utama, anda perlu mengikuti kesemua langkah ini untuk beberapa minggu.

1.       GUNAKAN BAHAN AKTIF

Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikatakan mampu merawat ‘ingrown hairs’.  Namun realitinya, produk yang mengandungi asid ‘Salicylic’ iaitu sejenis bahan aktif adalah produk yang dapat merawatnya.  Kandungannya telah diperkemaskan secara dermatological yang mana dapat menanggalkan sel-sel kulit mati, melembapkan dan membersihkan pori-pori kulit serta membantu menghalang jangkitan.

Gunakan produk selepas mencukur dengan kandungan asid ‘Salicylic’ agar ia kekal di kulit sepanjang hari.  Anda juga boleh menggunakan krim pencukur ‘non-agnegenic’ terutamanya yang diformulasikan untuk kulit sensitive.  Ia mengandungi lebih banyak agen pelincir berbanding krim pencukur berasaskan sabun yang boleh mengeringkan dan menyebabkan keradangan pada kulit.

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi alcohol kerana ia akan menyebabkan masalah ‘ingrown hairs’ bertambah teruk dengan mengeringkan kulit dan menutup liang-liang pori.

2.       PERBAIKI PERMUKAAN KULIT

Pengelupasan perlu mengatasi ‘ingrown hairs’, dan menggunakan skrub muka yang mengandungi ‘Glycolic’ dan asid ‘ Salicylic’ setiap hari adalah cara yang efektif.  Gunakan berus lembut dan cecair pembersih dan sapukan pada kulit dengan gerakan membulat.  Tujuannya adalah untuk membuang ‘ingrown hairs’, menghapuskan sel-sel kulit mati dan membersih folikel bagi membenarkan rerambut baru tumbuh di permukaan kulit tanpa masalah.


3.       PERBAIKI TEKNI BERCUKUR

Bercukur terlalu rapat dengan kulit menjadi salah satu daripada penyebab razor bumps.  Rerambut yang dicukur terlalu rapat pada kulit akan terperangkap di dalam folikel.  Untuk mengelakkan daripada mencukur terlalu rapat dengan kulit, jangan tekan kulit semasa sedang bercukur atau meletakkan terlalu banyak tekanan pada mata pisau pencukur.  Cara yang betul adalah dengan mencukur mengikut arah tekstur kulit dan menggunakan pisau cukur bermata satu.

Sebelum bercukur, tekapkan tuala yang telah direndam dengan air panas pada bahagian kulit yang hendak dicukur untuk beberapa minit.  Anda juga boleh bercukur selepas mandi dengan air panas atau menggunakan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk melembutkan rerambut sebelum bercukur.

Ganti pisau pencukur jika ia sudah lama digunakan.  Pencukur elektrik merupakan salah satu penyumbang pertumbuhan rerambut dengan arah yang tidak teratur.  Semasa bercukur, setiap kali  anda bercukur terlalu rapat pada kulit ia sudah cukup menyebabkan masalah  ‘ingrown hairs’ kembali semula dan seterusnya memerlukan masa yang lama untuk sembuh.


4.       MERAWAT ‘INGROWN HAIRS’ SEDIA ADA

Berhati-hati ketika menganggalkan ‘ingrown hairs’ menggunakan penyepit.  Harus diingatkan di sini agar anda tidak mencabutnya kerana ia hanya akan menyebabkan rerambut tumbuh lebih dalam.  Penggunaan produk yang mengandungi ‘azulene’, ‘allantion’ dan ‘hazel’ mampu membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak pada kulit.

-          Sebelum rerambut ditanggalkan, tekap tuala yang telah direndamkan ke dalam air ppanas pada bahagian kulit yang mengalami masalah ‘ingrown hairs’ beberapa minit untuk menarik keluar rerambut le permukaan kulit.
-         Adalah lebih baik sekiranya anda tidak bercukur buat sementara waktu kerana ia merupakan cara yang selamat bagi menghentikan rerambut tumbuh di dalam kulit.
-        Sentiasa pastikan kulit anda bersih dan lembap.


Info Ekstra

·         Sekiranya bahagian kulit yang bermasalah ‘ingrown hairs’ mula dijangkiti, segeralah berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan.
·         Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang cepat ditumbuhi ‘ingrown hairs’, gunakan kaedah ‘mix and match’ iaitu dengan mencuba pelbagai produk penjagaan kulit dan teknik yang berbeza.  Dengan cara ini, anda akan dapat mencari apakah produk yang terbaik dan sesuai buat kulit anda.
·         Ingatlah, untuk mengatasi masalah ‘ingrown hairs’, anda harus konsisten.  Sekiranya rawatan pertama berhasil, jangan berhenti merawat kulit anda sehinggalah kulit anda tidak bermasalah sepenuhnya.