24 January 2011 | By: shah

Lelaki Gila Kerja dan Risikonya

MEMANG diakui lelaki perlu bekerja keras lantaran tanggungjawap menyara keluarga.  Namun, kerja keras bukan bererti hingga anda sanggup ‘membunuh diri’ tanpa sedar.  Tak percaya?  Ketahuilah risiko yang anda mungkin hadapi jika soal kesihatan dipandang sepi.

Di meja seharian?
Kemungkinan tragedy:  DEEP – VEIN THROMBOSIS

Satu kajian yang dilakukan oleh Institut Perubatan New Zealand mendapati kira – kira 34 peratus dari individu yang menderita gejala darah beku di kaki adalah mereka yang menghabiskan masa setiap hari lebih dari tujuh jam di kerusi.  Ini kerana apabila anda duduk terlalu lama membuatkan salur darah anda static mengikut kedudukan tubuh anda.  Ia akan merendahkan aliran darah yang memungkinkan tersumbatnya salur darah anda.

          Cara cegah:
Bangun sebentar setiap dua jam anda di kerusi.  Buat satu pusingan jalan kaki keliling pejabat anda.  Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Illionis, berjalan bukan sahaja mampu mencegah pengumpulan darah malah membantu mempertingkatkan daya penaklukan fikiran.  Bagi yang berjawatan ketua di pejabat, berjalan akan membuatkan anda lebih mengenali kakitangan anda di samping anda dapat menilai kekurangan dan kelebihan organisasi anda.

Out-station!
Kemungkinan tragedi: TEKANAN

Dalam lebih 500 kajian yang dilakukan di seluruh dunia mendapati bahawa kekerapan bekerja di luar kawasan mampu menyebabkan gangguan emosi dan psikologi.  Ini kerana kekerapan kerja di luar kawasan membuatkan pusingan kehidupan anda juga terganggu.

Menurut Pakar Psikologi Jonathan Bricker PH.D, perbezaan tempat dalam jangka waktu yang rapat akan membuatkan berlakunya isolasi social dan cubaan penyesuaian budaya dan ini akan memburukkan lagi gejala ini.
               
          Cara cegah:
Lakukan sebarang aktiviti kardio selama 30 minit sebelum dan selepas turun dari kapal terbang.  Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jurnal Rawatan Pencegahan Amerika, aktiviti ini akan membantu anda mengeluarkan risiko sebanyak 50 peratus.

Serabutnya meja!
Kemungkinan tragedi: PUSAT PENGUMPULAN BAKTERIA

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona, meja lelaki biasanya lebih berselerak daripada meja perempuan sebanyak dua kali ganda atau nisbah 1:15 meja.  Meja yang tidak kemas dan terdedah dengan habuk akan memudahkan pembiasakan bacteria jenis Mrsa dan jika anda menyentuh meja anda ia akan mengakibatkan jangkitan dan alahan.

Cara cegah:               
Bersihkan meja anda, skrin computer, papan kekunci dan tetikus computer termasuklah telefon di meja anda menggunakan penyembur anti bacteria sebanyak 99.9 peratus.  Bonusnya, anda juga akan dapat mempertingkatkan kualiti kerja anda.

Tiada ruang udara segar
Kemungkinan tragedy: PENYAKIT ASMA

Ini adalah trauma yang sering dihadapi oleh pekerja di sector perindustrian.  Kajian yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan pekerja di sector perindustrian.  Kajian yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan pekerja di sector perindustrian mudah terdedah kepada bahan kimia dari serbuk pada getah sarung tangan, aerosol dan habuk atau debu yang terperangkap.  Ini akan mempertingkatkan risiko diserang penyakit asma.

          Cara cegah:               
Pastikan kawasan persekitaran anda bersih dan mohon agar pihak berwajb di organisasi anda menyediakan ruang pengudaraan yang baik.

Sahabat telefon
Kemungkinan tragedy: SAKIT BAHU

Jika anda bekerja di bidang pemasaran atau kerjaya yang memerlukan anda sentiasa bersahabat dengan telefon, akan berisiko untuk sakit bahu.  Satu kajian yang dilakukan oleh jurnal Perubatan Eropah, sakit di bahagian tengah belakang leher menunjukkan anda banyak menghadap computer manakala sakit di bahagian sisi leher menunjukkan anda banyak bercakap di telefon.  Otot di bahagian bahu dan leher adalah saling berkaitan.

          Cara cegah:
Pastikan skrin computer anda berada selaras dengan mata anda, badan ditegakkan manakala kedudukan tangan dengan papan kekunci kumputer juga selaras.  Anda juga disarankan menggunakan teknologi ‘wireless’ bagi menjawab setiap panggilan telefon anda.
22 January 2011 | By: shah

Terlalu Aktif Punca Bau Badan

Lelaki sangat sinonim dengan kehidupan aktif dan lasak berbanding golongan wanita.  Oleh kerana terlalu banyak bergerak cergas dengan pelbagai aktiviti harian, badab akan sentiasa mengeluarkan peluh yang banyak.

Peluh dikeluarkan oleh kelenjar perpeluhan.  Apabila seseorang itu meningkat dewasa, kelenjar perpeluhan semakin aktif dan mula mengeluarkan zat-zat kimia tertentu hingga mengeluarkan bau yang kuat terutama di bahagian ketiak, kaki dan adakalanya di organ kelamin.

Bertitik tolak daripada itu, aspek kebersihan amat diutamakan.  Jika aspek kebersihan ini diabaikan, maka ia pasti akan mendatangkan banyak masalah.  Masalah yang tidak pernah lari dengan perpeluhan ialah bau badan.  Apatah lagi, bahagian ketiak turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Oleh itu, jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh masalah ini.  Jangan sampai orang di sekeliling menjauhkan diri daripada anda.  Jika anda antara yang mengalami masalah ini, atasinya segera.  Banyak cara yang boleh dilakukan agar tampil lebih yakin dalam pergaulan.  Perkara yang perlu diperhatikan ialah:

1. JAGA KEBERSIHAN TUBUH SECARA KESELURUHAN
-Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tubuh sudah tentulah dengan kerap mandi pada setiap hari.  Gunakan sabun jenis lembut yang mengandungi antiseptik.  Mandilah dengan air yang hangat.  Cara ini akan membantu mengeluarkan semua bakteria yang menyebabkan masalah bau badan.

2. KENAKAN PAKAIAN DAN KASUT YANG BERSIH SETIAP HARI
- Pakaian berfabrik jenis kapas sangat sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh.  Bahan kapas adalah paling efektif untuk menyerap peluh sekali gus dapat mengurangkan masalah bau badan.  Anda juga perlu ingat bahawa menjaga kebersihan badan dan pakaian bukan hanya semata-mata mahu mengurangkan masalah bau badan sebaliknya penting juga untuk kesihatan.

3. PASTIKAN SEMUA BAHAGIAN TUBUH DIBERSIHKAN
- Ketiak dan kaki adalah bahagian utama yang menyebabkan masalah bau badan yang kuat.  Ini disebabkan oleh banyak bakteria yang terkumpul di kawasan tersebut.

4. JANGAN BIARKAN BULU KETIAK TERLALU PANJANG
- Selalulah mencukur atau memotong bulu ketiak supaya bahagian tersebut lebih bersih dan rapi.  Bulu ketiak yang terlalu panjang hanya akan mengundang bakteria untuk melekat lebih lama di bahagian tersebut.

5. JAGA POLA PEMAKANAN
- Amalkan diet yang betul setiap hari.  Sebaiknya, elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang pedas serta yang mengandungi terlalu banyak bawang putih atau bawang merah.  Ini kerana makanan-makanan tersebut jika diambil dalam jumlah yang banyak hanya akan meransang pengeluaran peluh yang akan menyebabkan masalah bau badan.

6. GUNAKAN PRODUK YANG SESUAI
- 'Antiperspirant deodorant' berfungsi untuk mengurangkan dan menghentikan pengeluaran peluh di bahagian ketiak.  Ia berbentuk 'roll on', stik, bedak atau krim.  Deodoran dan minyak wangi pula akan memberikan bau harum pada bahagian tertentu mengikut keperluan.


Kebiasaannya ia berbentuk semburan, gel dan cairan.  Elak menggunakan deodoran yang hanya menyebabkan ketiak anda hitam.  Elak memakai deodoran ketika berpeluh.  Ia hanya menyebabkan ketiak semakin basah dan berbau kuat.  Caranya, bersihkan dan lap kering terlebih dahulu bahagian ketiak terutama selepas mandi.  Anda akan merasa kesegarannya.


FAKTA TENTANG PERPELUHAN
·        Punca bau badan ialah ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti, menopaus dan pembiakan bakteria di tempat terpencil.
·         Ketiak dan kaki adalah dua bahagian tumpuan bagi pengeluaran bau.  Kelenjar peluh yang terdapat pada kedua-dua bahagian ini sangat aktif dan lebih terlindung menyebabkan kesukaran pengaliran udara.
·        Kelembapan berlebihan akan menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih aktif.  Bau yang kuat pula disebabkan bahan buangan yang dikeluarkan oleh bakteria itu.
·        Kulit memiliki tiga kelenjar utama iaitu 'eccrine' yang mengeluarkan cecair hampir 99 peratus yang menyebabkanbasah di bahagian ketiak, kelenjar 'apocrine' pula mengeluarkan lelehan dan bakteria akan memecahkan lelehan itu hingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, serta kelenjar 'sebaceous'. 
19 January 2011 | By: shah

MASALAH KETIKA BERPUASA & CARA MENGATASINYA

Bila masuk bulan ramadhan, macam-macam penyakit timbul(atau diwujudkan secara sengaja).  Semua ini antara dugaan yang harus ditempuhi sebagai tanda untuk menguji diri sama ada kita mampu menjalani kewajipan ini dengan sempurna atau pun terbengkalai kerana tidak tahan dengan ujian sebegini.  Berikut merupakan antara penyakit yang kebarangkalian akan singgah sekiranya anda tidak mempunyai daya ketahanan yang kukuh untuk berpuasa.


1. Gastrik atau Ulser peptrik - bagi seorang penghidap gastrik atau pun ulser hati, peningkatan paras asid ketika perut kosong boleh memburukkan keadaan.  Rasa sakit, senak dan terasa seakan panas terbakar dari dalam perut merebak hingga ke hulu hati, anak tekak hingga ke kepala.  Ini boleh menyebabkan anda bukan saja terasa senak dan pedih di perut dan hulu hati tetapi mual dan sakit kepala yang teramat.  Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda disarankan elak dari memakan makanan yang berempah, pedas dan minuman berkafein (seperti kopi dan air berkarbonat).  Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari doktor dan mengambil ubat anti asid yang boleh mengawal keadaan sebegini.


2. Ketengangan otot - Ia berlaku apabila tubuh badan mengalami kekurangan kalsium, magnesium dan kalsium.  Justeru, anda disarankan agar memakan makanan yang mengandungi mineral berkenaan, seperti sayur-sayuran, hasil tenusu, daging dan juga buah kurma.

3. Sembelit - Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang diproses terlalu banyak, tubuh badan tidak mengandungi air yang mencukupi dan juga kekurangan serat diet.  Ia menjadi bertambah buruk lagi sekiranya kurang melakukan aktiviti fizikal.  Untuk mengelakkannya, anda disarankan meminum air yang mencukupi pada sebelah malam, mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi, elak dari makanan yang manis dan mengurangkan makanan yang pedas atau berempah.


4. Tekanan darah rendah - Mungkin anda akan berasa lemah, pening, letih, lesu, daya tumpuan yang rendah, menggigil seperti mahu pitam terutamanya bila bangun dari duduk atau debaran jantung yang hebat (palpitasi), itu merupakan antara simptom tekanan darah.  Puncanya adalah pengambilanair dan garam yang tidak mencukupi.  Anda boleh memakan kerang, kepah, ubi bit atau anggur ketika berbuka mahu pun sahur bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


5. Masalah penghadaman dan kembung perut - Masalah ini timbul akibat pengambilan makanan yang terlalu banyak semasa berbuka atau pun bersahur.  Ia juga terjadi jika anda banyak memakan makanan yang berminyak, berempah dan makanan yang mengeluarkan gas seperti kacang dal, kubis atau pun minuman berkarbonat.  Elakkan dari memakan makanan sedemikian rupa.  Bagi anda yang mengalami masalah angin di dalam badan, elaklah dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kubis, brokoli, susu, kanji, jagung dan sebagainya.

6. Antara tanda-tanda yang dialami termasuklah lemah anggota badan, pening, sakit kepala dan tidak dapat menumpukan perhatian.  Ia mungkin terjadi akibat pengambilan karbohidrat yang ringkas secara berlebihan ketika bersahur.  Ia membuatkan reaksi badan akan mengeluarkan lebihan insulin dan menyebabkan gula dalam darah menurun.

7. Batu karang - Penyakit ini boleh menjadi apabila badan kekurangan pengambilan cecair.  Justeru, pengambilan makanan berbentuk cecair seperti sup atau pun air pada waktu malam adalah penting.
18 January 2011 | By: shah

HPV PENYEBAB SERANGAN KETUAT GENITAL

KETUAT GENITAL sejenis penyakit atau virus yang jarang disebut pada khalayak ramai, yang pasti penghidapnya tidak kira usia atau jantina.  Ia berjangkit melalui darah atau hubungan seks tidak kira pasangan lelaki perempuan atau sebaliknya.  Fenomena ini bukanlah satu perkara yang luar biasa, tetapi telah menular sekian lama.  Ketuat genital atau nama saintifiknya dikenali sebagai ( Condyloma Acuminata ) adalah sejenis virus berpunca dari Human  papillomavirus ( HPV ) jenis 6 dan 11 menyerang pada alat kemaluan seseorang dalam beberapa bulan atau minggu selepas mendapat serangan.  Ia kerap berlaku pada mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun.  Golongan remaja 15 hingga 19 juga berisiko dijangkiti HPV.  Bagi kaum lelaki gelaja ini timbul pada bahagian alat sulit / zakar / skrotum serta celah kelangkang atau paha.  Antara tanda – tanda awal kepada kaum lelaki seperti gatal – gatal penis, skrotum dan bahagian anus.  Selain menghindari seks bebas, ketuat genital ini boleh dirawat dengan ubat vaksin HPV.  Ia dikatakan mampu memberikan perlindungan mengikut keadaan pesakit.


INFO
-          Kajian antarabangsa, 166 lelaki dan perempuan yang dijangkiti HPV mengakui rasa gelisah, malu dan marah yang tinggi serta kemerosotan aktiviti dan nikmat seksual.
-          2 / 3 pasangan yang mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada ketuat genital akan dijangkiti penyakit ini.
-          Pertubuhan  Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa terdapat 32 juta kes ketuat genital yang baharu di seluruh dunia setiap tahun.
-          Di Malaysia penghidap tertumpu pada umur antara  9 hingga 26 tahun.
-          25 – 67 peratus kes yang sudah sembuh akan dijangkiti semula dalam tempoh 3 bulan.  Kadarnya meningkat sehingga 67 peratus sewaktu pemerhatian.
17 January 2011 | By: shah

Risiko Penyakit Lelaki Muda

Lelaki adalah golongan yang paling sukar untuk diminta bertemu dengan doctor.  Selagi masih berdaya bangun maka selagi itulah ego menyatakan yang ‘aku sihat’.  Tahukah anda bahawa kebanyakkan penyakit berbahaya jarang menunjukkan gejala di peringkat awal?

Muda atau tua bukan soalnya kerana penyakit tidak pernah mengenal siapa malah anda mungkin salah seorang penghidap penyakit di bawah.  Takut?  Justeru, jangan lalai menjaga kesihatan anda.


Batu Karang
Penyakit yang sering dianggap remeh melainkan anda sendiri mesarai kesakitannya.  Sebiji batu yang mempu membesar seperti sebiji bola golf dan menghimpit saluran kencing anda, sakit bukan?

Batu karang biasanya dialami oleh kaum lelaki terutamanya bagi mereka yang kurang minum air.  Minum air bukan bererti anda boleh minum sebarang air manis sebaliknya minum air putih.  Ia akan berlaku apabila buah pinggang menapis darah, bahan buangan metabolic akan terbentuk di dalam bahagian tersebut dan mengeras seperti batu.

Tiga jenis batu yang sering terbentuk dalam buah pinggang lelaki adalah:

·         Batu Kalsium
Sering berlaku pada mereka yang mengambil vitamin D berlebihan dan hormone tiroid.

·         Batu Asid Urik
Biasanya berlaku disebabkan diet tinggi protein dan kesan rawatan kemoterapi.

·         Batu Sista
Gejala ini paling jarang berlaku tetapi biasanya disebabkan oleh factor keturunan.


Sakit akan mula dirasai apabila batu-batu tersebut mulai membesar dan menghalang saluran air kencing.  Ia akan menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan, celah paha dan juga di bahagian alat sulit.  Gejala lain yang mungkin kelihatan adalah air kencing kekuningan dan kotor atau berdarah, pening kepala dan kerap membuang air kecil.


Chlamydia
Ia adalah di antara penyakit jangkitan seksual yang kerap berlaku di kalangan lelaki.  Penyakit ini terjadi disebabkan oleh jangkitan bacteria ‘Chlamydia Trachomatis’ yang hidup di dalam air mani tetapi jarang menunjukkan sebarang gejala yang nyata.

Gejala yang kerata mungkin hanya akan kelihatan selepas seminggu atau tiga minggu selepas jangkitan di mana penis akan mengeluarkan lender dan rasa sakit setiap kali membuang air kecil.  Penyakit ini masih boleh dirawat di peringkat awal.  Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan masalah epididimitis iaitu jangkitan bacteria pada kerandut zakar.  Ia akan membengkak dan menyakitkan malah dalam sesetengah kes yang kronik ia boleh mengakibatkan kemandulan.


Denyutan Jantung Tidak Sekata
Jangan sangka lelaki yang berusia 60-an sahaja yang menghadapi masalah ini.  Ya, lelaki muda seperti anda juga mempunyai risiko menghadapi masalah kelainan bunyi denyutan jantung dengan purata empat peratus.  Biasanya masalah jantung berdebar atau degupan jantung terlalu laju berlaku pada mereka yang melakukan senaman melebihi had, individu yang mengalami rasa kebimbangan yang terlampau atau rasa cemas keterlaluan.

Jika denyutan jantung anda melebihi 100 denyutan per minit, diiringi dengan rasa sakit dada, pening dan rasa seperti ingin pitam maka segeralah berjumpa dengan doctor bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.


Ulser
Ulser berlaku apabila asid di dalam perut meresapi bahagian selaput yang melindungi perut dan memakan tisu-tisu yang berada di bahagian tersebut.  Gejala ulser yang biasanya berlaku di kalangan lelaki muda adalah ulser di bahagian perut ke bahagian usus kecil.

Kesan ulser adalah kesakitan di bahagian bawah tulang dada yang dialami selepasa makan ataupun ketika perut berasa lapar dan di waktu malam.  Penghidap ulser juga akan mengalami gejala seperti pening kepalam, muntah, sukar menghadam makanan dan najis berdarah.  Gejala ulser yang tidak dirawat akan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang teruk dan usus berisiko untuk berlubang khususnya di bahagian pangkal usus.

Ulser pangkal usus biasanya disebabkan oleh bacteria H.Pylori dan lelaki yang mempunyai darah jenis ‘O’ lebih berisiko untuk mendapat ulser jenis ini, begitu juga mereka yang mengambil alcohol, dadah dan produk tembakau secara berlebihan.


Lingkaran Cecacing
Ia bukanlah masalah cacing di dalam perut sebaliknya jangkitan kulat yang menyebabkan kesan merah dan bengkak kecil berbentuk bulat yang timbul pada kulit.  Jangkitan kulit ini boleh menyebabkan masalah kegatalan pada kaki, kulit kepala, tubuh badan dan juga kuku.

Pada kulit kepala, lingkaran cecacing bermula seperti jerawat dan berkembang menjadi kebotakan kecil di bahagian kepala.  Pada bahagian tubuh pula ia akan menyebabkan kulit bersisik dan gatal.  Ia boleh berjangkit melalui sentuhan kulit daripada individu atau haiwan peliharaan yang telah menjangkitinya.

Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku melalui penggunaan tuala, topi, alas tilam dan sebagainya yang telah digunakan oleh mereka yang mempunyai gejala penyakit ini.  Kesan akan kelihatan antara 10 hingga 14 hari dan sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan yang boleh menjejaskan keadaan kulit dan tidak akan lenyap dengan mudah.
16 January 2011 | By: shah

BETIK TINGKATKAN KESUBURAN?

Selain dari buah limau, betik juga kaya dengan vitamin C dan merupakan anti oksidan yang baik untuk tubuh badan.  Betik juga sangat baik untuk lelaki kerana ia dapat meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.  Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma bagi seorang lelaki.  Jadi untuk memastikan badan anda menerima vitamin C yang mencukupi, salah satu cara ialah memakan buah betik dan diamalkan dalam diet seharian anda.  Pengambilan 500 miligram vitamin C sehari amat diperlukan untuk lelaki dewasa.
15 January 2011 | By: shah

CARA RAWATAN DAN KESAN BAHAN SEMULA JADI

Ada yang merungut : “ala, lecehlah nak buat kat rumah”,  “kalau perempuan bolehlah nak buat semua tu”,  dan ada yang berkata: “kami orang lelaki mahukan produk yang ringkas dan mudah digunakan”.  Memang diakui, melakukan rawatan wajah sendiri di rumah dan apatah lagi menggunakan bahan semula jadi, suatu kerja yang meremehkan ramai lelaki.  Tidak salah jika skali sekala anda mencubanya.  Dengan tip menggunakan bahan semula jadi yang diberikan ini, diharap dapat membantu anda menyelesaikan masalah penuaan.  Mudah diadunkan dan digunakan.


1.       Sebiji epal sehari menghindari kedutan
Epal hijau dikatakan berkesan untuk merawat masalah penuaan.  Buang bahagian tengah an bijinya, kemudian potong epal dengan saiz kecil dan kisar tanpa membuang kulitnya.  Tambah satu sudu susu dan kisar sehingga hancur.  Letakkan campuran ini pada wajah dan sekitar leher dengan lapisan yang tebal.  Apabila kering, bilas lembut dengan air suam.


2.       Buah oren dan madu
Campuran dua bahan ini bukan hanya dapat mengatasi masalah kedutan pada kulit tetapi juga melindungi kulit wajah terbakar akibat terdedah pada cahaya matahari.  Campurkan ekstrak jus dari sebiji oren dan dua sudu madu, kemudian sapukan campuran ini di wajah dan biarkan kering sekurang – kurangnya dalam setengah jam.  Selepas itu bilas dengan air suam.  Rawatan anti – penuaan ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam.


3.       Telur bukan hanya untuk sarapan pagi
Bunyi seperti rendah lemak bukan?  Telur juga bahan semula jadi yang mampu dan berkesan merawat jerawat wajah.  Pukul putih telur sehingga kembang.  Kemudian masukkan dua sudu the jus limau dan kacau.  Campuran bahan ini berkesan terutama pada kulit wajah dan sekitar leher yang berkedut.  Selepas 10 minit, tanggalkan putih telur pada wajah dengan air suam.  Anda akan rasa kulit mula menegang.


4.       Anggur hijau yang dihancurkan
Sudah tentu anggur tanpa biji berkesan untuk rawatan wajah.  Mungkin ramai tidak menyangka anggur berkesan sebagai anti – penuaan semula jadi bukan?  Anggur hijau sebenarnya begitu efektif merawat masalah kedutan pada permukaan wajah, juga senang dilakukan di rumah.  Hancurkan anggur hijau dan kemudian sentalkan pada kulit wajah.  Biarkan selama 20 minit dan tanggalkan.  Jika anda gunakan rawatan wajah ini sekali sehari, kulit wajah menjadi lebih sihat dan masalah kedutan akan berkurang.


5.       Jadikan tepung kentang sebagai mask wajah
Biasanya tepung kentang digunakan dalam masakan.  Sebenarnya ia sangat berkesan bertindak sebagai anti – penuaan dan mengatasi masalah kedutan di wajah.  Apabila disapukan pada wajah, tepung kentang dapat menegang dan menganjalkan kulit wajah.  Ambil dua sudu besar tepung kentang dan campurkan dengan air.  Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit.  Kemudian bersihkan dengan air sejuk.
14 January 2011 | By: shah

KENALI PUNCA BERLAKUNYA KECEDERAAN KETIKA BERSENAM

Terima hakikat ini.  Kecederaan ketika bersenam adalah berpunca daripada diri anda sendiri iaitu melibatkan kecuaian dan kealpaan.  Berikut adalah beberapa punca kebarangkalian terjadinya kecederaan yang anda alami ketika bersenam.



1.       KURANG DAYA TUMPUAN
Mengikut terma yang ringkas, daya tumpuan bermaksud mengarahkan pemikiran anda untuk memfokus kepada perkara yang sedang anda lakukan.  Ketika bersenam, anda juga tidak seharusnya mengabaikan tahap pemfokusan terhadap teknik dan penggunaan alatan senaman.  Anda perlu tahu penggunaan dan fungsi sesuatu peralatan senaman itu.  Walau pun anda memiliki pengalaman selama bertahun – tahun, jangan merasakan anda sudah berada di zon selesa dan menganggap sudah mahir menggunakan peralatan tersebut.  Ia membuatkan anda hilang fokus dan mengambil ringan tentang aspek keselamatan sendiri.  Seeloknya anda harus memberikan sepenuh tumpuan ketika workout terutamanya ketika menggunakan peralatan.

2.       OVER TRAINING
Anda merasakan tidak cukup berlatih dan memaksa diri meneruskannya.  Untuk pengetahuan anda, otot memerlukan antara 48 hingga 72 jam untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.  Bayangkan, anda bersenam menggunakan peralatan yang berat setiap hari ( mungkin dalam 2 jam sehari ), sedangkan anda sudah terasa sakit di bahagian tertentu, maka kecederaan yang lebih teruk mungkin berlaku.  Anda juga tidak digalakkan mengulangi teknik lebih dari 10 – 15 kali dalam waktu yang sama.  Sebaliknya, anda perlukan masa untuk berehat seketika sebelum mengulangi teknik tersebut.  Jangan terlalu memaksa diri anda!




3.       TEKNIK SENAMAN YANG SALAH
Setiap peralatan senaman memerlukan teknik yang betul untuk digunakan.  Bukan setakat hentam kromo sahaja.  Pastikan anda mahir menggunakan peralatan tersebut bangi mengurangkan risiko kesakitan atau kecederaan.



4.       TERLALU BERAT
Ya, anda ingin mencabar diri sendiri tetapi wajarkah anda meletakkan berat yang berlebihan terhadap bebanan peralatan senaman yang digunakan ( seperti dumbell dan barbell  )?  Jangan memaksa diri mengangkat bebanan tersebut jika ia di luar kemampuan tahap fizikal anda sendiri.  Tidak perlu untuk terpengaruh dengan orang lain yang boleh mengangkat bebanan lebih berat daripada anda.



5.       TIDAK MELAKUKAN WARM – UP
Tubuh badan anda akan mengalami “ kejutan ” jika anda terus menggunakan peralatan senaman tanpa melakukan warm – up atau pemanasan.  Tidak perlu masa yang lama, cukup sekadar 10 minit melakukan senaman ringkas untuk memanaskan badan sebelum meneruskan latihan yang lebih berat.  Anda juga disarankan memulakan penggunaan peralatan senaman yang lebih ringan terlebih dahulu sebelum menggunakan yang lebih berat.

6.       MENGGUNAKAN PERALATAN YANG TIDAK SESUAI
Memang banyak gymnasium menyediakan pelbagai jenis peralatan senaman yang canggih dan terkini.  Namun anda perlu tahu sejauh mana impak peralatan itu sendiri.  Adakah ia efektif untuk diri anda atau mungkin sebaliknya?  Jadi pilihlah peralatan senaman yang bersesuaian dengan anda.
12 January 2011 | By: shah

KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN

Gula juga penting untuk tubuh badan yang sihat tetapi jika mengambilnya dalam jumlah yang berlebihan atau pun terlalu kerap, ia boleh menjadi lawan.  Berikut merupakan antara kesan pengambilan gula secara berlebihan.

1.       Melemahkan daya tahan tubuh baan terhadap jangkitan bacteria.
2.       Merosakkan buah pinggang.
3.       Boleh menyebabkan kanser prostat, kanser dubur, kanser kolon, kanser pundi dan hempedu.
4.       Mengurangkan kuprum dan kromium dalam badan.
5.       Melemahkan daya penglihatan.
6.       Mempercepatkan prosess penuaan, kulit berkedut dan rambut beruban.
7.       Meningkatkan risiko penyakit jantung koronori.
8.       Boleh menyebabkan obesiti.
9.       Penyebab arthritis, bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik dan lelah.
10.   Meningkatkan kolestrol dan tekana darah sistolik dalam badan.
11 January 2011 | By: shah

Perlakuan Onani Jejas Kesihatan

Seks menentukan identiti seseorang, lelaki mahupun wanita.  Secara ringkasnya, seksualiti lelaki adalah lebih sederhana berbanding dengan kaum wanita.  Apabila kaum lelaki mula teransang secara seksual, mereka akan rasa ‘terseksa’.  Maka dengan sebab itulah, merekan mengambil jalan mudah dengan melakukan onani untuk melepaskan ketegangan  seksualnya.

Golongan lelaki bujang khususnya yang lebih mudah terdedah dengan tabiat onani.  Berlainan pula dengan kaum lelaki yang sudah berkahwin di mana mereka tidak akan mengalami masalah untuk ‘melepaskan’ tekanan seksual tersebut.  Ini kerana merka boleh melepaskan keinginan seksual mereka itu kepada pasangan. 


Seronok Dan Ketagih
Istilah onani dapat didefinisikan sebagai suatu gejala seksual atau ransangan disengajakan yang dilakukan pada organ genital untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual.  Onani turut digelar sebagai melancap atau masturbasi.  Salah satu factor berlakunya onani adalah kematangan seksual yang memuncak dan tidak mendapat penyaluran yang wajar.  Ditambah pula dengan ransangan atau pengaruh tertentu contohnnya buku-buku dan gambar porno, filem lucah, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.  Ia berlaku kepada kedua-duanya, baik lelaki mahupun perempuan.

Sekurang-kurangnya 95 peratus kaum lelaki dilaporkan pernah melakukan onani berbanding kaum wanita.  Sebahagian kaum lelaki yang melakukan onani lebih cenderung melakukannya lebih kerap jika dibandingkan dengan kaum wanita.  Mereka mudah mengalami orgasme ketika beronani.

Seseorang yang melakukan onani akan merasa seronok yang akan membawa kepada ketagihan secara berulang-ulang.  Kebiasaannya, perbuatan onani ini dilakukan secara manual atau melalui sebarang sentuhan tubuh kecuali yang melibatkan penggunaan objek atau peralatan, atau gabungan kedua-duanya sekali.  Tabiat onani sering kali dilakukan bersama pasangan iaitu onani pasangan.  Apa yang penting, mereka dapat memenuhi kehendak nafsu mereka tanpa memikirkan risikonya untuk jangka masa panjang.

Tahukah anda bahawa tabiat onani yang diamalkan sejak sekian lama boleh mendatangkan kesan buruk terutama terhadap hubungan intim?  Lebih buruk lagi sekiranya tabiat onani ini dilakukan dengan cara terlampau atau terlalu ekstrem.  Perbuatan onani sememangnya berlainan dengan hubungan seks yang normal.  Ini kerana seseorang itu tidak perlu memberikan pertimbangan kepada pasangannya.  Apatah lagi, tujuan seseorang itu melakukan onani adalah untuk memberikan kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan seseorang itu untuk leih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan.  Hubungan seks normal turut menghormati keinginan pasangan.  Sekiranya seseorang itu tidak dapat memenuhi keinginan pasangannya, sudah tentulah ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.


Berisiko Untuk Mati Pucuk
Onani yang dilakukan secara ekstrem atau terlampau boleh memberikan tekanan yang berlebihan terhadap alat kelamin yang boleh mendatangkan kecederaan saraf.  Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke bahagian alat sulit lelaki di mana ianya akan menjejaskan ereksi.  Terdapat juga laporan di mana mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, bahkan juga adakalanya tidak mampu mencapai ereksi.  Kajian juga ada menunjukkan bahawa perbuatan onani bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti sesebuah hubungan intim, tetapi turut lebih berisiko untuk mengalami masalah mati pucuk.

Seharusnya, seseorang itu perlu menghentikan tabiat yang tidak bermoral dan tidak sihat ini.  Ada baiknya seseorang itu mula melakukan amalan-amalan yang lebih sihat contohnya dengan mengawal minda dan ransangan  seks yang lebih baik dan sihat.  Antaranya ialah dengan menjauhkan diri daripada tabiat merokok, pengambilan pil khayal di samping meminum alcohol.  Kesemuanya tidak bagus untuk kesihatan dan akan menjejaskan hubungan seksual bersama pasangan.


Atasi Segera
Terdapat kajian yang ditunjukkan bahawa ginko berupaya membantu menggalakkan kesan oksida nitric untuk merehatkan dinding saluran darah supaya aliran darah dapat dipertingkatkan.  Terdapat hasil penemuan yang menunjukkan bahawa ‘goat weed ’ juga dapat membantu dalam memperbaiki fungsi erektil di kalangan kaum lelaki.

Untuk itu, mulakan dengan berfikir secara positif dan menyedari hakikat  seksualiti anda yang bersifat mudah teransang, sukar dikawal, sering gelisah derta memiliki keinginan yang kuat.  Namun begitu, sedarilah bahawa anda mempunyai potensi untuk menggunakan akal fikiran sehingga mampu bersikap rasional untuk melakukan pertimbangan serta memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melegakan gejolak keinginan seksual contohnya memfokuskan tumpuan terhadap hobi, bersenam, menulis dan sebagainya.  Selain itu, terdapat juga beberapa teknik berguna yang boleh dijadikan panduan.  Sewaktu diri mula merasa terangsang dan mengalami ketegangan seksual, duduk dengan tenang dan ambil nafas sedalam-dalamnya dengan penuh kesedaran.  Alihkan perhatian dan fokuskan kepada fikiran sekiranya ketegangan seksual itu berpunca daripada imaginasi atau fantasi.

Berikan kesempatan kepada kemampuan yang rasional.  Fikirkanlah bahawa reaksi kimia akan berhenti juga dengan sendirinya.  Bersyukurlah bahawa anda seorang lelaki yang normal kerana mempunyai potensi seksual seperti itu.  Yakinkan diri anda bahawa kini anda mempunyai kesempatan untuk melatih kecerdasan dalam mengendalikan diri khususnya yang berhubung dengan seksualiti.
08 January 2011 | By: shah

LELAKI JUGA TIDAK TERLEPAS DARI OSTEOPOROSIS

Osteoporosis atau tulang rapuh saring kali dikaitkan dengan golongan wanita.  Namun menurut kajian perubatan, kaum lelaki juga tidak terlepas dari penyakit ini di mana satu daripada 10 lelaki berusia 80 tahun ke atas turut menghidap osteoporosis.  Bermula usia 70 tahun, seseorang lelaki boleh kehilangan sejumlah kalsium daripada tulangnya.  Menurut pakar perubatan, lelaki mempunyai sumsum yang berbeza dengan wanita di mana osteoporosis yang terjadi di kalangan lelaki biasanya disebabkan factor usia dan nutrisi.  Hormon testosteron juga antara penyebabnya, yang mana makin sedikit jumlahnya., makin besar risiko menghidap osteoporosis.  Lelaki yang jarang bersenam lebih berisiko mendapat osteoporosis dengan muah.  Jadi untuk mengelakkan dari menghidap osteoporosis pada usia tua, anda disarankan mengambil vitamin D dan kalsium yang mencukupi setiap hari.  Jangan lupa mendapatkan nasihat pakar nutrisi untuk cara pemakanan yang betul.

06 January 2011 | By: shah

MIGRAINE YANG TERUK




Menurut  kajian oleh Lembaga Headache Care Center di Springfield Missouri, 88 peratus daripada 3 ribu pesakit menderita sakit kepala.  Paling tidak sebulan skali migraine akan menyerang setiap penghidapnya.  Tidak semua penghidap mempunyai tanda awal yang sama.  Antara tanda awal diserang migraine ialah, gangguan hidung tersumbat, tekanan pada wajah dan mata menjadi berair.  Kepada pesakit migraine yang terlampau, bolehlah mendapat khidmat nasihat daripada pakar tentang pengambilan ubat yang betul.


KEBAIKAN SINARAN MATAHARI

Dapatkan sekurang – kurangnya 30 minit sinaran matahari.  Ini adalah kerana ia boleh membantu anda tidur malam yang lebih lena.  Pengeluaran hormone oleh otak biasanya diransang oleh cahaya matahari.  Kitaran semula jadi antara cahaya siang dan gelap malam akan membantu kitaran hormon pada tahap yang betul.  Tubuh yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan sentiasa lemah biarpun mendapat tidur malam yang cukup.  Oleh itu, manfaatkan sinaran matahari sebaik – baiknya untuk tubuh badan yang sihat.


05 January 2011 | By: shah

MINUM SUSU COKLAT


Penyakit lelah boleh diubati dengan meminum susu coklat setiap hari.  Ini terbukti melalui kajian yang telah dibuat di Universiti Indiana.  Sembilan orang lelaki diberi minuman susu coklat kemudian menyambung melakukan aktiviti selepas 4 jam berehat.  Selang beberapa hari mereka mencuba mengubahnya dengan tabiat asal, tetapi mereka tidak mampu untuk menyambung aktiviti.  Kalsium dan protein yang terkandung di dalam susu coklat dikatakan berfungsi memperkuatkan tulang dan mengurangkan berat badan.