KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, di sini.
Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.
Rahsia percintaan terlarang pasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang banyak dalam simpanan anaknya itu.
Perasaan pelik yang menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.
Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganas apabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.
“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi muka ibunya.
“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak mempercayai perbuatan anaknya itu,” katanya.
Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak mampu menyediakan segala yang diingini.
Difahamkan, mangsa mengarahkan anaknya yang lain meminta bantuan jiran.
Beberapa jiran datang meleraikan pergaduhan itu sebelum menahan suspek yang dikatakan seperti ‘dirasuk’.
Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan setiap kali melayani nafsu lelaki itu.
“Perasaan curiga mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.
Akibat dibelasah, wanita itu cedera di kepala dan difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.
Cerita ni aku baca dari akbar merto hari ni... apa nak jadi pada anak - anak muda skrg ni, sampai mak sendiri di buat mcm tu, x kesian ke kat mereka yang telah berpenat lelah bekerja untuk menanggung makan minum kita ni? bukan ini caranya kita membalas jasa mereka...erm... teringat plak aku kat mak aku kat kampung...... T_T
Pages
About Me
Let's Chat Here
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Semua daripada kita sudah mengetahui bahawa kejadian manusia adalah hasil persenyawaan benih bapa dan ibu. Tetapi tahukah anda berapa jumlah...
-
1. Kepingan lobak merah memiliki persamaan dengan manusia. Ia seakan memiliki anak mata, iris dan garisan sinaran seumpama mata man...
-
Sering menikmati air barli bukan? Sama ada di restoran atau di gerai, minuman ini sangat berkhasiat untuk kesihatan. Tetapi tahukah anda a...
-
MENJAGA kebersihan dan kecantikan wajah bukanlah menjadi tugas golongan wanita semata-mata. Mungkin ada yang berpendapat bahawa golongan ...
-
Penyelidikan terbaru menunjukkan teh hijau mampu mencegah bau nafas yang busuk. Penyelidikan yang dilakukan di Universiti Pace mendapati ek...
-
RABUN merupakan satu masalah di mana penglihatan seseorang itu menjadi tidak jelas ke atas sesuatu objek yang dipandang kerana fokus yang ...
-
Seks menentukan identiti seseorang, lelaki mahupun wanita. Secara ringkasnya, seksualiti lelaki adalah lebih sederhana berbanding dengan k...
-
Menurut kajian oleh Lembaga Headache Care Center di Springfield Missouri, 88 peratus daripada 3 ribu pesakit menderita sakit kepala. ...
-
Salah seorang Pakar perunding nefrologi, Dr. S Prasad Menon menyarankan agar kita menjalani ujian buah pinggang bila tiba hari jantung sedun...
-
Walaupun ada segelintir antara kita mempercayai ais dan air sejuk tidak elok untuk kesihatan, tetapi terdapat kajian santifik telah membukt...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment