01 January 2010 | By: shah

Senaman Untuk Otot - otot Bahagian Bahu

Overhead Press
  • Pegang sepasang dumbel sama aras dengan telinga anda.
  • Angkat dumbel perlahan - lahan ke atas kepala sehingga tangan berkeadaan lurus.
  • Turunkan semula dumbel perlahan - lahan ke kedudukan asal.
  • Ulang pergerakan tadi sehingga 10 - 20 kali sebangak 3 set.



Lateral Raise

  • Berdiri tegak dengan kaki diregangkan seluas bahu. Pegang dumbel di sisi badan dengan tapak tangan menghala ke arah badan.
  • Angkat dumbel selari sisi badan sehingga ke aras bahu.
  • Turunkan semula dumbel perlahan - lahan ke kedudukan asal (bahagian siku perlu dibengkokkan sedikit).
  • Ulang pergerakan tadi sehingga 10 - 20 kali sebanyak 3 set.

Upright Row
  • Berdiri tegak dengan kaki direnggangkan seluas bahu.
  • Pegang barbel dengan jarak genggaman 30cm.
  • Angkat barbel sehingga siku selaras bahu (atau palang barbel menyamai dada).
  • Turunkan perlahan - lahan ke kedudukan asal.
  • Lakukan pergerakan tadi sehingga 10 - 20 kali sebanyak 3 set.


0 comments:

Post a Comment