Lelaki: Berapa jauh kambing awak berjalan?
Halim: Yang mana hitam atau putih?
Lelaki: Yang Putih.
Halim: Oh! Yang putih berjalan sejauh lapan kilometer setiap hari.
Lelaki: Yang hitam pula.
Halim: Sama.
Lelaki: Berapa banyak rumput seekor kambing makan setiap hari?
Halim: Yang hitam atau putih?
Lelaki: Putih.
Halim: Lebih kurang tiga kilogram.
Lelaki: Yang hitam.
Halim: Sama juga.
Lelaki: (Agak geram). Kenapa awak membezakan kambing hitam dan putih? Sedangkan jawapannya semua sama.
Halim: Tentulah saya bezakan kerana kambing putih itu milik saya.
Lelaki: Oooo… Macam tu. Barulah saya faham. Kambing yang hitam ni siapa punya.
Halim: Yang hitam pun saya punya jugak.
Lelaki: (Bengang).
0 comments:
Post a Comment