1. Sebiji epal sehari menghindari kedutan
Epal hijau dikatakan berkesan untuk merawat masalah penuaan. Buang bahagian tengah an bijinya, kemudian potong epal dengan saiz kecil dan kisar tanpa membuang kulitnya. Tambah satu sudu susu dan kisar sehingga hancur. Letakkan campuran ini pada wajah dan sekitar leher dengan lapisan yang tebal. Apabila kering, bilas lembut dengan air suam.
2. Buah oren dan madu
Campuran dua bahan ini bukan hanya dapat mengatasi masalah kedutan pada kulit tetapi juga melindungi kulit wajah terbakar akibat terdedah pada cahaya matahari. Campurkan ekstrak jus dari sebiji oren dan dua sudu madu, kemudian sapukan campuran ini di wajah dan biarkan kering sekurang – kurangnya dalam setengah jam. Selepas itu bilas dengan air suam. Rawatan anti – penuaan ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam.
3. Telur bukan hanya untuk sarapan pagi
Bunyi seperti rendah lemak bukan? Telur juga bahan semula jadi yang mampu dan berkesan merawat jerawat wajah. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan dua sudu the jus limau dan kacau. Campuran bahan ini berkesan terutama pada kulit wajah dan sekitar leher yang berkedut. Selepas 10 minit, tanggalkan putih telur pada wajah dengan air suam. Anda akan rasa kulit mula menegang.
4. Anggur hijau yang dihancurkan
Sudah tentu anggur tanpa biji berkesan untuk rawatan wajah. Mungkin ramai tidak menyangka anggur berkesan sebagai anti – penuaan semula jadi bukan? Anggur hijau sebenarnya begitu efektif merawat masalah kedutan pada permukaan wajah, juga senang dilakukan di rumah. Hancurkan anggur hijau dan kemudian sentalkan pada kulit wajah. Biarkan selama 20 minit dan tanggalkan. Jika anda gunakan rawatan wajah ini sekali sehari, kulit wajah menjadi lebih sihat dan masalah kedutan akan berkurang.
5. Jadikan tepung kentang sebagai mask wajah
Biasanya tepung kentang digunakan dalam masakan. Sebenarnya ia sangat berkesan bertindak sebagai anti – penuaan dan mengatasi masalah kedutan di wajah. Apabila disapukan pada wajah, tepung kentang dapat menegang dan menganjalkan kulit wajah. Ambil dua sudu besar tepung kentang dan campurkan dengan air. Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit. Kemudian bersihkan dengan air sejuk.
1 comments:
mohon share info berguna ini......ye!
Post a Comment