05 January 2011 | By: shah

JANGKITAN KULAT DI KUKU KAKI

Kuku kaki senang dijangkiti kulat

Selain kebersihan wajah dan badan, bahadian fizikal kita yang sering diperhatikan orang lain ialah kuku.Kuku yang bersih melambangkan anda seorang yang prihatin terhadap kebersihan diri.  Tetapi tahukah anda, biarpun kuku merupakan antara tisu terkuat dalam badan manusia ia juga mudah rosak sekiranya tidak dijaga bersih.  Untuk pengetahuan anda juga, kuku di bahagian kaki senang dijangkiti kulat yang dikenali sebagai parasit mikroskopik.  Apakah punca jangkitan kulat ini berlaku?



Punca – punca
1.       Kulat memasuki kulit yang luka atau bukaan antara kuku dan lantai kuku.  Ia akan timbul masalah apabila kuku kaki sering terdedah pada keadaan panas dan lembap secara berterusan.
2.       Memakai kasut dan stoking tanpa pengudaraan yang baik.
3.       Keadaan kaki yang cepat berpeluh dan keadaan ini mengalakkan lagi pertumbuhan kulat.
4.       Keadaan kaki yang sensitif.
5.       Sejarah ahli keluarga yang pernah dijangkiti kulat pada kuku.
6.       Tidak member perhatian terhadap penjagaan kuku kaki yang sempurna.




Tanda – tanda
Apabila kuku kaki mula dijangkiti kulat, perubahan pada struktur akan berlaku.  Terdapat beberapa gejala yang jelas kelihatan pada kuku.  Antaranya:

1.       Kuku kaki mula menjadi rapuh dan kasar sehingga hilang bentuk asal.
2.       Warna kuku bertukar menjadi kekuningan sehingga kehitaman ( terjadinya pengumpulan sisa kotoran bawah kuku ).
3.       Kulit di sekeliling kuku yang dijangkiti kulat akan terkopek dan mengelupas.
4.       Mengeluarkan bau busuk ( hanyir ).
5.       Berasa pedih dan sakit pada kawasan kulit yang merekah dan luka.


Cegah sebelum merebak
Jangkitan kulat pada kuku kaki boleh menyebabkan rasa pedih dan sakit.  Apabila keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, jangkitan kulat akan merebak dan menjadi lebih serius.  Seharusnya kuku kaki mulai timbul bintik putih dan kuning, segeralah lakukakan rawatan.  Kemungkinan besar kuku kaki anda sudah dijangkiti kuman.

1.       Jangkitan kuman kulat pada kuku kaki agak sukar untuk dirawat dan kerap berulang.  Jadi anda perlu melakukan rawatan dengan penggunaan ubat secara teratur.  Sebaik – baiknya tempoh rawatan lebih dari seminggu hingga sebulan.
2.       Pengambilan pil antikulat  ( antifungal ) dikatakan berkesan untuk membantu menggalakkan pertumbuhan kuku baru selepas bebas jangkitan.
3.       Sentiasa jaga kebersihan kuku kaki.  Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.  Setiap kali selepas mandi, keringkan celah jejari kaki dan kuku.
4.       Disarankan agar anda memakai kasut dan stokin yang senang menyera[ peluh dengan baik.  Bertukarlah stoking lebih kerap.
5.       Sapukan cecair pembasmi kulat yang mengandungi bahan aktif seperti clotrimazole yang berkesan untuk menghapuskan pelbagai jenis kulat.


0 comments:

Post a Comment