19 January 2011 | By: shah

MASALAH KETIKA BERPUASA & CARA MENGATASINYA

Bila masuk bulan ramadhan, macam-macam penyakit timbul(atau diwujudkan secara sengaja).  Semua ini antara dugaan yang harus ditempuhi sebagai tanda untuk menguji diri sama ada kita mampu menjalani kewajipan ini dengan sempurna atau pun terbengkalai kerana tidak tahan dengan ujian sebegini.  Berikut merupakan antara penyakit yang kebarangkalian akan singgah sekiranya anda tidak mempunyai daya ketahanan yang kukuh untuk berpuasa.


1. Gastrik atau Ulser peptrik - bagi seorang penghidap gastrik atau pun ulser hati, peningkatan paras asid ketika perut kosong boleh memburukkan keadaan.  Rasa sakit, senak dan terasa seakan panas terbakar dari dalam perut merebak hingga ke hulu hati, anak tekak hingga ke kepala.  Ini boleh menyebabkan anda bukan saja terasa senak dan pedih di perut dan hulu hati tetapi mual dan sakit kepala yang teramat.  Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda disarankan elak dari memakan makanan yang berempah, pedas dan minuman berkafein (seperti kopi dan air berkarbonat).  Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari doktor dan mengambil ubat anti asid yang boleh mengawal keadaan sebegini.


2. Ketengangan otot - Ia berlaku apabila tubuh badan mengalami kekurangan kalsium, magnesium dan kalsium.  Justeru, anda disarankan agar memakan makanan yang mengandungi mineral berkenaan, seperti sayur-sayuran, hasil tenusu, daging dan juga buah kurma.

3. Sembelit - Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang diproses terlalu banyak, tubuh badan tidak mengandungi air yang mencukupi dan juga kekurangan serat diet.  Ia menjadi bertambah buruk lagi sekiranya kurang melakukan aktiviti fizikal.  Untuk mengelakkannya, anda disarankan meminum air yang mencukupi pada sebelah malam, mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi, elak dari makanan yang manis dan mengurangkan makanan yang pedas atau berempah.


4. Tekanan darah rendah - Mungkin anda akan berasa lemah, pening, letih, lesu, daya tumpuan yang rendah, menggigil seperti mahu pitam terutamanya bila bangun dari duduk atau debaran jantung yang hebat (palpitasi), itu merupakan antara simptom tekanan darah.  Puncanya adalah pengambilanair dan garam yang tidak mencukupi.  Anda boleh memakan kerang, kepah, ubi bit atau anggur ketika berbuka mahu pun sahur bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


5. Masalah penghadaman dan kembung perut - Masalah ini timbul akibat pengambilan makanan yang terlalu banyak semasa berbuka atau pun bersahur.  Ia juga terjadi jika anda banyak memakan makanan yang berminyak, berempah dan makanan yang mengeluarkan gas seperti kacang dal, kubis atau pun minuman berkarbonat.  Elakkan dari memakan makanan sedemikian rupa.  Bagi anda yang mengalami masalah angin di dalam badan, elaklah dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kubis, brokoli, susu, kanji, jagung dan sebagainya.

6. Antara tanda-tanda yang dialami termasuklah lemah anggota badan, pening, sakit kepala dan tidak dapat menumpukan perhatian.  Ia mungkin terjadi akibat pengambilan karbohidrat yang ringkas secara berlebihan ketika bersahur.  Ia membuatkan reaksi badan akan mengeluarkan lebihan insulin dan menyebabkan gula dalam darah menurun.

7. Batu karang - Penyakit ini boleh menjadi apabila badan kekurangan pengambilan cecair.  Justeru, pengambilan makanan berbentuk cecair seperti sup atau pun air pada waktu malam adalah penting.

0 comments:

Post a Comment