Di meja seharian?
Kemungkinan tragedy: DEEP – VEIN THROMBOSIS
Satu kajian yang dilakukan oleh Institut Perubatan New Zealand mendapati kira – kira 34 peratus dari individu yang menderita gejala darah beku di kaki adalah mereka yang menghabiskan masa setiap hari lebih dari tujuh jam di kerusi. Ini kerana apabila anda duduk terlalu lama membuatkan salur darah anda static mengikut kedudukan tubuh anda. Ia akan merendahkan aliran darah yang memungkinkan tersumbatnya salur darah anda.
Cara cegah:
Bangun sebentar setiap dua jam anda di kerusi. Buat satu pusingan jalan kaki keliling pejabat anda. Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Illionis, berjalan bukan sahaja mampu mencegah pengumpulan darah malah membantu mempertingkatkan daya penaklukan fikiran. Bagi yang berjawatan ketua di pejabat, berjalan akan membuatkan anda lebih mengenali kakitangan anda di samping anda dapat menilai kekurangan dan kelebihan organisasi anda.
Out-station!
Kemungkinan tragedi: TEKANAN
Dalam lebih 500 kajian yang dilakukan di seluruh dunia mendapati bahawa kekerapan bekerja di luar kawasan mampu menyebabkan gangguan emosi dan psikologi. Ini kerana kekerapan kerja di luar kawasan membuatkan pusingan kehidupan anda juga terganggu.
Menurut Pakar Psikologi Jonathan Bricker PH.D, perbezaan tempat dalam jangka waktu yang rapat akan membuatkan berlakunya isolasi social dan cubaan penyesuaian budaya dan ini akan memburukkan lagi gejala ini.
Cara cegah:
Lakukan sebarang aktiviti kardio selama 30 minit sebelum dan selepas turun dari kapal terbang. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jurnal Rawatan Pencegahan Amerika, aktiviti ini akan membantu anda mengeluarkan risiko sebanyak 50 peratus.
Serabutnya meja!
Kemungkinan tragedi: PUSAT PENGUMPULAN BAKTERIA
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona, meja lelaki biasanya lebih berselerak daripada meja perempuan sebanyak dua kali ganda atau nisbah 1:15 meja. Meja yang tidak kemas dan terdedah dengan habuk akan memudahkan pembiasakan bacteria jenis Mrsa dan jika anda menyentuh meja anda ia akan mengakibatkan jangkitan dan alahan.
Cara cegah:
Bersihkan meja anda, skrin computer, papan kekunci dan tetikus computer termasuklah telefon di meja anda menggunakan penyembur anti bacteria sebanyak 99.9 peratus. Bonusnya, anda juga akan dapat mempertingkatkan kualiti kerja anda.
Tiada ruang udara segar
Kemungkinan tragedy: PENYAKIT ASMA
Ini adalah trauma yang sering dihadapi oleh pekerja di sector perindustrian. Kajian yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan pekerja di sector perindustrian. Kajian yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan pekerja di sector perindustrian mudah terdedah kepada bahan kimia dari serbuk pada getah sarung tangan, aerosol dan habuk atau debu yang terperangkap. Ini akan mempertingkatkan risiko diserang penyakit asma.
Cara cegah:
Pastikan kawasan persekitaran anda bersih dan mohon agar pihak berwajb di organisasi anda menyediakan ruang pengudaraan yang baik.
Sahabat telefon
Kemungkinan tragedy: SAKIT BAHU
Jika anda bekerja di bidang pemasaran atau kerjaya yang memerlukan anda sentiasa bersahabat dengan telefon, akan berisiko untuk sakit bahu. Satu kajian yang dilakukan oleh jurnal Perubatan Eropah, sakit di bahagian tengah belakang leher menunjukkan anda banyak menghadap computer manakala sakit di bahagian sisi leher menunjukkan anda banyak bercakap di telefon. Otot di bahagian bahu dan leher adalah saling berkaitan.
Cara cegah:
Pastikan skrin computer anda berada selaras dengan mata anda, badan ditegakkan manakala kedudukan tangan dengan papan kekunci kumputer juga selaras. Anda juga disarankan menggunakan teknologi ‘wireless’ bagi menjawab setiap panggilan telefon anda.
0 comments:
Post a Comment