10 March 2011 | By: shah

50 Juta Sperma Untuk Seorang Manusia????

Semua daripada kita sudah mengetahui bahawa kejadian manusia adalah hasil persenyawaan benih bapa dan ibu. Tetapi tahukah anda berapa jumlah sperma yang diperlukan untuk menjadikan hanya seorang manusia??? Hasil kajian mendapati bahawa seorang bapa perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya sebanyak 50 juta benih atau sperma ke dalam rahim ibu. Di samping itu, ukuran setiap sperma juga berbeza. Saiz sperma untuk menghasilkan anak lelaki adalah lebih kecil berbanding sperma yang menghasilkan anak perempuan. Pergerakan sperma yang lebih laju dan cepat sampai ke benih wanita, akan menghasilkan anak lelaki.
08 March 2011 | By: shah

Mengapa Seks Baik Untuk Lelaki????

Ramai yang menganggap seks hanya sekadar untuk memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu semata-mata. Walau bagaimanapun seks mempunyai banyak kelebihan di dalam kehidupan sehari-hari. Mengapa seks dikatakan baik untuk lelaki???

  1. Hubungan seks boleh menguatkan sistem ketahanan tubuh. Dengan terjadinya orgasma, penghasilan sel darah putih akan meningkat dan mampu melawan masalah kesihatan.
  2. Bertindak sebagai senaman regangan dan pergerakan yang baik untuk kekalkan kesihatan tubuh badan. Sekiranya kehidupan seksual anda baik, ia akan memberi kesan pembentukan otot-otot terutama di bahagian perut, pinggang dan punggung.
  3. Hubungan seks juga mampu menurunkan besat badan. Dalam satu sesi hubungan seks, dapat membakar 200 kalori bersamaan dengan berlari di atas stalmaster selama 25 minit, berbasikal 45 minit atau setengah jam berjoging. 
06 March 2011 | By: shah

Fakta Seks dan Fungsi 'Mr.P'

  • 2.4 juta lelaki rakyat Malaysia menghadapi masalah lemah tenaga batin. Masalah utama yang dihadapi masalah lemah tenaga batin. Masalah utama yang dihadapi adalah kegagalan untuk bertahan lama serta tahap ketegangan yang hanya memuaskan lelaki. 
  • Ramai yang menganggap dengan urutan, saiz zakar akan bertambah. Tetapi tahukah anda urutan zakar yang kerap amat berbahaya? Zakar yang sering diurut menyebabkan pembuluh darah dan saraf di sekitar zakar rosak teruk sehingga mengakibatkan 'mati pucuk' kekal.
  • Kepuasan seksual wanita secara fiziknya tidak ditentukan oleh besar atau kecil alat sulit lelaki tetapi oleh fungsinya.
  • Lelaki normal boleh melakukan seks sekali atau lebih dalam tempoh sehari.
  • Hampir 50 peratus lelaki yang mengambil pil kencing manis atau darah tinggi yang dihasilkan oleh dadah melebihi dari 2 tahun, akan mengalami lemah tenaga batin. Sebarang pengambilan dadah yang berlebihan akan berisiko mengahadapi lemah tenaga batin.
  • Penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis, herpes genital dan jangkitan kulat pada zakar, boleh menyebabkan kemandulan seseorang lelaki.
  • Hampir 60 hingga 70 peratus lelaki mengalami masalah pancutan air mani pramatang atau premature ejaculation. Untuk mengatasi gejala ini, minda perlu dilatih supaya dapat bertahan lama. Jangan terlalu gopoh, relaks dan tenangkan tingkah laku anda apabila bersama pasangan.