04 February 2011 | By: shah

HUBUNG KAIT TUMBUHAN DENGAN ORGAN MANUSIA

1.       Kepingan lobak merah memiliki persamaan dengan manusia.  Ia seakan memiliki anak mata, iris dan garisan sinaran seumpama mata manusia.  Sains juga membuktikan lobak merah sangat bagus untuk pengaliran darah dan juga fungsi mata.

2.       Tomato memiliki empat keratan ataupun ruang dan ia berwarna merah.  Jantung manusia juga berwarna merah dan juga memiliki empat ruang.  Sains juga membuktikan tomato sangat baik untuk jantung dan juga boleh dijadikan makanan bagi darah.

3.       Kacang walnut pula menyerupai otak.  Mempunyai bahagian seperti otak kiri dan otak kanan serta lengkap dengan serebrum bawah.  Dengan memakan kacang Walnut juga dipercayai mampu menghasilkan lebih 3 dozen neuron-transmitter untuk kebaikan fungsi otak.

4.       Kacang merah pula menyerupai buah pinggang.  Malah memakan kacang merah juga bagus untuk fungsi organ terbabit.

5.       Batang daun saleri pula mempunyai persamaan dengan tulang manusia.  Tulang memiliki 23 peratus sodium, sama juga dengan saleri.  Jika kandungan sodium tidak mencukupi, tulang boleh menjadi lemah.  Saleri juga boleh membantu untuk menguatkan tulang.

6.       Buah ara dipenuhi dengan biji benih dan rupanya seakan sperma lelaki.  Malah dengan memakan buah ara, ia juga mampu meningkatkan bilangan sperma yang sangat penting untuk proses pembiakan manusia.

7.       Ubi keledek pula menyerupai pancreas dan khasiatnya mampu menyeimbangkan indeks Glycemic untuk penghidap diabetes.

1 comments:

armouris said...

info tentang khasiat tomato di SIHAT SELALU - Khasiat Tomato

Post a Comment