27 January 2010 | By: shah

Teh Hijau Cegah Nafas Berbau




Penyelidikan terbaru menunjukkan teh hijau mampu mencegah bau nafas yang busuk.  Penyelidikan yang dilakukan di Universiti Pace mendapati ekstrak teh hijau yang dicampur dengan beberapa jenis bakteria efektif  membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhannya.  Berdasarkan penyelidikan ini juga mendapati, ubat gigi dan ubat kumur yang dicampur dengan teh hijau dapat membunuh virus menyebabkan kerosakan dan bau mulut yang tidak menyenangkan.  Polyphenol yang terdapat dalam teh bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel manusia daripada rosak.  Sekiranya ditambah dengan teh hitam, ia dapat mengelakkan pembentukan plak dan menghancurkan asam penyebab bau busuk.  Hasil penyelidikan ini telah dibentangkan di dalam perhimpunan tahunan American Society for Microbiology di Washington DC.


0 comments:

Post a Comment