15 January 2010 | By: shah

Rileks Sebentar???

Pengatin Baru Dan Rumah Kongsi


Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia.  Kedua-duanya jatuh cinta  dan berkahwin.  para pekerja kontrak telah disediakan denga rumah kongsi yang kurang selesa walaupun ada pekerja yang dah kahwin, namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang.  Bak kata orang putih, tak ada privacy lansung.  Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah berkahwin di situ, ada satu pasangan yang baru berkahwin.


Dalam keadaan sempit begitu, cubalah bayangkan bagaimana mereka mahu bermesra, memang masalah besar betul.  Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat.  Lepas tu nak bergerak lebih-lebih pun tak boleh lasak sangat.  Yalah, dah lah duduk atas pangkin, kalau gerak lebih-lebih, berbunyi lah pulak pangkin antik tu.  Kalau nak buat " projek " pun mereka mesti pastikan betul-betul yang orang lain sudah tidur.  Dan sebagai langkah memudahkan, mereka terpaksa menggunakan bahasa isyarat tertentu.  Bahasa isyaratnya untuk mengadakan hubungan asmara ialah Parman akan bertanya, " kamu mahu makan oren? " Dan Sutijah akan menjawap " Mau ".  Sebagai pasangan yang baru kahwin, setiap malam mereka mau " makan oren ".


Perkara ini berlanjutan beberapa minggu lamanya sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini berlaku.  Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.  Parman dan Sutijah yakin bahawa penghuni rumah kongsi itu sudah lena tidur kerana kedengaran banyak dengkuran.  Namun Parman tetap menggunakan bahasa isyarat. " Kamu mau makan oren? " Tanya Parman kapada Sutijah.  Belum sempat Sutijah menjawap, tiba-tiba rakannya yang tidur di bawah pangkin menyampuk: " Makan oren boleh saja tapi airnya jangan meleleh ke bawah udah ya! "


Malam itu tertutup selera Sutijah untuk " makan oren ".  Esoknya Parman terus berjumpa dengan majikannya untuk mencari rumah yang lain...

0 comments:

Post a Comment