29 December 2009 | By: shah

Petua Dari Sumber Semula Jadi

HALBA BAIK UNTUK KESIHATAN


Halba antara salah satu herba yang cukup popular digunakan dalam masakan.  Bukan itu saja, halba turut banyak digunakan dalam perubatan dan merupakan antara ubatan yang tertua di dunia ini iaitu sejak zaman Nabi Muhamad SAW yang pernah bersabda: " Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " .  Malah bapa perubatan Yunani, Al - Abqirad (Hippoctaes) turut menggunakannya.

Antara kegunaan halba dalam perubatan ialah:

1. Jika diminum sebagai teh,
    - Menghilangkan kembung, sebu dan senak perut.
    - Menguatkan jantung.
    - Melegakan sakit kepala dan migrain.
    - Membuang angin.
    - Menyembuhkan buasir.
    - Mengurangkan berat badan.
    - Mengawal kencing manis.
    - Merawat bisul dan radang kulit.
2. Jika diminum teh halba yang dicampurkan dengan madu,
    - Dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah.
    - Dapat mengelakkan anemia.
3. Merupakan ramuan tradisi yang mampu menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
4. Memanaskan buah pinggang.
5. Merawat mati pucuk.



DAUN BETIK UNTUK RAWAT DENGGI?


Dalam perubatan, masih belum ditemui penawar sebenar untuk demam denggi.  Namun terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk meredakan demam denggi ini.  Antara yang dikatakan terbaik ialah dengan meminum jus daun betik.  Dikatakan jus daun betik dapat meningkatkan semula kadar platlet darah.  Untuk mendapatkan jus itu, anda tidak perlu untuk merebus atau merendamnya di dalam air panas kerana ia boleh menghilangkan khasiatnya.  Sebaliknya anda cuma perlu lumat atau hancurkan daun betik tersebut hingga ia mengeluarkan jus.  Dengan hanya dua helaian daun betik itu, anda akan mendapat jus sebanyak satu sudu teh kecil.  Ia memang sangat pahit tetapi dipercayai efektif dapat meredakan demam denggi.



HILANGKAN PARUT SECARA TRADISIONAL


Mempunyai parut terutamanya yang jelas kelihatan ada kalanya agak memalukan, memandangkan rasa kurang yakin dan merasa nilai diri yang agak rendah.  Teknologi moden memang ada untuk menghilangkan parut antaranya dengan menggunakan laser tetapi sudah pasti kosnya agak mahal dan kebarangkalian mendatangkan kemudaratan memang ada.  Jangan risau, ada cara alternatif untuk menghilangkan parut walaupun mungkin ia mengambil masa yang agak lama tetapi mudah dan ternyata berkesan.

Dengan menggunakan ekstrak lemon, ekstrak timun dan kulit pisang, anda boleh lakukannya di mana - mana saja.  Caranya mudah, anda hanya perlu menggunakan salah satu dari bahan tersebut dan kemudian sapukan di tempat yang berparut.  Biarkan ekstrak bahan tersebut di bahagian berparut antara 5 hingga 10 minit dan kemudian  baru dibilas dengan air yang bersih.  Lakukan perkara yang sama antara 2 hingga 3 kali.  Amalkan perkara ini sehinggalah parut tersebut sudah ghaib dari tubuh badan anda.



BANYAK MINUM AIR MINERAL, KESIHATAN MANTAP!

Pakar perubatan sudah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi adalah bagus untuk kesihatan.  Di Jepun, pakar perubatan di sana telah berjaya dengan kajian yang dijalankan berkaitan faktor kesihatan dan penyakit - penyakit yang sembuh 100 peratus apabila para pesakit mengamalkan meminum air mineral setiap hari.  Antara penyakit tersebut ialah sakit kepala., artritis, epilepsi, asma, TB, meningitis, masalah buah pinggang, sistem jantung, masalah pencernaan, gastrik, cirit - birit, batuk, masalah penglihatan, kanser dan banyak lagi.  Pakar perubatan dari Jepun juga menyarankan anda melakukan perkara seperti di bawah untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih sempurna:

  • Sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi, minum air mineral sebanyak 160ml.
  • Selepas memberus dan membersihkan gigi serta mulut, elak dari minum air atau makan apa - apa dalam tempoh kurang dari 45 minit.
  • Selepas 45 minit tersebut, barulah anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit dari mengambil sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum apa - apa selama 2 jam.
  • Elak dari meminum air sejuk ataupun air terutamanya ketika mengambil hidangan yang berat.  Ini kerana minuman yang sejuk lebih mudah memerangkap kandungan minyak yang terdapat di dalam badan lantas bertukar menjadi kolestrol.
27 December 2009 | By: shah

10 TANDA penting yang perlu anda tahu

  • Jika mata anda menjadi merah, ini bermakna hati anda mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan sedang dalam proses pembuangan toksin.

  • Bibir yang pucat menandakan sistem penghadaman yang lemah, peru mengandungi angin dan kurang darah disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

  • Lidah atau gusi bengkak dan sakit menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah dan saluran koronari tersumbat.

  • Telinga terasa tersumbat bermakna buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.


  • Ruam dan bisul menandakan badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.






  • Sakit di bahagian bahu menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang

  • Sakit tumit kaki menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

  • Rasa pening yang merunsingkan menandakan kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

  • Muntah darah merah menandakan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pula pembuangan tisu yang rosak di bahagian perut.

  • Sakit badan yang menyentap menandakan proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ -organ badan.
So apa tunggu gik... sebelum kitak orang sakit, bagus kita elak dari terkenak dan mula kan lah gaya hidup yang sihat!!!

Air Suam Kurangkan Risiko Serangan Jantung?



Agak menyegatkan apabila minum air sejuk semasa menjamu selera. Tapi mengikut pakar kesihatan, air sejuk akan melikatkan minyak yang terkandung di dalam hidangan anda. Lalu ia akan melambatkan proses pencernaan. Juga gumpalan minyak ini akan bertindak balas dengan asid di dalam perut, sekaligus akan pecah dan diserap pula oleh enzim intestine dengan lebih cepat. Lama - kelamaan ia akan bertukar menjadi lemak dan apabila ia semakin banyak tergumpul terutamanya di bahagian saluran darah, arteri dan jantung, maka risiko untuk mendapat sakit jantung adalah lebih tinggi.



Justeru, masih belum terlambat untuk anda mengamalkan minum air suam atau panas selepas makan kerana ia membantu mempercepatkan minyak dari hidangan yang dimakan itu menjadi tidak berkumpul di dalam badan kita...

Selamat mencuba!!!
18 December 2009 | By: shah

Cerita Baru Tahun Baru!!!

mulai 2010 aku nak tukar cara penyampaian blog aku plak... ekekeke apa pun just tunggu dan lihat aje la nnt... suka or x, ada aku kesah??? hehehehe
11 December 2009 | By: shah

masa pergi meninggalkan kita

lama dah rasanya kau x update blog aku ni... bukan sebab aku dah lupa nak update, tapi tu la masa dah berubah... bulan 10 ari tu aku sibuk dengan tempat praktikal aku... sekarang plak aku dah di serap masuk bekerja di tempat aku praktikal... alhamdulillah mungkin dah rezeki aku kat sana...
bukan hanya sibuk kat tempat kerja sahaja, tapi lepas balik kerja aku gie training, sebabnya badan aku dah naik giler2 skrg ni... ekekeke... makin aku ke gym makin plak naik... ingat kan dapat la nak kurang kan skit kan.... huhuhu, apa pun tu la rutin harian aku skrg ni... aku dah x de masa nak update blog... tambahan plak skrg ni, komputer aku x dapat nak di gunakan, ada masalah problem skit... ni pun aku tumpang guna lap top kawan aku, ye la masing2 ada blog sendiri, semua nak jadi tersohor kan... hahaha
erm... januari ni aku akan pulang ke kampung...x sabar plak rasanya nak rehat seminggu lebih kat kampung tu... ye la lama sangat blajar kan... dah tiba masa untuk masuk ke alam pekerjaan...untuk gaji pertama aku akan bg kat kuarga aku... sbb bagi aku apa yang penting ialah utamakan keluarga dahulu... ye la dah tanggungjawap anak kepada ibu bapanya kan...erm... pas cuti tu kena balik semula kat tpt kerja aku... entah sesuai x ke tpt kerja tu ngan jiwa aku ni... harap x de la masalah untuk aku terus bekerja kat sana....
nak tau aku kerja kt mana? biar lah rahsia... hanya aku yang tau, dan pada yang dah tau tu... jangan bgtau kat orang lain plak... heheheh
plan next yr plak.. klu x terlambat lh.. aku nak cuba nasib lagi untuk AF... harap2 ada la rezeki aku tahun depan... dah puas dah aku cuba, kali ni aku dah dapat atasi masalah aku untuk berdepan dengan orang ramai dan kamera... berdikari mengajar aku untuk bermesra dengan semua orang..... heheheheh
25 October 2009 | By: shah

Melangkah Ke Alam Baru

dah seminggu dah aku tinggal kan tpt blaja aku sebab skrg aku tgh OJT kt ... x payah la aku bgtau... ni 1st time aku gie OJT (praktikal) sbb masa kat tpt blaja yang lama dlku aku x sempat nak gie OJT sbb dapat seruan untuk sambung blaja lagi...
so masa tu aku x dapat rasa lagi mcm mana suasana semasa OJT.
baru la aku rasa mcm mana keadaan masa praktikal, suasana yang berlainan... dah namanya kerja kan, aku dan 19 lg member yang lain OJT di tpt yang sama tp berlainan department, ada yang shift dan ada yang normal hour... aku kena normal hour bermakna aku x dapat la nak OT...erm, x best rasanya, ye la x dapat nak kumpul duit lebih...
apa pun normal hour pun ok gak, x payah aku nak pening2 kepala fikir nak bahagi masa untuk turun kerja... ekekeke... nak kata seronok kt tpt OJT tu x la gak sbb baru aje masuk seminggu kt sana... aku ni plak jenis kurang bercakap, so ambik masa gak nak biasakan diri kat tpt baru...
ada member baru pun seronok gak... seronok tu seronok gak kan, kerja tu kerja gak... aku pun kena la berubah sbb aku skrg ni bukan lagi blaja tapi dah mula masuk ke alam pekerjaan...
so mulai dari sekarang aku mesti berubah...aku mesti kena buka mulut untuk bercakap... tp takut gak aku jadi lebih2 plak sbb aku ni klu dah mula bercakap nnt orang bole bosan plak dengar aku bercakap... heheheh biar la mulut aku kan sukahati aku la... apa kata korang??? setuju x???
04 October 2009 | By: shah

Asah Bakat

Semalam aku di tugaskan untuk ambik gambar kat TUDM Subang sbb ada air show kat sana... Aku dapat tugas ni ari jumaat ari tu, klu di ikut kan aku nak balik ke kl... pastu x pasal2 budak2 kelas cakap aku pandai ambik gambar... erm... apa leh buat, aku ambik la tugas tu... ye la dapat gak aku asah bakat aku mengambik ngambar....
Berbekalkan ilmu yang aku dah pelajari, aku pun cuba la ambik shot2 gambar yang menarik kat mata aku, ni antara koleksi yang aku ada... klu nak tgk gambar2 yang lain aku dah simpan dalam facebook aku... heheheh
Komen la skit2 erk... jgn lebih2 ye la untuk memperbaiki skill2 ambik gambar untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang....
Ni masa kat dalam taxi otw ke TUDM,
keta plak terparking jauh...
Shukoi menyambut kedatangan kami ke TUDM
Persembahan ACROBATIC dari USAF
Kepakaran dorang ni buat aku jadi lebih semangat lagi,
nak tau kenapa???
Technician... mmg bergaya la dorang ni...
pantas buat kerja... harap2 suatu hari nnt aku akan jadi
seperti dorang jugak... AMIN....
Rugi la pada sesiapa yang x datang tengok semalam... heheheh hujung tahun nie nanti ada LIMA kat langkawi... harap aku akan dapat gie sana nnt, sbb masa tu nnt ada lagi banyak show air craft dari semua pelusuk dunia....
16 September 2009 | By: shah

ingin membantu sesama muslim

hehehe sapa nak angpau banyak tahun ni??? aku leh bagi kan... hehehe hasil usaha dan bantuan rakan aku, aku dapat memperoleh wang simpanan yang banyak skrg...aku syorkan korang join nya... apa kata anda cuba dahulu baru tau akan hasil nya... srkg aku yakin dengan apa yang aku lakukan... anda bila lagi !!!???

just klik link bawah nie untuk menyertainya untuk percuma seumur hidup !!! pasti ia akan merubah hidup anda !!! klu x caya anda leh email sy...

http://www.kuasarm.com/?id=shahminan
08 September 2009 | By: shah

masalah,masalah

erm... sebagai manusia kita x kan dapat lari dari masalah... kemana aje kita pergi pun masalah tetap akan ada... biarpun berhati2 pun tetap akan datang gak masalah... mcm tu juga dengan aku... bukan masalah aku aje tp masalah kuarga aku gak... erm... mcm mana aku nak citer ye... erm...
tujuan aku type artikel ni bukan la untuk menagih simpati dari semua, tp klu bole aku nak berkongsi dengan semua tentang kehidupanku, sebab tu jgak la blog aku dengan tajuk tu kan... mcm ni... aku baru aje chat ngan adik aku... ye la dia dah pasang tenet kt rmh so ni td dia cuba la online guna lap top kwn nya... apa lg aku mcm biasa la tegur sapa... dah nama nya adik beradik kan...
erm... adik aku minta tlg kat aku untuk carikan TONIK HERBA GAMAT tp aku x tau kat mana ada jual, sebab adik aku bgtau yang ubat tu ada di jual kat sini... tujuan nya sbb nak tlg mak aku skrg ni... adik aku x sampai hati tgk mak hari2 injek insulin kat badan dia... erm... risau plak aku dengar adik bgtau gtu...
hm... aku harap mereka x de apa2... aku masih sayangkan mereka... erm... aku jadi x sabar plak nak balik kampung tgk keadaan mereka... kepada pembaca yang slalu view blog yang x seberapa ni, klu korang ada info pasal "TONIK HERBA GAMAT" sila inform kt sy ye...
03 September 2009 | By: shah

erm...

klu aku duduk sorang2, mesti aku suka termenung... fikirkan pasal diri aku, apa yang akan berlaku lepas ni, akan akan jadi pada diri aku lepas aku hbs blaja ni, fikirkan kuarga aku, fikirkan kawan2 aku dan dia... erm...kuat sangat termenung ni... tp kekadang ok gak buat aku, sebab ia akan buat aku ingat sapa diri aku dan mana aku berada... hari ni plak aku teringat akan kawan rapat yang sama tpt blaja ngan aku skrg ni, dia dah balik ke sabah semalam...

erm... x lama gak la aku kenal dia, dia sorang yang baik... rajin solat tp minggu lepas la aku dapat tau yang dia dah berhenti mcm tu aje tanpa ada surat hitam putih dari pihak atasan... dia bgtau aku yang dia berhenti sebab ada masalah ngan pensyarah nya dan ada gak sebab2 lain... dia ni kuat berahsia, apa lg aku korek la rahsia nya tu..akhirnya aku dapat tau sebab utama dia berhenti blaja, sebab orang tuanya kedu2nya jatuh sakit(sakit jantung)... jd tanggungjawap dia sebagai seorang anak untuk membantu kuarganya...

kesian aku tgk nasib dia... dah la x lama lg nak hbs blaja dia plak dah nak berhenti... nak tlg mak dia uruskan kedai mereka... aku ada gak cuba pujuk dia untuk x berhenti, tp dia berkeras gak ngan pendirian dia... aku bukan apa, sayang sbb kami akan sama2 hbs blaja tahun ni... x kan nak sia2 kan peluang selama 2 tahun kat sini... erm... apa pun dia semalam dah selamat sampai kt sabah... aku doakan dia dapat membantu meringankan beban kuarganya...
31 August 2009 | By: shah

Dalam Dilema...

Rasanya aku pernah kuarkan artikel pasal ini kot... aku pun dah lupa sebab lama dah x updates... erm... perkara ni berulang semula... ianya berlaku petang td la, masa aku baru nak berbuka, ayahku menelefon dari kampung... asalnya dia bertanyakan khabar aku...

Kemudian bercerita plak pasal member aku yang kena bomoh oleh perempuan gila... erm... sampai plak ke masa aku cuti raya nnt... aku tau ayah aku rindu akan kehadiran aku di rumah kampung sebab hanya aku sahaja anak lelaki dalam kuarga aku... aku paham sikap ayah aku sebab dia jenis x banyak cakap... tp dia x sentiasa bg nasihat kat aku dan adik2 aku yang lain...


Tapi bukan itu yang menjadi dilema bagi aku tapi... masa asyik borak2 ngan ayah aku... dia ada la bertanya pasal pelajaran aku, bila aku akan habis blaja... aku bgtau la terus terang dengan nya... aku bgtau la aku akan hbs kan pelajaran awal tahun depan... aku tau apa niat ya bertny mcm tu... aku pun tau apa yang aku nak buat... aku mmg dah plan untuk mencari kerja lepas ni... sbb aku nak tlg kuarga aku...


Ayah aku plak ingin kan aku balik ke kampung dan cari kerja kat sana... bukan aku x ingin cari kerja di sana, tp keadaan memaksa aku untuk tidak mencari kerja kat sana... sbb aku pernah merasa dahulu menganggur setahun sebab sukar untuk dapatkan kerja... apatah lagi dengan sijil yang aku ada sekarang, memang x da kerja yang sesuai untuk sijil yang aku pegang kerana sijil tu hanya laku di semenanjung, kerana peluang kerja di sini amat banyak dan mengunggu masa untuk di rebut sahaja...


Mungkin bukan sekarang untuk aku bgtau apa sijil yang aku pegang...erm... apa pun kuarga aku masih tak faham apa yang ingin aku lakukan... mungkin mereka ingat aku x fikir akan kesusahan kuarga aku... aku ni pun jenis sama seperti ayah ku, lebih suka berdiam diri dari menyuarakan sesuatu... mungkin raya akan tiba nie nanti aku akan terangkan kepada mereka keadaan sebenar aku dan apa yang telah aku rancangkan sebelum nie... aku harap mereka tak menghalang apa yang aku ingin kan....


18 August 2009 | By: shah

kesah hari ini plak...

Mcm biasa la kan kehidupan seorang pelajar macam aku ni, bangun awal pagi, mandi dan tunggu bus untuk pergi ke "U"... bus plak dah masuk minggu ke 2 nie makin lambat plak sampai... bengang aku di buat nya... ye la ingat klu bus tu awal sempat la aku gie sarapan...erm...

Sampai aje kt "U" aku trus menuju ke tpt aku slalu lepak, biarpun bus turunkan kami depan kafe, aku malas dah nak singgah... dah x de selera nak makan... tggl 5 minit aje lg untuk masuk kelas... lg pun skrg ni tpt aku blaja tu dah anti yang amat sangat lah dengan budak2 jurusan aku ni... ye la kan dlu aku pernah bgtau yang kami nie menumpang aje... menumpang tu menumpang gak la... kira jurusan kami ni gak la yang menaik kan mana Insitut tu...

Apa je la kami ni leh buat kan... terpaksa gak la turutkan... lg pun kami pun x kisah sangat dah skrg ni sbb agak2 dalam sebulan lbh aje lg tggl untuk kami berada di situ sebelum kami pergi praktikal...

Macam biasa la, isnin bagi kami ialah hari kegelapan @ Black Monday... sebab nya mood cuti hujung minggu x hilang lg... so mood untuk blaja tu kureng skit... heheheh nak x nak kena tunai kan tanggung jawab sebagai pelajar gak.... masuk aje kelas jam 8 pagi, aku trus kuarkan lap top aku, ye la our lect pny lap top ada masalah skit... so apa salahnya aku bg pinjam... berkat gak ilmu yang aku terima kan...masuk aje lect semua dah sedia buku atas meja... maka....


Bermula nya pelajaran... hehehe entah pagi ni aku rasa segar plak mata, senang aje otak aku ni terima apa yang lect aku ajar kan... sebelum ni bukan main lg aku ngantuk, masuk kelas aje, x sampai 5 minit aku dah nguap..heheheh blaja kejap aje sbb lect aku jenis paham situasi kami kan, blaja dalam 30 minit aje.. pastu rehat sampai jam 12... hehehe

Apa lagi aku ngan member sabah aku.... main game la... ye la x tau nak buat apa masa rehat... lg pun kami x dapat kuar kelas awal sbb kami ni mcm dalam penjara... sentiasa dalam pemerhatian... salah skit aje trus la kena sound... our lect pun apa leh buat kena la lepak gak dalam kelas sambil borak2 kosong ngan member lain...

jam 1 semua rehat tengah hari....


Masuk kelas semula jam 2 ptg... erm...masa rehat tengah hari rasa x lama, sebab nak kena solat Zohor lg... pastu nak terkejar2 ke kafe untuk makan tgh hari... sampai aje kat kafe dah tggl 5 minit lg untuk masuk kelas, mana la sempat nak jamah nasi... kesian kan kami... aku dah biasa dah... makan sarapan aje.. pastu sampai ke ptg la aku ikat perut x makan...

balik aje kelas jam 5 ptg, kekadang ikut mood gak aku ni... tp sejak kebelakangan ni selera makan aku dah hilang... apa yang aku nampak badan aku dah makin susut...(dari mata aku) tp orang lain tgk aku, dorang kata aku ni masih gemuk lagi... entah la... mata kita ni lain2 kan...dalam perjalanan balik ke apartment aku... aku bgtau pakcik yang bawa bus untuk berhenti kat depan satu market...

Turun aje kat market tu, aku trus singgah ke satu kedai yang jual nasi lemak berdepan ngan market dekat ngan apartment aku...nasi tu bole la sedap gak...janji dapat isi perut yang kosong... berbaloi gak la beli... ye la pakcik yang jual tu x kedekut... nasi lebih, tp harga murah...tu la aku tiap2 petang, klu aku ada duit or lapar aku akan singgah kt kedai pakcik tu...

Sampai ke sekarang ni aku masih kenyang lg...tambahan lg aku malas nak kuar malam2 ni cari makan kan... aku lebih minum air aje...ni la rutin harian aku sepanjang aku blaja kat sini... hujung minggu plak aku ada kerja lain... tu lain kali la aku kongsi kan ceritanya....


da................
16 August 2009 | By: shah

BENGANG !!!

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu
(ulang chorus)
Letih hatiku di saat pilu
Letih hatiku teringat janji
Ooo caramu
Agar ku teruskan hidupku
Oo tak perlu
(ulang chorus)

Kesempurnaan atau kepuasan???



Erm… aku x tau la apa yang orang sekarang ingin kan dalam kehidupan mereka… x pernah puas dengan apa yang ada…erm…ada yang ingin kan kesempurnaan… bukan la aku nak kata aku ni sempurna tp aku dah berusaha untuk lakukan yang terbaik…

Kekadang aku masih terasa terumbang ambing… tambahan plak x lama lagi aku akan hbskan pembelajaran aku… entah mcm mana la keadaan aku lepas ni… risau pun ada gak… ye la aku sendiri x tau sama ada aku dapat terus kan hidup ni di tempat orang… kuarga dan saudara semua jauh2… klu aku di usir nnt, kemana aku akan pergi??? Barang aku banyak lagi kat sini… nk aku bawa balik ke kampong, x mampu aku nak bayar duit flight… bukan murah skrg ni nak balik…

Raya nie nnt pun aku terpaksa minta tolong kuarga aku untuk dapatkan tiket balik… sbb baget aku x cukup untuk beli sendiri… malu gak aku sebab sebelum ni aku dah bgtau mak yang aku nk beli sendiri tiket balik tapi, erm… susah susah… dengan sapa lagi aku nak berbicara??? Aku tiada teman rapat… yang ada hanya lah teman bergembira aje… masing2 dengan kehidupan masing2…

Jap2, tukar tajuk sat… baru aku teringat… ari tu masa aku lepak ngan sorang member aku ni… borak2 ngan dia ni, sampai la ke tahap kuarga plak... dia citer la pasal kuarga dia… pastu bila sampai masa aku plak untuk citer pasal kuarga aku, aku Tanya la dia dlu… dia tgk aku mcm mana… nk tau apa jawapan dia??? Dia cakap aku ni mungkin anak orang berada, ye la bergaya katanya… mcm orang berduit…

Tapi tu semua salah, bila aku bgtau perkara yang sebenar, bukan main terkejut dia bila dapat tau yang aku ni bukan la seperti apa yang dia bayang kan pada mulanya… tu la aku bgtau kat dia… jangan hanya pandang orang pada luaran sahaja… bukan la aku nak kata aku ni pandai bergaya…tapi cara aku berpakaian x menampak kan aku ni dari kuarga yang susah…

Bukan la aku ni boros tp aku ni jenis pakai benda tu selagi dapat di pakai… tu la banyak baju2 lama yang aku x pakai tu, bila aku pakai Nampak mcm baru… aku bgtau la kat dia,x kan la aku nk tunjuk kat semua orang yang aku ni orang susah… kekadang kan x semestinya aku senyu
m, aku gembira…

Erm… mcm2 kan gelagat orang ni… berbalik kepada kesempurnaan dan kepuasan ni, aku masih lagi bertanya pada diri aku… adakah aku akan d usir dari hidupnya apabila dia bertemu apa yang dia inginkan selama ini??? Hm…aku tau aku pernah lakukan kesilapan suatu masa dulu… tp tu semua aku jadi kan pengajaran dan aku x akan mengulangi nya… aku x tau la nak kata apa… mungkin dalam diam dia dah ada??? Itu aku x tau sbb kami jarang berjumpa… tu pun Cuma 2 kali seminggu… sms skrg ni pun dah jarang… aku saja diam diri… aku pun harus bersedia dengan apa jua yang bakal aku terima…

Usia semakin meningkat… aku pun dah semakin matang skrg ni… dan matlamat dan tujuan utama aku akan aku tunai kan x lama lagi… x ada siapa yang akan dapat halang aku… nk tau apa??? Hehehe malu plak aku nak cakap… kekeke aku nk jd mcm ZAWEN ANUAR pengacara WWE astro tu… tu la… aku akan pasti kan matlamat tu tercapai…mungkin after raya ni… tu semua aku dah plan awal2…member2, aku dah dapat dah untuk sertai aku… dalam masa 3 bulan tu aku harap apa yang aku impikan berhasil…

Untuk dia, aku masih sayangkan dia… aku harap x akan kehilangan dia… erm… harap dia x kan cari lain… sbb apa yang aku lakukan ni aku lakukan untuk dia… aku sanggup berkorban untuk mencari kerja disini semata2 untuk bersama dia… aku x pernah bosan dengan dia…semoga dia pun merasa begitu… erm… aku dah cuba lakukan yang terbaik dan aku x kan pernah berputus asa untuk mencuri hatinya lagi…
09 August 2009 | By: shah

Naruto !!!


x sabar plak tunggu Naruto Movie Ke 3 ni kuar... ye la aku ni pun kipas susah mati naruto... ekeke mana leh ketinggalan setiap episode nya... apa lg baca komik nya...apa pun korang pun kena dapat kan DVD terbaru nnt... Beli yang Original bukan LANUN !!! eheheh

06 August 2009 | By: shah

Cam Best Aje !!! Tak Tau La Dapat Tengok Ke X Kan...

cam best aje kan citer ni... erm... bila la kuar...ke dah kuar pawagam???

lama dah x jenguk pawagam...

erm....

05 August 2009 | By: shah

Hari Yang Bakal Tiba !!!


Tak sabar rasanya untuk tunggu hari tu tiba... aku nak tgk siapa orang pertama yang akan ingat hari yang paling bersejarah dalam hidup aku...
Tapi masih ada lagi ye yang ingat masa tu nnt??? erm...
aku saja berdiam diri... x syok la kan klu bagi tau...

klu ada yang hargai aku pasti akan hantar
mesej kat aku... agak2 siapa la kan???
x sabar plak aku nak tunggu...
apa la kejutan yang aku akan dapat masa tu nnt???
ada ke surprise untuk aku lg???
erm....

harap2 la aku dapat apa yang aku
idamkan kan selama ni...
erm...
rasanya dapat ke x??? hm.....

apa pun aku akan tunggu sampai masanya tiba nnt...
tunggu artikel pada 11/08/2009
sbb masa tu aku akan bgtau apakah yang sebenarnya
berlaku... dan kenapa aku
x sabar tunggu ari tu...

tunggu...
04 August 2009 | By: shah

Fuh!!! Lega...

Fuh!!! lega rasa nya dah lepas exam ptg ni td... x sia2 la aku blaja malam td sampai jam 2 pagi gak la bersengkang mata baca buku... hafal nya x la cuma baca2 aje mana yang dah di tanpa...heheh nak x nak kena gak la aku blaja... dah malas asyik resit2 paper aje... lect pun mungkin dah muak tgk muka aku ni...ekekekek


Takut gak td kuar soalan set lain, sebab malam tadi aku cuma baca 1 set soalan daripada 2 set soalan... eheheheh...keliwon, toyol semua di seru... nasib la x de yang sesat...eheheh dapat gak la... tp aku usaha gak la sendiri td... alhamdulillah la dapat gak jawap... ada gak la lect tlg aku td... ye la ada gak soalan yang kami bincang ari tu... tp aku ni jenis ingat2 lupa kan...
Tengah hari td, orang semua sibuk2 blaja aku plak kehulu hilir berjalan... sbb aku malas nak baca buku... bukan apa... aku ni jenis klu dah baca last2 minit ni akan jadi lupa... tu la td aku ingat apa yang aku baca malam tadi.... alhamdulillah apa yang aku baca kebanyakan nya kuar... tp tu la x semua aku ingat... apa yang terlintas kt fikiran aku, tu yang aku buat kan dlu lah...
Apa pun esok dah start subjek baru...so kena la preparekan diri esok... da........
03 August 2009 | By: shah

Memori sepanjang zaman

antara memori yang tak akan aku lupa sampai bila2

malam yang amat meriah... seronok sangat

jangan jeles ye bagi yang x pergi... ehehehe

Argh!!! Kenapa!!!

Kenapa masih lagi ada yang berfikiran pendek??? kenapa??? kekadang aku dah tak tau nak jawap mcm mana... ye la masing2 ada life masing2 so x kan la kita nak kena ikut orang lain gak kan???

Aku nk ada kwn mcm tu so kau nak aku buat apa??? aku berkawan ngan orang pun nak jadi persoalan...pelik lah orang skrg ni... aku tgk member yang lain, bukan main lagi list2 kwn dorang ni semua perempuan tp x de plak aku tgk semua htr msg kat dorang... last2 dorang plak komplen orang tu sombong la x bls msg la... ye la, masing2 ada taste masing2 kan??? mmg la orang tu x kan balas klu bukan type yang dia nak... bodoh btol kan...

Padan muka lah kan percuma aje dapat bodoh... ye la menyibuk sangat hal orang...klu x suka tgk member aku bla aje la... aku peduli aku ngan dorang... ye la aku add member2 tu pun just nak tambah kan ahli aku untuk main game aje...bukan aku nak sms or chat ngan dorang pun... mmg orang mcm ni layak di panggil bodoh aje la...

Ye la suka buat orang naik angin aje... bla la!!!
02 August 2009 | By: shah

Gempak!!!


GEMPAK!!! Tu la yang hanya mampu aku katakan... ekekek aku gie ke konsert amy search ngan dia... Memang seronok la...ye la aku x pernah pun gie ke konsert... mmg hari tu aku akan ingat sampai tua nnt...

Pagi sebelum tu aku gie ke PC fair kat KLCC... Ye la nk belikan adik aku hardisk jalan kuar dalam jam 12gtu... hari panas tp nampak berjerebu... sampai aje kt lrt dah penuh... nasib la aku tiket hijau aku masih ada duit lg... klu x mmg panjang la beratur nak belikan tiket... Panas gak la semalam... biasa la kan tengah hari mmg la panas... tu yang buat kan aku malas nak kuar... tp aku dah janji ngan adik aku, tu la yang aku kena tunai kan gak... aku x nak la mungkir janji lagi...


Sampai aje kat KLCC, dah penuh orang kuar masuk LRT, apa lagi kt atas tu... yang baru datang, yang dah nak balik semua ada... mcm2 la leh tgk apa yang dorang belikan... mmg sesak ngan manusia la KLCC semalam... tu aku x sampai lg kat PC Fair... baru KLCC aje tu... klu slalu kami berdua akan lalu kat bwh aquaria tu untuk ke PC Fair tu... tp smlm dia bw aku guna jalan lain plak... kt luar KLCC tu...kt tpt ada air pancut pancut tu... ramai yang pergi balik dari sana... kira shortcut gak la jalan tu biar pun agak panas skit...


Sampai aje kt lokasi, orang dah penuh dalam Hall tu... tu yang best nya dapat cuci mata...ekekeke tp aku ni suka2 cuci mata lama2 jadi pening kepala dibuat nya...nasib x termuntah la... dari Hall 1 kami gerak sampai la Hall yang last...tu pun banyak sangat boost nak kena lalu...nak cari tpt yang jual hardisk tu pun satu... banyak boost, banyak jenis,mcm2 harga2... aku kena plak cari cepat2 sbb nak kejar masa...ye la petang plak nk kena ready untuk ke konsert plak...


Last2 aku dapat 1 hardisk jenama Hitachi... tu la yang paing murah yang aku dapat... selesai aje tugas aku... kami pun balik rumah... ptg tu jam 6ptg kami dah sedia nak ke konsert... turun plak kat stesen tutt... tunggu member dia... lbh kurang jam 7 lbh baru kwn dia datang ambik kmi... jalan ke tpt konsert tu lajauh sangat... sampai aje kat Mount Kiara tu... kereta dah penuh kt tepi jalan... nasib la kami dapat tpt parking yang x jauh dari pintu masuk...


Masa tu aku tgk orang dah ramai dah...mmg sesak...takut gak aku tgk sbb ramai sgt orang...aku x pernah la pergi ke konsert2 kan...heheh ni satu yang baru bagi aku... sesak gak nak masuk... masa kt pintu masuk tu plak, makanan luar x bole bawa masuk la plak... sayang plak ngan biskut yang aku beli tu... x buka lg dah kena buang mcm tu aje... ye la klu x, x bole masuk...


Konsert tu start jam 9 lbh... sesak ngan orang ramai... tu pertama kali aku tgk konsert live... mmg best... semua orang layan lagu2 yang berkumandang... aku plak x hbs ngan malu dan segan bagan aku tu... diam aje...heheh nak join nyanyi malu plak... ye la sbb aku x tau sangat lirik2 lagu kump search tu... eheheh akhir nya jam 12 lbh konsert hbs...kami pun balik ke rumah...tp sebelum tu singgah makan malam kejap... lbh kurang jam 1 dekat jam 2 pg baru sampai rumah...


Apa pun aku btol2 seronok sebab berpeluang pergi ke konsert!!!
29 July 2009 | By: shah

Ikhtiar Di Perlukan...

Aku dapat tau perkara ni semalam, semasa tgh syok chat ngan kawan kampung aku... Aku dapat tau yang sorang kawan karib aku ni dah 4 bulan x balik rumah kuarganya... Untuk kepastian aku tny kuarga aku sebabnya aku dan kawan2 ku yang lain semua rapat...

Aku dah agak perkara ni akan berlaku... Masalahnya begini... member aku ni ada berkenalan dengan seorang minah janda... memang meletop kebabom la... nampak muda lagi... x nampak mcm pernah kawin... ye la, aku sendiri yang tgk dengan mata aku sendiri...masa tahun lepas kami semua beraya ramai2... aku dari awal lagi mmg x berkenan ngan pompuan tu... ntah la... sbb aku dapat tau dia janda... ye la aku tau la jodoh tu di tangan Tuhan kan... tp untuk kebaikan member aku gak la aku buat gtu... erm...

Nk di pendek kan cerita, sebelum kes ni berlaku, member aku ni pernah la minta pendapat aku pasal hubungan dia ni... dia citer la dari A to Z... lepas aje dengar citer dia tu, apa lg aku mulakan kerja aku...ekekek mmg aku halang la dia dari trus berkwn ngan janda tu... tp dia ni jenis yang suka serba salah... masa dia dah pts hbgn ngan janda tu, janda tu ajak dia utk berkwn...tu aku x kisah la kan... tp yang aku kesah kan plak, masa member aku ni ada kenal dorang anak Doc, si janda ni plak ''kwn'' dengki dengan hubungan member aku ngan anak Doc tu... siap pasang spy lg tau...

Jahat kan janda ni... kata kawan aje tp jeles plak...pastu janda ni siap bg amaran kat anak Doc tu untuk jauh kan diri dari member aku ni... kesian kan... tu la yang sempat aku tau, sebab masa tu cuti aku terhad...pastu aku kena balik kl semula... ni la semalam aku dpt tau member aku ni lari ke rumah janda tu...siap tinggal serumah plak...erm...x kawin lg tu... kwn aku bgtau semlm, mak bapak member aku ni sedih sbb anak dorang lari dari rumah untuk ikut pompuan tu... ada gak mak dia datang ke rmh janda tu untuk bawa anak dia balik berubat tp x dapat... dah mmg sah kawan aku ni kena sihir ngan janda tu...ye la member aku ni dah pandai melawan mak dia...setahu aku dia x berperangai mcm tu...

Skrg ni sy x der kat kmpung so harap kan member perempuan kat sana susah gak...member belalai semua jauh2 sbb ada yang sambung blaja mcm aku ni... so kepada sesiapa pembaca yang tau berubat atau ada pengamal2 ilmu perubatan ni... harap dapat membantu sy untuk melumpuh kan sihir ni dan membantu member sy balik ke keluarganya...

Member sy yang sama menuntut dengan sy ada bgtau sy yang kt sini ada pengamal ilmu perubatan yang tau berubat @ memulih @ melumpuh kan sihir dari jarak jauh... klu btol ada harap anda dapat memberi info kepada sy...
26 July 2009 | By: shah

Sini Lah Penghujung Nya...

Entah lah... adakalanya hidup di tempat orang pun ada susah nya...satu nya jauh dari kuarga di kampung... satu lg, hidup dengan menumpang kesenangan orang lain... malu jugak bila ingat balik semua ni... tp ni lah lumrah dunia...

Aku rasa dah tiba masa nya untuk aku balik ke kampung... aku duduk jauh ni pun x dapat juga membantu kuarga aku... aku dah x da semangat lagi untuk terus berada di sini... apa yang ada di sini hanya lakonan semata2 sahaja... mungkin tempat yang sesuai dengan aku hanya lah kampung halaman ku... aku ingat lebih baik aku balik semula ke sana dan menolong ayah aku...kedai depan rumh tu dah lama x di buka, ye la... buka skit nnt saudara datang nak hutang barang aje... nak bayar nya nnt buat2 lupa plak... sbb tu la ayah aku x buka kedai tu lagi... susah juga nak berniaga skrg ni, bukan bertambah senang... tapi di sebalik nya plak...

Lagi satu... yang kaya trus menindas yang sederhana... erm... tu la yang menimpa kami...aku x layak bergelar anak sulong... aku x mampu nk buat ibu dan ayah aku bangga dengan aku... aku selalu memalukan mereka...hbs blaja dengan tangan kosong aje... pastu x dpt kerja...ni nnt bila hbs blaja ni aku x tau lagi mana aku nk cari kerja... kt tpt aku mmg x da bidang yang aku ceburi ni... nk kerja kat sini nnt, sapa aku leh harap kan??? member2 lain semua akan ikut haluan masing2... mereka senang la merantau kt sini... balik kampung guna bus aje... aku??? kena plak naik flight untuk balik kampung... dah la tiket tu bukan murah...

Rasa nak nanggis plak skrg ni... teringat plak aku pesan mak aku... dia harap sangat aku hbs blaja ni nnt aku akan dapat terus kerja dan tolong dia... mampu ke aku tunai kan hajat dia??? aku rasa malu untuk balik semula ke sana nnt klu aku x dapat capai hajat dia... aku x mampu nak ubah hidup kuarga aku... bila aku ingat wajah mak ayah aku... pasti air mataku akan kuar... sedih sangat mengenangkan nasib mereka berdua... pernah dulu terlintas dalam fikiran aku untuk tamatkan hidup ku... tp Tuhan tau apa Dia buat... aku masih lagi bernafas, di beri peluang...

Tapi aku keseorangan di tempat yang amat asing bagiku... kuarga ku jauh di seberang laut aku plak merantau mencari ilmu untuk mengubah nasib kuargaku... aku ingin melihat mereka senyum bangga dengan ku...mampu ke aku lakukan nya seorang diri disini??? aku mempunyai ramai rakan disini... tapi masing2 mempunyai masalah sendiri... ye la... kita ni.. zahir aje yang memberi senyuman, batin nya menanggis keseorangan...

Ini lah lumrah dunia... tambahan lagi... dunia akhir zaman... aku harap aku mampu buat kuarga ku hidup senang sebelum aku pergi dahulu suatu masa nanti...
14 July 2009 | By: shah

Tak Siapa Tahu...


Kekadang aku teringat akan nasib kuarga aku, x ada siapa bagi aku untuk luahkan isi hati yang telah lama aku pendam, melihat orang lain bergembira bersama keluarga, membuat aku rasa dengki, bukan sebab kuarga aku porak poranda tapi... dunia dah berubah, kita ni semakin dewasa, begitu juga aku, ingin saja aku menangis kerana nasib yang menimpa diri ku, tapi aku tahan jua ia dari keluar... aku betol2 nekad untuk membantu kuarga aku... ini semua kerana...

Berat mulutku untuk meluah kan... siapa lagi yang dapat membaca isi hati aku ni? cukup la penderitaan yang telah lama aku hadapi sebelum ini, bila kah masanya untuk aku membalas dendam? dan adakah akan tercapai segala hajat ku itu nnt? kekadang aku hanyut di bawa arus permodenan... tapi nasib la aku tak trus hanyut kerana aku masih ingat akan ibu bapaku...

Biar la aku kongsi kan kepada semua, aku berasal dari sebuah kampung di sarawak... aku di besarkan dengan cara kampung, maka sebab itu la bila skrg ni aku berada di kota2 seperti Kl ni, aku x cepat terpedaya seperti sesetengah orang... ibu dan ayah ku jua orang kampung... dari aku kecil sampai la sekarang kami masih menetap di tpt yang sama... ada masanya aku dengki juga melihat saudara2 ku yang lain yang hidup di bandar...hidup senang....nak juga aku merasa seperti mereka... tp ni la hakikat yang harus aku terima... ibu ku bekerja di sebuah sekolah di bandar... ayah ku pulak dah lama berpencen dan sekarang dia banyak menghabiskan masanya dengan memancing udang sungai... bila ingat ayah ku, air mata ku akan keluar, betapa dia kuat bekerja dan mencari duit untuk memberi makan kepada anak2 nya... x juga dia harap kan dari mak aku aje... biar pun sakit jua dia akan ke muara untuk mencari rezeki... sedih aku bila ingat kan nya...

Klu dulu semasa ayah aku masih bekerja, keluarga aku masih la kira hidup senang gak la...tp x la mewah, kira masih boleh tersenyum lagi la...ramai sanak saudara datang kerumah aku...tujuan nya bukan lain... meminta tolong dengan ayah dan mak aku...ada yang minta tlg offer kan anak dorang kerja, ada yang nk minjam duit la...dan mcm2 lagi la... kiranya ayah dan mak aku ni pemurah membantu orang... bukan aku nak ungkit, sebabnya akhirnya....x de apa jua balasan yang kami dapat dari membantu orang, lah kami dh x d pandang lagi...bukan nya inginkan perhatian...tapi apa lah salah nya saling membantu kan... erm....ni x, jadi bahan cerita orang pulak... apa salah mereka???

Sama seperti nasib aku juga, biar pun aku jauh di perantauan mencari ilmu... aku pun x lari dari bahan cerita mereka....bukan orang lain, tapi saudara2 juga... erm...

Dah lumrah dunia...sekarang kuarga aku dah x macam dlu lagi... tapi aku dah x sabar menanti tarikh keramat 19 January 2010 kerana masa itu aku dah bebas... lepas tu aku nk cari kerja... aku x nak lagi ayah aku memancing... biar aku plak yang ganti kan tempat mereka... aku x nak lagi saudara2 aku memandang rendah kami sekeluarga lagi... aku dah bertekad dah... biar la aku lepas ni kerja kat rantau orang asal kan aku dapat bahagia kan mak ayah aku...itu lah matlamat aku...

Ya Allah, kau dengar kan lah doa hamba Mu yang lemah ini, kuat kan lah semangatku untuk terus berjuang demi keluarga aku di kampung sana... Amin.........