11 January 2011 | By: shah

Perlakuan Onani Jejas Kesihatan

Seks menentukan identiti seseorang, lelaki mahupun wanita.  Secara ringkasnya, seksualiti lelaki adalah lebih sederhana berbanding dengan kaum wanita.  Apabila kaum lelaki mula teransang secara seksual, mereka akan rasa ‘terseksa’.  Maka dengan sebab itulah, merekan mengambil jalan mudah dengan melakukan onani untuk melepaskan ketegangan  seksualnya.

Golongan lelaki bujang khususnya yang lebih mudah terdedah dengan tabiat onani.  Berlainan pula dengan kaum lelaki yang sudah berkahwin di mana mereka tidak akan mengalami masalah untuk ‘melepaskan’ tekanan seksual tersebut.  Ini kerana merka boleh melepaskan keinginan seksual mereka itu kepada pasangan. 


Seronok Dan Ketagih
Istilah onani dapat didefinisikan sebagai suatu gejala seksual atau ransangan disengajakan yang dilakukan pada organ genital untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual.  Onani turut digelar sebagai melancap atau masturbasi.  Salah satu factor berlakunya onani adalah kematangan seksual yang memuncak dan tidak mendapat penyaluran yang wajar.  Ditambah pula dengan ransangan atau pengaruh tertentu contohnnya buku-buku dan gambar porno, filem lucah, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.  Ia berlaku kepada kedua-duanya, baik lelaki mahupun perempuan.

Sekurang-kurangnya 95 peratus kaum lelaki dilaporkan pernah melakukan onani berbanding kaum wanita.  Sebahagian kaum lelaki yang melakukan onani lebih cenderung melakukannya lebih kerap jika dibandingkan dengan kaum wanita.  Mereka mudah mengalami orgasme ketika beronani.

Seseorang yang melakukan onani akan merasa seronok yang akan membawa kepada ketagihan secara berulang-ulang.  Kebiasaannya, perbuatan onani ini dilakukan secara manual atau melalui sebarang sentuhan tubuh kecuali yang melibatkan penggunaan objek atau peralatan, atau gabungan kedua-duanya sekali.  Tabiat onani sering kali dilakukan bersama pasangan iaitu onani pasangan.  Apa yang penting, mereka dapat memenuhi kehendak nafsu mereka tanpa memikirkan risikonya untuk jangka masa panjang.

Tahukah anda bahawa tabiat onani yang diamalkan sejak sekian lama boleh mendatangkan kesan buruk terutama terhadap hubungan intim?  Lebih buruk lagi sekiranya tabiat onani ini dilakukan dengan cara terlampau atau terlalu ekstrem.  Perbuatan onani sememangnya berlainan dengan hubungan seks yang normal.  Ini kerana seseorang itu tidak perlu memberikan pertimbangan kepada pasangannya.  Apatah lagi, tujuan seseorang itu melakukan onani adalah untuk memberikan kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan seseorang itu untuk leih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan.  Hubungan seks normal turut menghormati keinginan pasangan.  Sekiranya seseorang itu tidak dapat memenuhi keinginan pasangannya, sudah tentulah ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.


Berisiko Untuk Mati Pucuk
Onani yang dilakukan secara ekstrem atau terlampau boleh memberikan tekanan yang berlebihan terhadap alat kelamin yang boleh mendatangkan kecederaan saraf.  Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke bahagian alat sulit lelaki di mana ianya akan menjejaskan ereksi.  Terdapat juga laporan di mana mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, bahkan juga adakalanya tidak mampu mencapai ereksi.  Kajian juga ada menunjukkan bahawa perbuatan onani bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti sesebuah hubungan intim, tetapi turut lebih berisiko untuk mengalami masalah mati pucuk.

Seharusnya, seseorang itu perlu menghentikan tabiat yang tidak bermoral dan tidak sihat ini.  Ada baiknya seseorang itu mula melakukan amalan-amalan yang lebih sihat contohnya dengan mengawal minda dan ransangan  seks yang lebih baik dan sihat.  Antaranya ialah dengan menjauhkan diri daripada tabiat merokok, pengambilan pil khayal di samping meminum alcohol.  Kesemuanya tidak bagus untuk kesihatan dan akan menjejaskan hubungan seksual bersama pasangan.


Atasi Segera
Terdapat kajian yang ditunjukkan bahawa ginko berupaya membantu menggalakkan kesan oksida nitric untuk merehatkan dinding saluran darah supaya aliran darah dapat dipertingkatkan.  Terdapat hasil penemuan yang menunjukkan bahawa ‘goat weed ’ juga dapat membantu dalam memperbaiki fungsi erektil di kalangan kaum lelaki.

Untuk itu, mulakan dengan berfikir secara positif dan menyedari hakikat  seksualiti anda yang bersifat mudah teransang, sukar dikawal, sering gelisah derta memiliki keinginan yang kuat.  Namun begitu, sedarilah bahawa anda mempunyai potensi untuk menggunakan akal fikiran sehingga mampu bersikap rasional untuk melakukan pertimbangan serta memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melegakan gejolak keinginan seksual contohnya memfokuskan tumpuan terhadap hobi, bersenam, menulis dan sebagainya.  Selain itu, terdapat juga beberapa teknik berguna yang boleh dijadikan panduan.  Sewaktu diri mula merasa terangsang dan mengalami ketegangan seksual, duduk dengan tenang dan ambil nafas sedalam-dalamnya dengan penuh kesedaran.  Alihkan perhatian dan fokuskan kepada fikiran sekiranya ketegangan seksual itu berpunca daripada imaginasi atau fantasi.

Berikan kesempatan kepada kemampuan yang rasional.  Fikirkanlah bahawa reaksi kimia akan berhenti juga dengan sendirinya.  Bersyukurlah bahawa anda seorang lelaki yang normal kerana mempunyai potensi seksual seperti itu.  Yakinkan diri anda bahawa kini anda mempunyai kesempatan untuk melatih kecerdasan dalam mengendalikan diri khususnya yang berhubung dengan seksualiti.

0 comments:

Post a Comment