14 January 2011 | By: shah

KENALI PUNCA BERLAKUNYA KECEDERAAN KETIKA BERSENAM

Terima hakikat ini.  Kecederaan ketika bersenam adalah berpunca daripada diri anda sendiri iaitu melibatkan kecuaian dan kealpaan.  Berikut adalah beberapa punca kebarangkalian terjadinya kecederaan yang anda alami ketika bersenam.



1.       KURANG DAYA TUMPUAN
Mengikut terma yang ringkas, daya tumpuan bermaksud mengarahkan pemikiran anda untuk memfokus kepada perkara yang sedang anda lakukan.  Ketika bersenam, anda juga tidak seharusnya mengabaikan tahap pemfokusan terhadap teknik dan penggunaan alatan senaman.  Anda perlu tahu penggunaan dan fungsi sesuatu peralatan senaman itu.  Walau pun anda memiliki pengalaman selama bertahun – tahun, jangan merasakan anda sudah berada di zon selesa dan menganggap sudah mahir menggunakan peralatan tersebut.  Ia membuatkan anda hilang fokus dan mengambil ringan tentang aspek keselamatan sendiri.  Seeloknya anda harus memberikan sepenuh tumpuan ketika workout terutamanya ketika menggunakan peralatan.

2.       OVER TRAINING
Anda merasakan tidak cukup berlatih dan memaksa diri meneruskannya.  Untuk pengetahuan anda, otot memerlukan antara 48 hingga 72 jam untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.  Bayangkan, anda bersenam menggunakan peralatan yang berat setiap hari ( mungkin dalam 2 jam sehari ), sedangkan anda sudah terasa sakit di bahagian tertentu, maka kecederaan yang lebih teruk mungkin berlaku.  Anda juga tidak digalakkan mengulangi teknik lebih dari 10 – 15 kali dalam waktu yang sama.  Sebaliknya, anda perlukan masa untuk berehat seketika sebelum mengulangi teknik tersebut.  Jangan terlalu memaksa diri anda!




3.       TEKNIK SENAMAN YANG SALAH
Setiap peralatan senaman memerlukan teknik yang betul untuk digunakan.  Bukan setakat hentam kromo sahaja.  Pastikan anda mahir menggunakan peralatan tersebut bangi mengurangkan risiko kesakitan atau kecederaan.



4.       TERLALU BERAT
Ya, anda ingin mencabar diri sendiri tetapi wajarkah anda meletakkan berat yang berlebihan terhadap bebanan peralatan senaman yang digunakan ( seperti dumbell dan barbell  )?  Jangan memaksa diri mengangkat bebanan tersebut jika ia di luar kemampuan tahap fizikal anda sendiri.  Tidak perlu untuk terpengaruh dengan orang lain yang boleh mengangkat bebanan lebih berat daripada anda.



5.       TIDAK MELAKUKAN WARM – UP
Tubuh badan anda akan mengalami “ kejutan ” jika anda terus menggunakan peralatan senaman tanpa melakukan warm – up atau pemanasan.  Tidak perlu masa yang lama, cukup sekadar 10 minit melakukan senaman ringkas untuk memanaskan badan sebelum meneruskan latihan yang lebih berat.  Anda juga disarankan memulakan penggunaan peralatan senaman yang lebih ringan terlebih dahulu sebelum menggunakan yang lebih berat.

6.       MENGGUNAKAN PERALATAN YANG TIDAK SESUAI
Memang banyak gymnasium menyediakan pelbagai jenis peralatan senaman yang canggih dan terkini.  Namun anda perlu tahu sejauh mana impak peralatan itu sendiri.  Adakah ia efektif untuk diri anda atau mungkin sebaliknya?  Jadi pilihlah peralatan senaman yang bersesuaian dengan anda.

0 comments:

Post a Comment