01 February 2011 | By: shah

KELEBIHAN AIS & AIR SEJUK

Walaupun ada segelintir antara kita mempercayai ais dan air sejuk tidak elok untuk kesihatan, tetapi terdapat kajian santifik telah membuktikan ia sebenarnya memiliki kelebihan yang tersendiri.  Fakta berhubung kait dengan kelebihan ais dan air sejuk ini dipetik dari hasil tulisan Dr.Nohissam Mustafa menerusi buku panduan dan aplikasi Seri Wajah.  Antara kelebihan ais dan air sejuk yang dinyatakan ialah:

1.       Air sejuk dapat membantu penghidap insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur dengan normal.  Caranya, mandi dengan air sejuk sebelum tidur.
2.       Air sejuk atau ais berupaya mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
3.       Mengunyah ais akan membantu menguatkan gigi.  Malah ia juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
4.       Jika batuk, anda turut digalakkan memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk hilang dalam masa beberapa jam.  Berbanding dengan ubat batuk, biasanya ia akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
5.       Air sejuk juga dikatakan terapi yang paling popular sebagai penguat tulang yang patah tetapi bahagian tersebut mesti dibalut dengan kain hitam.  Mandi air sejuk juga akan menguatkan tulang.
6.       Air sejuk juga dapat mempertingkatkan system imunisasi yang luar biasa sebagai pencegah beberapa penyakit alahan dan jangkitan.

1 comments:

Anonymous said...

Huhu... Betul gak. Sy slalu mandikan anak2 sy berusia 2-3 tahun dgn air sejuk (x letak air panas).. Alhamdulillah, ank2 sy jarang sakit n skiranya demam, cpat sja sembuh. :-)

Post a Comment