10 February 2011 | By: shah

SIHAT PENGLIHATAN


RABUN merupakan satu masalah di mana penglihatan seseorang itu menjadi tidak jelas ke atas sesuatu objek yang dipandang kerana fokus yang tidak sempurna oleh system optikal mata.  Mungkin masalah seperti  rabun jauh dan rabun dekat kedengaran seperti satu masalah kecil.  Namun hakikatnya ia agak sukar bagi penghidapnya.


Rabun Jauh (Miopia)
Kira-kira 30 peratus dari populasi dunia menghadapi masalah rabun jauh.  Di Malaysia sendiri, rabun jauh adalah masalah penglihatan yang sering berlaku terutama pada golongan pelajar sekolah yang berusia dalam lingkungan umur 7 hingga 17 tahun.  Namun, golongan umur lain juga boleh mengalami rabun jauh.

Rabun jauh merupakan ketidakupayaan seseorang itu untuk melihat objek jauh dengan jelas.  Ia boleh berlaku apabila bola mata menjadi terlalu panjang atau akibat daripada kornea yang terlalu melengkung yang menyebabkan cahaya yang memasuki mata tidak dapat difokuskan di retina dengan baik.  Cahaya akan difokuskan dihadapan retina.  Jadi, objek yang jauh (melebihi titik jauh tertentu) tidak dapat dilihat dengan jelas manakala penglihatan objek jarak dekat (tidak melebihi titik jauh tertentu) adalah jelas.

Disebabkan itu, penghidap rabun jauh boleh membuat kerja jarak dekat seperti membaca, menulis dan sebagainya dengan baik kerana penglihatan dekatnya jelas.


Tanda – tanda mendapat rabun jauh
·         Sukar melihat benda-benda jarak jauh dengan jelas.
·         Mengecilkan kelopak mata untuk melihat benda jarak jauh.
·         Kedudukan tubuh atau kepala yang berubah daripada biasa ketika membaca.
·         Kurang berminat untuk aktif untuk bermain di luar rumah.
·         Mata juling mungkin berkaitan dengan rabun jauh.


Rawatan rabun jauh
Sehingga ke hari ini, rabun jauh masih tidak dapat dicegah daripada berlaku melainkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi penggunaan mata yang betul.  Namun begitu, rabun jauh dapat diperbetulkan dengan:

1.       Kaca Mata
Harus diketahui bahawa kaca mata hanya membetulkan masalah rabun jauh secara meminda laluan imej cahaya yang memasuki mata.  Ia membantu seseorang yang menghidap rabun jauh melihat dengan baik.  Walaupun begitu, pemakai kaca mata yang sesuai secara berterusan berkemungkinan boleh mencegah keadaan rabun jauh tersebut daripada menjadi bertambah serius lagi.

2.       Kanta Sentuh
Kanta sentuh berfaedah dari segi kosmetik kepada pemakainya selain memberikan kesan kebaikan dari segi optikal terutama bagi pesakit yang mengalami rabun jauh yang teruk.  Ini kerana kanta sentuh dapat mengurangkan kesan aberasi yang wujud dan tidak dapat dielakkan jika menggunakan kaca mata (terutama bagi kaca mata yang mempunyai kuasa refraktif kanta yang tinggi).

3.       ‘Visual Hygience’
Ini termasuklah cahaya yang cukup terang digunakan ketika membuat kerja-kerja dekat, kedudukan arah cahaya yang betul (umpamanya sumber cahaya sepatutnya dating dari arah belakang, bersetentang dengan mata), keadaan posisi duduk yang selesa dan betul ketika melakukan kerja dekat (kedudukan kepala dan tubuh mesti memuaskan), tulisan dan objek yang bercetak mestilah jelas dan terang, mengelakkan punca yang boleh mendatangkan keletihan mata  (umpamanya menggunankan mata berterusan tanpa rehat yang cukup), pembetulan ketajaman penglihatan mestilah sempurna (memastikan tahap penglihatan diperiksa sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun sekali).

4.       Rawatan Umum
Keadaan kesihatan tubuh keseluruhannya perlulah dipertahankan sepanjang masa terutamanya bagi kanak-kanak seperti udara yang bersihdan segar, makanan yang seimbang dana berkhasiat serta senaman yang kerap bagi menyihatkan badan.

5.       Pembedahan Radial ‘keratotomy’
·         Ia adalah satu teknik pembedahan mata terhadap mereka yang mengalami masalah rabun jauh.
·         Siri-siri goresan dilakukan ke atas permukaan kornea agu mengurangkan lengkung kornea bagi mengurangkan lengkung kornea bagi membolehkan cahaya yang memasuki mata memfokus tepat pada retina.
·         Ini adalah bagi membolehkannya melihat objek jauh tanpa perlu menggunakan kaca mata atau kanta sentuh.
·         Namun begitu, teknik ini masih menjadi kontroversi kerana keberkesanannya sukar dijangka.

6.       Rawatan Laser
Membetulkan Miopia dengan prosedur yang dipanggil Photorefractive Keratectomy (PRK).

Rabun Dekat (Hiperopia)
Rabun dekat merupakan satu keadaan di mana objek jauh dapat dilihat dengan jelas dan terang tetapi objek dekat tidak dapat difokuskan dengan baik.  Secara amnya, bolehlah dikatakan hamper 90 peratus kanak-kanak yang berumur sekitar 5 tahun dan 50 peratus kanak-kanak yang berumur belasan tahun mengalami keadaan hiperopia.

Tanda-tanda rabun dekat
v  Kabur penglihatan
v  Perit mata atau astenopia
v  Sakit kepala
v  Sensitif pada cahaya / fotofobia
v  Lain-lain gejala yang berkaitan dengan astenopia seperti mata berair, mata pedih atau berasa panas, mata gatal (iritasi konjuktiva), loya dan letih tubuh badan.
v  Mata kelihatan kecil atau Nampak seakan-akan mata masuk ke dalam ‘endoftalmik’.
v  Kedut-kedut pada bahagian kening.
v  Iritasi ‘konjuktiva’.
v  Juling menumpu (konvergen) pada sesetengah kanak-kanak


Rawatan Bagi Hiperopia
Bagi penghidap hiperopia yang darjah kuasa refraktifnya kecil, ketajaman penglihatannya adalah normal, dan pesakit yang mempunyai tafar kesihatan yang baik serta tidak menunjukkan apa-apa anomaly keseimbangan otot, maka hiperopia yang dialaminya tidak perlu dibetulkan dengan alat bantuan optikal.

0 comments:

Post a Comment