20 February 2011 | By: shah

Hangatkan Asmara Cintamu

ANDA semakin bosan di kamar tidur?  Melakukan ‘aktiviti’ itu dianggap rutin biasa yang kadangkala mampu membuatkan anda mengeluh?  Jangan risau.  Masalah ini normal.  Ia terjadi pada hamper kebanyakkan pasangan.  Sewaktu awal perkahwinan, anda dan pasangan mungkin boleh diibaratkan seperti api dan pencucuh.  Semuanya seia sekata.  Masuk tahun kedua dan seterusnya, yang indah menjadi biasa dan yang biasa menjadi huru-hara.

Perbaiki kedaan ini sebelum terlambat.  Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda dan pasangan ikuti asal sahaja ia tidak menyalahi agama dan budaya.

1.       Perlu Berbincang
Komunikasi penting diantara pasangan.  Sains membuktikan wanita lebih mudah difahamkan dengan bantuan penjelasan ayat yang menyeluruh dan dialog.  Sebagai suami, gunakanlah cara ini untuk berkomunikasi dengan isteri anda.  Jangan mengharapkan dia faham apa sahaja yang anda mahu jika anda tidak menjelaskannya dengan terang.

Katakan  apa sahaja yang ingin anda katakana dan kaitkan dengan apa sahaja yang anda dan dia sukai.  Sebagai pilihan, anda boleh menghantar e-mel atau pesanan SMS kepadanya tentang apa sahaja yang anda ingini daripada dia mala mini.  Komunikasi yang wujud secara sihat antara dua pihak akan memudahkan lagi perhubungan anda.

2.       Pasangkan Muzik
Alunan muzik mampu membangkitkan mood.  Sebaiknya elakkan melakukan perkara tersebut di bawah pengaruh cahaya televisyen.  Pilihlah muzik yang anda dan pasangan sama-sama setuju.  Gunakan alunan irama yang lembut dan tidak bising.

3.       Bersihkan Diri
Sebagai lelaki, anda kerap berpeluh dengan tugas-tugas harian.  Sebaiknya, sampai sahaja di rumah, berehatlah seketika untuk menyejukkan badan.  Kemudian, mandilah dan bersihkan tubuh dengan sempurna.  Anda akan rasa lebih selesa jika anda bercukur dan menyapukan haruman pada tubuh.  Yang penting, pastikan fizikal dan mental anda benar-benar bersih.

4.       Siapkan Lokasi Dengan Sempurna
Kamar tidur anda yang biasa juga boleh memberikan kelainan jika anda bijak mengaturnya.  Tambahlah hiasan bunga segar, cermin atau lilin aromaterapi di dalamnya.  Ia juga adalah cara termudah untuk anda meningkatkan sensuality kehidupan seksual anda.  Janganlah pula menghiasnya dengan dekorasi yang sama setiap masa.  Bijaklah mengadun kreativiti.

5.       Urutlah Pasangan
kuasa sentuhan mampun menenang dan meransang pasangan anda.  Lakukan urutan ringan dan ringkas untuknya.  Dengan menggunakan minyak yang beraroma wangi, urutlah pasangan di bahu, leher dan juga kakinya.  Urutan ini selain menenangkan, ia juga mampu melonggarkan otot-otot yang sengal akibat tugas seharian.


6.       Pilih Hidangan Yang Sesuai
Terdapat beberapa jenis hidangan yang mampu meransang naluri seksual anda atau juga dikenali sebagai afrodisiak.  Antara makanan yang boleh anda dan dia nikmati sebagai hidangan makan malam ialah strawberi, coklat, pasta berkrim, kaviar dan sebagainya.  Semasa makan,bergembiralah dan cuba wujudkan mood ceria.

7.       Ubah Lokasi Rutin
Anda mungkin bosan dengan aktiviti seksual kerana anda melakukannya di tempat yang sama sejak dulu.  Anda boleh mencuba lokasi yang baru.  Tidak semestinya di tempat lain.  Anda dan dia boleh memilih bilik atau apa sahaja lokasi lain yang anda minat di rumah anda.  Anda mungkin teruja dengan perubahan mood akibat perubahan lokasi ini.


TIP RINGKAS MEMASTIKAN KEHIDUPAN ANDA & DIA MAKIN BERMAKNA
·         Timbulkan tarikan.  Wanita tidak sekadar inginkan bunga dan ayat-ayat cinta sahaja.  Bahkan mereka suka jika anda kerap menyentuh dan menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
·         Biarkan pasangan menikmati masa bersendirian seketika.  Sebaik pulang ke rumah dari kerja, anda dan pasangan boleh menikmati saat bersendirian di rumah sekurang-kurangnya selama 30 minit.  Jangan ganggu dan biarkan dia melakukan apa sahaja yang dia ingini.
·         Nikmati  makan malam di meja bukannya di depan TV.  Dengan ini fokus anda lebih tertumpu pada makanan dan pasangan.
·         Sentiasa sudahi sebarang pertelingkahan  yang wujud sebelum tidur.  Jangan tidur dalam keadaan marah.  Sekurang-kurangnya, akhiri dengan ucapan “Maafkan saya”.
·         Tumpukan pada kelebihan pasangan.  Seringkali anda mudah melihat keburukan dan kekurangan pasangan.  Ada baiknya anda menumpukan perhatian kepada perkara-perkara baik yang telah dan sedang dilakukannya.  Dengan ini, anda tidak mudah memandang rendah kepadanya.
·         Tambahkan tenaga dalam aktiviti dalam perhubungan anda.  Cubalah untuk selalu melakukan kejutan pada pasangan dan belikan hadiah untuknya walaupun kecil.

1 comments:

ichi said...

cam penah wat jer ni hehehe

Post a Comment