01 February 2011 | By: shah

ED Musuh Lelaki

MASALAH lazim yang biasanya dihadapi golongan lelaki antara lain adalah disfungsi erektil (ED) atau turut dikenali sebagai mati pucuk.  Ia menjurus kepada kegagalan seseorang lelaki itu mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukpnya untuk kepuasan hubungan intim.

Sebahagian lelaki berhadapan dengan masalah ereksi sekali-sekala atau sementara, namun itu tidak bermakna ED akan bertukar menjadi kronik.  Bagi masalah yang dikenal pasti sebagai ED, biasanya ia berlaku dalam bentuk atau masa yang tetap.  Ia juga tidak hanya berlaku apabila seseorang itu hendak melakukan hubungan intim, tetapi ia terjadi berulang kali, pada jangka masa yang panjang.

ED biasanya disebabkan keadaan kesihatan, perubatan atau tabiat yang mengganggu pengaliran darah.  ED boleh mempengaruhi sehingga ke peringkat yang berbeza.  Secara umumnya, pakar kesihatan menggunakan kategori berikut untuk menggambarkan ED:

1.       TIDAK ADA ED
-Berdaya untuk mendapat dan mengekalkan ereksi dan tidak dipengaruhi ED.

2.       ED YANG RINGAN
-Kesusutan yang ringan bagi kemampuan untuk mendapat dan mengekalkan ereksi.

3.       ED YANG SEDERHANA
-Kesusutan yang sederhana dalam kemampuan untuk mendapat dan mengekalkan ereksi.  Lelaki yang mendapat ED yang sederhana biasanya sesekali melaporkan ketidakpuasan dalam prestasi seks mereka.

4.       ED YANG TERUK
-kesusutan yang teruk dalam kemampuan untuk mendapat dan mengekalkan ereksi.  Lelaki yang bermasalah ED yang teruk melaporkan lansung tidak ada atau jarang mencapai kepuasan bagi prestasi seks mereka.

Disfungsi erektil yang ringan juga boleh menyebabkan gangguan emosi yang kuat bagi anda dan pasangan, termasuk perasaan kehilangan.  Berbincang mengenai masalah ini secara jujur merupakan perbuatan yang agak susah bagi sesetengah orang, tetapi dengan ini barulah pasangan dapat berhubung rapat lagi dan meningkatkan peluang pemulihan.


PUNCA & FAKTOR RISIKO

Keadaan kesihatan yang lain boleh menyebabkan ED.  Sebarang gangguan yang menjejaskan urutan fizikal dalam penghasilan ereksi boleh mengakibatkan ED terutamanya sebarang keadaan yang mengganggu pengaliran darah ke alat sulit apabila rangsangan seks.  Sesetengah keadaan kesihatan yang berkaitan dengan ED termasuklah:

1.       Tekanan darah yang tinggi.
2.       Penyakit jantung kadangkala dipanggil penyakit kardiovaskular.
3.       Diabetes.
4.       Kemurungan.
5.       Pembedahan prostat.
6.       Buah pinggang.

Apabila sudah berumur, lelaki selalu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan ereksi atau mengambil masa yang panjang untuk mencapai klimaks.  Janganlah berasa keliru dengan pertukaran normal yang disebabkan oleh penuaan dan disfungi erektil.

ED sebenarnya mempunyai peluang pemulihan yang tinggi.  Sesetengah perubatan boleh menyebabkan disfungsi erektil.  Kira-kira 25% disfungsi erektil adalah disebabkan oleh perubatan yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit yang lain.  Perubatan ini termasuklah ubat-ubat yang merawat tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kemurungan.

Sekiranya anda merasakan bahawa perubatan anda boleh menjadikan disfungsi erektil, berbincanglah dengan pakar kesihatan sama ada anda boleh mengambil ubat lain yang boleh merendahkan tanda-tanda disfungsi erektil.  Tabiat dan factor gaya hidup mungkin juga menyebabkan disfungsi erektil.  Sesetengah tabiat yang tidak baik juga boleh menjejaskan ereksi seperti merokok dan ketagihan alcohol.


PENCEGAHAN

Kebanyakkan kes, disfungsi erektil tidak boleh dipulihkan, tetapi biasanya ia boleh dirawati dengan efektif.  Rawatan ED yang sedia ada termasuklah:

1.       PERENCAT PDE5
-Ia mudah digunakan (hanya perlu mengambil pil tidak lama sebelum memulakan hubungan intim) dan ia hanya berfungsi sekiranya anda mendapat rangsangan seks (dengan ciuman dan sentuhan).  Cara ini lebih spontan dan semula jadi berbanding dengan rawatan  yang lain.  Pun begitu, adalah lebih baik jika berbincang dengan pakar kesihatan untuk mengenal pasti kesesuaian ubat ini.

2.       PERUBATAN ORAL YANG LAIN
-Pertambahan yang terkini dalam senarai rawatan ini adalah sejenis dadah yang dinamakan ‘apomorphine’, yang mana didapati dalam bentuk berbiji-biji dan larut di bawah lidah.  ‘Apomorphine’ bertindak dengan bahagian otak yang mengawal seks.

3.       TERAPI PENYUTIKKAN
-Ia merangkumi jarum suntikan yang dipenuhi ubat dalam membantu mencapai ereksi.  Kesan sampingan termasuklah ereksi yang berpanjangan, kesakitan suntikan dan tisu parut di alat sulit.

4.       PENYELITAN PIL URETRA
-Preskripsi ini melibatkan pil atau biji-biji yang dimasukkan ke alat sulit untuk membantu mencapai ereksi.  Pil ini menyebabkan kesakitan setempat bagi ramai pengguna dan ia tidak boleh digunakan sekiranya pasangan sedang hamil atau bercadang untuk mengandung.

5.       ALAT VAKUM
-Sebatang tiub vakum diletakkan di atas alat sulit untuk mencapai ereksi dengan sedutan.  Sejenis gelang akan diletakkan di sekeliling alat sulit untuk mengekalkan ereksi.  Alat vakum biasanya selamat tetapi tidak boleh digunakan melebihi 30 minit kerana alat sulit mungkin menjadi sejuk dan sakit.

0 comments:

Post a Comment