05 January 2011 | By: shah

Khasiat Barli Hebat!

Sering menikmati air barli bukan?  Sama ada di restoran atau di gerai, minuman ini sangat berkhasiat untuk kesihatan.  Tetapi tahukah anda apa khasiat barli itu sendiri?

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgare dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira - kira 9000 tahun lalu dan mungkin juga merupakan bijirin terawal serta paling penting ketika itu.  Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.  Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan, manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara -negara barat.  Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira - kira satu meter.  Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan mudah dilarutkan.  Barli mempunyai kedua - dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut.

Bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting ( Vitamin B3 ), thiamine ( Vitamin B1 ), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolestrol seperti lain - lain bijirin.

Kajian klinik di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli, efektif dalam merendahkan kolestrol dalam darah.  Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.  Secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk membantu mencegah / mengurangkan risiko sembelit, mengurangkan kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu melancarkan penghadaman.

0 comments:

Post a Comment