17 January 2011 | By: shah

Risiko Penyakit Lelaki Muda

Lelaki adalah golongan yang paling sukar untuk diminta bertemu dengan doctor.  Selagi masih berdaya bangun maka selagi itulah ego menyatakan yang ‘aku sihat’.  Tahukah anda bahawa kebanyakkan penyakit berbahaya jarang menunjukkan gejala di peringkat awal?

Muda atau tua bukan soalnya kerana penyakit tidak pernah mengenal siapa malah anda mungkin salah seorang penghidap penyakit di bawah.  Takut?  Justeru, jangan lalai menjaga kesihatan anda.


Batu Karang
Penyakit yang sering dianggap remeh melainkan anda sendiri mesarai kesakitannya.  Sebiji batu yang mempu membesar seperti sebiji bola golf dan menghimpit saluran kencing anda, sakit bukan?

Batu karang biasanya dialami oleh kaum lelaki terutamanya bagi mereka yang kurang minum air.  Minum air bukan bererti anda boleh minum sebarang air manis sebaliknya minum air putih.  Ia akan berlaku apabila buah pinggang menapis darah, bahan buangan metabolic akan terbentuk di dalam bahagian tersebut dan mengeras seperti batu.

Tiga jenis batu yang sering terbentuk dalam buah pinggang lelaki adalah:

·         Batu Kalsium
Sering berlaku pada mereka yang mengambil vitamin D berlebihan dan hormone tiroid.

·         Batu Asid Urik
Biasanya berlaku disebabkan diet tinggi protein dan kesan rawatan kemoterapi.

·         Batu Sista
Gejala ini paling jarang berlaku tetapi biasanya disebabkan oleh factor keturunan.


Sakit akan mula dirasai apabila batu-batu tersebut mulai membesar dan menghalang saluran air kencing.  Ia akan menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan, celah paha dan juga di bahagian alat sulit.  Gejala lain yang mungkin kelihatan adalah air kencing kekuningan dan kotor atau berdarah, pening kepala dan kerap membuang air kecil.


Chlamydia
Ia adalah di antara penyakit jangkitan seksual yang kerap berlaku di kalangan lelaki.  Penyakit ini terjadi disebabkan oleh jangkitan bacteria ‘Chlamydia Trachomatis’ yang hidup di dalam air mani tetapi jarang menunjukkan sebarang gejala yang nyata.

Gejala yang kerata mungkin hanya akan kelihatan selepas seminggu atau tiga minggu selepas jangkitan di mana penis akan mengeluarkan lender dan rasa sakit setiap kali membuang air kecil.  Penyakit ini masih boleh dirawat di peringkat awal.  Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan masalah epididimitis iaitu jangkitan bacteria pada kerandut zakar.  Ia akan membengkak dan menyakitkan malah dalam sesetengah kes yang kronik ia boleh mengakibatkan kemandulan.


Denyutan Jantung Tidak Sekata
Jangan sangka lelaki yang berusia 60-an sahaja yang menghadapi masalah ini.  Ya, lelaki muda seperti anda juga mempunyai risiko menghadapi masalah kelainan bunyi denyutan jantung dengan purata empat peratus.  Biasanya masalah jantung berdebar atau degupan jantung terlalu laju berlaku pada mereka yang melakukan senaman melebihi had, individu yang mengalami rasa kebimbangan yang terlampau atau rasa cemas keterlaluan.

Jika denyutan jantung anda melebihi 100 denyutan per minit, diiringi dengan rasa sakit dada, pening dan rasa seperti ingin pitam maka segeralah berjumpa dengan doctor bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.


Ulser
Ulser berlaku apabila asid di dalam perut meresapi bahagian selaput yang melindungi perut dan memakan tisu-tisu yang berada di bahagian tersebut.  Gejala ulser yang biasanya berlaku di kalangan lelaki muda adalah ulser di bahagian perut ke bahagian usus kecil.

Kesan ulser adalah kesakitan di bahagian bawah tulang dada yang dialami selepasa makan ataupun ketika perut berasa lapar dan di waktu malam.  Penghidap ulser juga akan mengalami gejala seperti pening kepalam, muntah, sukar menghadam makanan dan najis berdarah.  Gejala ulser yang tidak dirawat akan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang teruk dan usus berisiko untuk berlubang khususnya di bahagian pangkal usus.

Ulser pangkal usus biasanya disebabkan oleh bacteria H.Pylori dan lelaki yang mempunyai darah jenis ‘O’ lebih berisiko untuk mendapat ulser jenis ini, begitu juga mereka yang mengambil alcohol, dadah dan produk tembakau secara berlebihan.


Lingkaran Cecacing
Ia bukanlah masalah cacing di dalam perut sebaliknya jangkitan kulat yang menyebabkan kesan merah dan bengkak kecil berbentuk bulat yang timbul pada kulit.  Jangkitan kulit ini boleh menyebabkan masalah kegatalan pada kaki, kulit kepala, tubuh badan dan juga kuku.

Pada kulit kepala, lingkaran cecacing bermula seperti jerawat dan berkembang menjadi kebotakan kecil di bahagian kepala.  Pada bahagian tubuh pula ia akan menyebabkan kulit bersisik dan gatal.  Ia boleh berjangkit melalui sentuhan kulit daripada individu atau haiwan peliharaan yang telah menjangkitinya.

Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku melalui penggunaan tuala, topi, alas tilam dan sebagainya yang telah digunakan oleh mereka yang mempunyai gejala penyakit ini.  Kesan akan kelihatan antara 10 hingga 14 hari dan sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan yang boleh menjejaskan keadaan kulit dan tidak akan lenyap dengan mudah.

0 comments:

Post a Comment