04 January 2011 | By: shah

KAITAN JANTUNG & BUAH PINGGANG

Salah seorang Pakar perunding nefrologi, Dr. S Prasad Menon menyarankan agar kita menjalani ujian buah pinggang bila tiba hari jantung sedunia, kerana apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular pun bermula.  Penyakit kardiovaskular juga menyumbang lebih daripada 50% kematian di kalangan pesakit buah pinggang kronik.  Risiko kematian akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa yang menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir meningkat kepada 10 hingga 30 kali.

Menurut Dr. S Prasad lagi, ada kaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom  buah pingggang-jantung  atau sindrom jantung-buah pinggang di mana pada asasnya, mencadangkan organ-organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat daripada penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang.  Jadi, ini bermakna jika anda melindungi jantung, anda boleh melindungi buah pinggang dan jika anda melindungi buah pinggang, anda boleh menjaga jantung.

1 comments:

shah said...

thanks bro... nnt check

Post a Comment