12 March 2010 | By: shah

VAKSINASI MENCEGAH


Tahukah anda, lebih 600 juta orang atau 10 – 20% penduduk dunia dijangkiti flu atau influenza? Flu boleh membawa beban ekonomi yang agak besar dalam bentuk kos penjagaan kesihatan dan juga kerugian dari segi prduktiviti ekonomi. Fakta ini telah dikeluarkan oleh sanofi pastuer iaitu pengeluar vaksin terkemuka di dunia. Flu yang berbeza dengan selsema ini boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kerumitan yang mengancam nyawa. Flu merebak dengan cepat tanpa disedari. Rawatan terbaik mencegah itu adalah dengan menyuntik vaksinasi flu.


Vaksin ini mengurangkan jangkitan flu kerana ia mempunyai sistem pertahanan badan. Ia selamat digunakan, namun wujud kesan sampingan seperti pembengkakkan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Vaksinasi boleh diambil pada bila – bila masa dan ia mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum selepas disuntik.

Antara kebaikan pengambilan vaksin flu adalah dapat menyelamatkan nyawa bagi mereka yang menghadapi masalah peparu yang teruk, asma, dan masalah kencing manis. Ia paling berkesan mengurangkan risiko penyebaran flu kepada orang sekeliling.
10 March 2010 | By: shah

PENJAGAAN KULIT WAJAH – Jadikan Rutin

5 TIPS KULIT LEBIH SIHAT & SEGAR

Hari ini terdapat pelbagai produk khas yang diformulakan untuk mengatasi masalah kulit wajah lelaki. Setiap produk mempunyai keberkesanan dan dicipta untuk jenis kulit berbeza. Selain mengetahui jenis produk yang sesuai, anda juga perlu mengetahui lima langkah mudah penjagaan kulit wajah.

1. PENCUCI

Jika anda tidak melakukan langkah penjagaan wajah yang lain, mencuci adalah langkah asas yang sangat penting untuk kulit wajah. Biasanya kulit lelaki mempunyai liang-liang pori lebih besar dan liang kelenjar yang aktif. Liang kelenjar penting untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah, kadang kala kelenjar akan mengeluarkan sebum dengan banyak, menjadikan kulit wajah melekit dan berminyak. Jika tidak dicuci, liang-liang pori akan tersumbat dan terjadinya jerawat. Gel pencuci adalah paling sesuai, tetapi perlu diketahui tidak semua pencuci wajah dicipta untuk semua jenis kulit. Guna pencuci yang dapat menanggalkan kotoran serta minyak mengikut kesesuaian jenis kulit, pada masa yang sama, melembut dan sesuai digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari.


2. PENYENTAL (SCRUB)

Kadang-kala mencuci kulit dengan pencuci wajah biasa tidak mencukupi. Pencuci wajah menghilangkan minyak dan kotoran hanya pada permukaan kulit, tetapi bagaimana dengan kotoran yang meresap ke dalam liang pori? Walaupun menggunakan pencuci wajah yang kuat atau kasar tetapi kotoran yang masuk ke lapisan kulit masih kekal. Jadi, penyental kulit perlu dijadikan rutin mingguan ( dua atau tiga kali seminggu ) . Dengan menggunakan penyental ( scrub ), mampu menanggalkan kotoran yang melekat di dasar kulit. Penyental yang baik bukan sahaja menanggalkan kotoran, malah juga melembutkan kulit selain memudahkan proses mencukur.


3. PELEMBAB

Produk penjagaan kulit bermula dan berhenti dengan sabun atau pencuci sahaja. Walau bagaimanapun mencuci hanya sebahagian yang boleh anda lakukan untuk melindungi kulit dari masalah seperti blackhead atau noda hitam. Bukan itu sahaja, kulit yang kering juga mempercepatkan lagi proses penuaan. Ketika mandi dan bercukur, liang-liang pori akan terbuka. Air yang meresap ke dalam kulit ketika proses uty akan hilang kemudianya, tetapi dengan menyapu pelembap ringan, dapat mengekalkan lembapan pada kulit anda. Pelembap dengan SPF dapat melindungi kulit dari sinar UV yang menyebabkan kulit terbakar. Sinar UV juga boleh menyebabkan kerosakan kulit jangka panjang dan kanser kulit. Pelembap dengan multispectrum mampu melindungi kulit anda dari sebarang masalah.


4. LINDUNGI MATA

Satu tempat di wajah yang jarang lelaki sentuh: Mata. Sebenarnya kulit di sekitar mata merupakan bahagian yang perlu diberikan perhatian khas. Walaupun lelaki dikatakan lambat mengalami proses penuaan pada kulit, namun tanda-tanda awal penuaan adalah dengan kemunculan kedutan serta garis halus di sekitar mata. Semua ini boleh dilindungi dengan menggunakan krim atau gel mata. Ia dapat melicin dan melindungi kulit tetapi syaratnya anda perlu sentiasa menjaga dan gunakan produk yang betul. Krim mata perlu disapu lembut pada bahagian tulang sekitar mata untuk kesan yang maksima dan mengelak terjadinya keradangan. Ia akan meresap dengan perlahan dan merebak ke bahagian yang mudah kedut.


5. LINDUNGI BIBIR

Satu lagi bahagian wajah yang perlu dititikberatkan adalah bahagian bibir. Kulit pada bibir sangat nipis dan mudah kering, merekah dan kadang-kala mudah berdarah apabila terdedah dengan persekitaran. Ini kerana bibir tidak mempunyai kelenjar minyak untuk membenarkannya melembap secara semula jadi. Kekeringan dan rekahan bibir yang terdedah dengan sinar matahari, tekanan serta luka kecik yang terbentuk akan memudaratkan lagi bibir. Jadi, penting untuk anda menggunakan krim atau balm pelembap bibir agar bibir sentiasa kelihatan lembap.


ADAKAH ANDA MENGALAMI KULIT BERMINYAK? Jika anda menggunakan sabun pencuci biasa untuk mencuci kulit, hentikan segera! Sabun sebenarnya akan menggalakkan lagi pengeluaran minyak pada kulit wajah. Cuba gunakan pencuci buih lembut atau pencuci susu sekiranya masalah kulit berminyak tidak terlalu serius. Tetapi jika anda perlukan pencuci lebih berat, gunakan pencuci wajah yang mengandungi salicylic asid dan beta hydroxyl. Anda juga perlu menggunakan pelembap bebas minyak.
08 March 2010 | By: shah

1:8 LELAKI MENGHIDAP OSTEOPOROSIS


Akibat kekurangan hormon testosterone, seorang lelaki boleh mengalami ketumpatan tulang yang berkurangan. Kira-kira 15 peratus lelaki yang mencecah usia 40 hingga 70 tahun mengalami masalah ini. Dalam satu kajian yang pernah dilakukan mendapati, seorang dalam setiap lapan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, akan menghadapi masalah osteoporisis. Apabila berlakunya kekurangan ketumpatan isi padu tulang ini, seseorang itu terdedah kepada risiko kepatahan tulang, kesakitan dan kebergantungan kepada orang lain.
06 March 2010 | By: shah

ADAKAH ANDA TAHU?


1. Merokok memberi kesan kepada keluarga dan orang lain. Asap rokok boleh meningkatkan risiko kanser di kalangan bukan perokok. Mereka yang tidak merokok, 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru berbanding perokok.



2. Sekiranya berat berlebihan, anda akan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung kolonari, diabetes, kanser, gallstone dan masalah tidur.



3. Bagaimana kita berfikir dan rasa, mempunyai kesan yang kuat terhadap kesihatan fizikal. Perasaan negetif sukar untuk diselesaikan sendiri. Jadi, kongsilah perasaan anda itu dengan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
04 March 2010 | By: shah

BERHENTI ATAU PERLAHAN

Seorang pemandu sedang melalui sebatang jalan di sebuah pekan. Namun, sebaik lampu isyarat bertukar merah, dia tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya dia hanya memperlahankan kenderaan.

Seorang anggota polis sedang memerhatikannya dan kemudian menahan pemandu tersebut.

“ Minta lesen, encik? “

“ Sebelum saya beri lesen, saya hendak tahu kenapa encik menahan saya? “ Tanya pemandu itu.

“ Awak sepatutnya berhenti sewaktu lampu isyarat merah, tetapi awak tidak berhenti, “ jawab polis.

“ Saya perlahankan kereta saya, apa bezanya perlahankan kereta dan memberhentikan kereta? “ balas si pemandu.

Anggota polis berasa marah lalu menumbuk pemadu itu bertalu-talu. Pemandu itu terkejut dan terus bertanya, “ Kenapa encik menumbuk saya? “

“ Beritahu saya apa bezanya kalau saya berhenti menumbuk kamu dan memberlahankan tumbukan saya? “.
02 March 2010 | By: shah

ANDA BERISIKO AORTIC ANEURYSMS?


Tahukah anda apa itu Aortic Aneurysms? Bagi yang jarang mendengar istilah ini, Aortic Aneurysms adalah pembesaran atau pembengkakkan luar biasa pada arteri. Pembesaran ini terjadi disebabkan oleh kerosakan dan kelemahan pengaliran darah pada dinding vessel. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, dinding vessel akan pecah dan akan menyebabkan kematian. Biasanya masalah ini terjadi tanpa disedari oleh penghidap. Masalah luar biasa ini antara penyebab kematian satu hingga dua peratus lelaki yang berumur lebih 65 tahun, dan dianggar seramai 15,000 kematian dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat. Kaum lelaki berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko mendapat Aortic Aneurysms berbanding wanita. Antara faktor penyebab masalah ini, berkait dengan keturunan, tekanan darah tinggi, arteri tersumbat dan merokok.