06 February 2011 | By: shah

MASALAH ‘INGROWN HAIRS’

MENJAGA kebersihan dan kecantikan wajah bukanlah menjadi tugas golongan wanita semata-mata.  Mungkin ada yang berpendapat bahawa golongan lelaki yang memandang serius tugas ini adalah mereka dari kelompok lelaki metroseksual.  Tanggapan ini nyata salah.  Sedar atau tidak, kebersihan dan kecantikan wajah akan memantulkan keperibadian seseorang individu itu baik lelaki mahupun wanita (selain daripada cara berpenampilan).

Masalah pada kulit wajah seringkali member kesan pada fizikal dan emosi seseorang itu.  Jika wanita lebih cenderung memikirkan masalah kedutan di wajah, bagaimana pula dengan lelaki?  Pasti ada sebahagian daripada lelaki yang bingung memikirkan langkah-langkah mengatasi masalah ‘ingrown hairs’ di wajah mereka.


Apa itu ‘INGROWN HAIRS’
Biasanya, ‘INGROWN HAIRS’ akan menyebabkan kulit mengalami kegatalan dan ada masanya pula ia cukup menyakitkan.  Ia terhasil apabila rerambut yang dicukur terperangkap di dalam folikel atau tumbuh kembali di dalam kulit.

Tindak balas berlaku yang mana akan menghasilkan ‘papules’ iaitu bengkak kecil pada kulit yang biasanya dikenali sebagai ‘razor bumps’.  Ia juga boleh menyebabkan parut dan tanda kemerahan atau istilah perubatannya disebut ‘Pseudofolliculitis Barbae’ atau PfB.


Langkah pencegahan
Langkah terbaik untuk mengelakkan hairnya ‘ingrown hairs’ adalah dengan menggabunkan beberapa langkah untuk mengatasi dan merawatnya.  Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mencegahnya.  Paling utama, anda perlu mengikuti kesemua langkah ini untuk beberapa minggu.

1.       GUNAKAN BAHAN AKTIF

Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikatakan mampu merawat ‘ingrown hairs’.  Namun realitinya, produk yang mengandungi asid ‘Salicylic’ iaitu sejenis bahan aktif adalah produk yang dapat merawatnya.  Kandungannya telah diperkemaskan secara dermatological yang mana dapat menanggalkan sel-sel kulit mati, melembapkan dan membersihkan pori-pori kulit serta membantu menghalang jangkitan.

Gunakan produk selepas mencukur dengan kandungan asid ‘Salicylic’ agar ia kekal di kulit sepanjang hari.  Anda juga boleh menggunakan krim pencukur ‘non-agnegenic’ terutamanya yang diformulasikan untuk kulit sensitive.  Ia mengandungi lebih banyak agen pelincir berbanding krim pencukur berasaskan sabun yang boleh mengeringkan dan menyebabkan keradangan pada kulit.

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi alcohol kerana ia akan menyebabkan masalah ‘ingrown hairs’ bertambah teruk dengan mengeringkan kulit dan menutup liang-liang pori.

2.       PERBAIKI PERMUKAAN KULIT

Pengelupasan perlu mengatasi ‘ingrown hairs’, dan menggunakan skrub muka yang mengandungi ‘Glycolic’ dan asid ‘ Salicylic’ setiap hari adalah cara yang efektif.  Gunakan berus lembut dan cecair pembersih dan sapukan pada kulit dengan gerakan membulat.  Tujuannya adalah untuk membuang ‘ingrown hairs’, menghapuskan sel-sel kulit mati dan membersih folikel bagi membenarkan rerambut baru tumbuh di permukaan kulit tanpa masalah.


3.       PERBAIKI TEKNI BERCUKUR

Bercukur terlalu rapat dengan kulit menjadi salah satu daripada penyebab razor bumps.  Rerambut yang dicukur terlalu rapat pada kulit akan terperangkap di dalam folikel.  Untuk mengelakkan daripada mencukur terlalu rapat dengan kulit, jangan tekan kulit semasa sedang bercukur atau meletakkan terlalu banyak tekanan pada mata pisau pencukur.  Cara yang betul adalah dengan mencukur mengikut arah tekstur kulit dan menggunakan pisau cukur bermata satu.

Sebelum bercukur, tekapkan tuala yang telah direndam dengan air panas pada bahagian kulit yang hendak dicukur untuk beberapa minit.  Anda juga boleh bercukur selepas mandi dengan air panas atau menggunakan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk melembutkan rerambut sebelum bercukur.

Ganti pisau pencukur jika ia sudah lama digunakan.  Pencukur elektrik merupakan salah satu penyumbang pertumbuhan rerambut dengan arah yang tidak teratur.  Semasa bercukur, setiap kali  anda bercukur terlalu rapat pada kulit ia sudah cukup menyebabkan masalah  ‘ingrown hairs’ kembali semula dan seterusnya memerlukan masa yang lama untuk sembuh.


4.       MERAWAT ‘INGROWN HAIRS’ SEDIA ADA

Berhati-hati ketika menganggalkan ‘ingrown hairs’ menggunakan penyepit.  Harus diingatkan di sini agar anda tidak mencabutnya kerana ia hanya akan menyebabkan rerambut tumbuh lebih dalam.  Penggunaan produk yang mengandungi ‘azulene’, ‘allantion’ dan ‘hazel’ mampu membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak pada kulit.

-          Sebelum rerambut ditanggalkan, tekap tuala yang telah direndamkan ke dalam air ppanas pada bahagian kulit yang mengalami masalah ‘ingrown hairs’ beberapa minit untuk menarik keluar rerambut le permukaan kulit.
-         Adalah lebih baik sekiranya anda tidak bercukur buat sementara waktu kerana ia merupakan cara yang selamat bagi menghentikan rerambut tumbuh di dalam kulit.
-        Sentiasa pastikan kulit anda bersih dan lembap.


Info Ekstra

·         Sekiranya bahagian kulit yang bermasalah ‘ingrown hairs’ mula dijangkiti, segeralah berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan.
·         Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang cepat ditumbuhi ‘ingrown hairs’, gunakan kaedah ‘mix and match’ iaitu dengan mencuba pelbagai produk penjagaan kulit dan teknik yang berbeza.  Dengan cara ini, anda akan dapat mencari apakah produk yang terbaik dan sesuai buat kulit anda.
·         Ingatlah, untuk mengatasi masalah ‘ingrown hairs’, anda harus konsisten.  Sekiranya rawatan pertama berhasil, jangan berhenti merawat kulit anda sehinggalah kulit anda tidak bermasalah sepenuhnya.

1 comments:

Anonymous said...

OOo...ingatkan kulit sensitif rupenye di sebabkan ingrown hairs....

Post a Comment