16 February 2011 | By: shah

AWASI PEMAKANAN ANDA

Karbohidrat, kalori, protein & lemak pengaruhi kesihatan
               
Kesihatan kita dipengaruhi oleh pelbagai factor antaranya cara hidup, persekitaran dan keturunan.  Namun jangan terlupa dengan factor pemakanan yang turut banyak mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.  Jika kita mengambil makanan yang sihat, secara tidak lansung ia akan membantu kita menjaga dan mempertingkatkan mutu kesihatan.

Makanan yang mempengaruhi  pelbagai nutrient amat diperlukan untuk kesihatan yang berkualiti.  Namun, tidak ada sejenis pun makanan yang membekalkan kesemua nutrient yang kita perlukan.  Ada lebih 40 nutrien yang dikumpulkan dalam enam jenis nutrient utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.  Namun tiga jenis nutrient yang paling penting ialah seperti dibawah.

KARBOHIDRAT ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia.  Ia adalah sumber yang  utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.  Karbohidrat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu Monosakarida, Oligosakarida dan Polisakarida.

PROTEIN merupakan nutrient yang sangat penting untuk mengawal sel, pertumbuhan dan pembaikan.  Hampir separuh daripada protein yang diambil setiap hari ditukar menjadi enzim, yang khusus mengawal kelajuan tindak balas biologi di dalam badan dan membenarkannya mengerjakan fungsi seperti mencerna makananan dan menggumpul atau membahagikan molekul untuk membuat sel baru dan bahan kimia.  Untuk manjalankan fungsi-fungsi ini, enzim selalunya memerlukan vitamin dan mineral tertentu.

LEMAK sangat diperlukan untuk kesihatan yang baik kerana ia membantu dalam pengeluaran tenaga, pembianaan sel, pengangkutan oksigen, pembekuan darah dan penghasilan bahan ala hormon yang dipanggil prostaglandin.  Lemak boleh jadi tepu, politaktepu dan monotaktepu dan lemak tepu.  Lemak politaktepu atau asid lemak yang penting, tidak boleh dibuat di dalam badan dan mesti diambil dari diet anda.

KEPERLUAN KALORI
Kalori adalah sejenis unit tenaga.  Perkataan kalori diambil dari perkataan Latin iaitu calor (haba).  Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakkan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperoleh daripada makanan.  Bagi seorang lelaki dewasa yang berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan kadar berat minimum 55kg, memerlukan jumlah kalori sebanyak 2530 kclas sehari.  Manakala yang berumur 40 hingga 49 tahun dengan kadar berat yang sama memerlukan 2400 kcals sehari.  Untuk lelaki dewasa berusia 50 hingga 59 tahun pula, sebanyak 2280 kcals diperlukan.  Bagi yang berusia 60 tahun ke atas, jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari ialah 2020kcals.

0 comments:

Post a Comment