31 August 2009 | By: shah

Dalam Dilema...

Rasanya aku pernah kuarkan artikel pasal ini kot... aku pun dah lupa sebab lama dah x updates... erm... perkara ni berulang semula... ianya berlaku petang td la, masa aku baru nak berbuka, ayahku menelefon dari kampung... asalnya dia bertanyakan khabar aku...

Kemudian bercerita plak pasal member aku yang kena bomoh oleh perempuan gila... erm... sampai plak ke masa aku cuti raya nnt... aku tau ayah aku rindu akan kehadiran aku di rumah kampung sebab hanya aku sahaja anak lelaki dalam kuarga aku... aku paham sikap ayah aku sebab dia jenis x banyak cakap... tp dia x sentiasa bg nasihat kat aku dan adik2 aku yang lain...


Tapi bukan itu yang menjadi dilema bagi aku tapi... masa asyik borak2 ngan ayah aku... dia ada la bertanya pasal pelajaran aku, bila aku akan habis blaja... aku bgtau la terus terang dengan nya... aku bgtau la aku akan hbs kan pelajaran awal tahun depan... aku tau apa niat ya bertny mcm tu... aku pun tau apa yang aku nak buat... aku mmg dah plan untuk mencari kerja lepas ni... sbb aku nak tlg kuarga aku...


Ayah aku plak ingin kan aku balik ke kampung dan cari kerja kat sana... bukan aku x ingin cari kerja di sana, tp keadaan memaksa aku untuk tidak mencari kerja kat sana... sbb aku pernah merasa dahulu menganggur setahun sebab sukar untuk dapatkan kerja... apatah lagi dengan sijil yang aku ada sekarang, memang x da kerja yang sesuai untuk sijil yang aku pegang kerana sijil tu hanya laku di semenanjung, kerana peluang kerja di sini amat banyak dan mengunggu masa untuk di rebut sahaja...


Mungkin bukan sekarang untuk aku bgtau apa sijil yang aku pegang...erm... apa pun kuarga aku masih tak faham apa yang ingin aku lakukan... mungkin mereka ingat aku x fikir akan kesusahan kuarga aku... aku ni pun jenis sama seperti ayah ku, lebih suka berdiam diri dari menyuarakan sesuatu... mungkin raya akan tiba nie nanti aku akan terangkan kepada mereka keadaan sebenar aku dan apa yang telah aku rancangkan sebelum nie... aku harap mereka tak menghalang apa yang aku ingin kan....


0 comments:

Post a Comment