16 August 2009 | By: shah

Kesempurnaan atau kepuasan???



Erm… aku x tau la apa yang orang sekarang ingin kan dalam kehidupan mereka… x pernah puas dengan apa yang ada…erm…ada yang ingin kan kesempurnaan… bukan la aku nak kata aku ni sempurna tp aku dah berusaha untuk lakukan yang terbaik…

Kekadang aku masih terasa terumbang ambing… tambahan plak x lama lagi aku akan hbskan pembelajaran aku… entah mcm mana la keadaan aku lepas ni… risau pun ada gak… ye la aku sendiri x tau sama ada aku dapat terus kan hidup ni di tempat orang… kuarga dan saudara semua jauh2… klu aku di usir nnt, kemana aku akan pergi??? Barang aku banyak lagi kat sini… nk aku bawa balik ke kampong, x mampu aku nak bayar duit flight… bukan murah skrg ni nak balik…

Raya nie nnt pun aku terpaksa minta tolong kuarga aku untuk dapatkan tiket balik… sbb baget aku x cukup untuk beli sendiri… malu gak aku sebab sebelum ni aku dah bgtau mak yang aku nk beli sendiri tiket balik tapi, erm… susah susah… dengan sapa lagi aku nak berbicara??? Aku tiada teman rapat… yang ada hanya lah teman bergembira aje… masing2 dengan kehidupan masing2…

Jap2, tukar tajuk sat… baru aku teringat… ari tu masa aku lepak ngan sorang member aku ni… borak2 ngan dia ni, sampai la ke tahap kuarga plak... dia citer la pasal kuarga dia… pastu bila sampai masa aku plak untuk citer pasal kuarga aku, aku Tanya la dia dlu… dia tgk aku mcm mana… nk tau apa jawapan dia??? Dia cakap aku ni mungkin anak orang berada, ye la bergaya katanya… mcm orang berduit…

Tapi tu semua salah, bila aku bgtau perkara yang sebenar, bukan main terkejut dia bila dapat tau yang aku ni bukan la seperti apa yang dia bayang kan pada mulanya… tu la aku bgtau kat dia… jangan hanya pandang orang pada luaran sahaja… bukan la aku nak kata aku ni pandai bergaya…tapi cara aku berpakaian x menampak kan aku ni dari kuarga yang susah…

Bukan la aku ni boros tp aku ni jenis pakai benda tu selagi dapat di pakai… tu la banyak baju2 lama yang aku x pakai tu, bila aku pakai Nampak mcm baru… aku bgtau la kat dia,x kan la aku nk tunjuk kat semua orang yang aku ni orang susah… kekadang kan x semestinya aku senyu
m, aku gembira…

Erm… mcm2 kan gelagat orang ni… berbalik kepada kesempurnaan dan kepuasan ni, aku masih lagi bertanya pada diri aku… adakah aku akan d usir dari hidupnya apabila dia bertemu apa yang dia inginkan selama ini??? Hm…aku tau aku pernah lakukan kesilapan suatu masa dulu… tp tu semua aku jadi kan pengajaran dan aku x akan mengulangi nya… aku x tau la nak kata apa… mungkin dalam diam dia dah ada??? Itu aku x tau sbb kami jarang berjumpa… tu pun Cuma 2 kali seminggu… sms skrg ni pun dah jarang… aku saja diam diri… aku pun harus bersedia dengan apa jua yang bakal aku terima…

Usia semakin meningkat… aku pun dah semakin matang skrg ni… dan matlamat dan tujuan utama aku akan aku tunai kan x lama lagi… x ada siapa yang akan dapat halang aku… nk tau apa??? Hehehe malu plak aku nak cakap… kekeke aku nk jd mcm ZAWEN ANUAR pengacara WWE astro tu… tu la… aku akan pasti kan matlamat tu tercapai…mungkin after raya ni… tu semua aku dah plan awal2…member2, aku dah dapat dah untuk sertai aku… dalam masa 3 bulan tu aku harap apa yang aku impikan berhasil…

Untuk dia, aku masih sayangkan dia… aku harap x akan kehilangan dia… erm… harap dia x kan cari lain… sbb apa yang aku lakukan ni aku lakukan untuk dia… aku sanggup berkorban untuk mencari kerja disini semata2 untuk bersama dia… aku x pernah bosan dengan dia…semoga dia pun merasa begitu… erm… aku dah cuba lakukan yang terbaik dan aku x kan pernah berputus asa untuk mencuri hatinya lagi…

0 comments:

Post a Comment