29 December 2009 | By: shah

Petua Dari Sumber Semula Jadi

HALBA BAIK UNTUK KESIHATAN


Halba antara salah satu herba yang cukup popular digunakan dalam masakan.  Bukan itu saja, halba turut banyak digunakan dalam perubatan dan merupakan antara ubatan yang tertua di dunia ini iaitu sejak zaman Nabi Muhamad SAW yang pernah bersabda: " Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " .  Malah bapa perubatan Yunani, Al - Abqirad (Hippoctaes) turut menggunakannya.

Antara kegunaan halba dalam perubatan ialah:

1. Jika diminum sebagai teh,
    - Menghilangkan kembung, sebu dan senak perut.
    - Menguatkan jantung.
    - Melegakan sakit kepala dan migrain.
    - Membuang angin.
    - Menyembuhkan buasir.
    - Mengurangkan berat badan.
    - Mengawal kencing manis.
    - Merawat bisul dan radang kulit.
2. Jika diminum teh halba yang dicampurkan dengan madu,
    - Dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah.
    - Dapat mengelakkan anemia.
3. Merupakan ramuan tradisi yang mampu menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
4. Memanaskan buah pinggang.
5. Merawat mati pucuk.



DAUN BETIK UNTUK RAWAT DENGGI?


Dalam perubatan, masih belum ditemui penawar sebenar untuk demam denggi.  Namun terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk meredakan demam denggi ini.  Antara yang dikatakan terbaik ialah dengan meminum jus daun betik.  Dikatakan jus daun betik dapat meningkatkan semula kadar platlet darah.  Untuk mendapatkan jus itu, anda tidak perlu untuk merebus atau merendamnya di dalam air panas kerana ia boleh menghilangkan khasiatnya.  Sebaliknya anda cuma perlu lumat atau hancurkan daun betik tersebut hingga ia mengeluarkan jus.  Dengan hanya dua helaian daun betik itu, anda akan mendapat jus sebanyak satu sudu teh kecil.  Ia memang sangat pahit tetapi dipercayai efektif dapat meredakan demam denggi.



HILANGKAN PARUT SECARA TRADISIONAL


Mempunyai parut terutamanya yang jelas kelihatan ada kalanya agak memalukan, memandangkan rasa kurang yakin dan merasa nilai diri yang agak rendah.  Teknologi moden memang ada untuk menghilangkan parut antaranya dengan menggunakan laser tetapi sudah pasti kosnya agak mahal dan kebarangkalian mendatangkan kemudaratan memang ada.  Jangan risau, ada cara alternatif untuk menghilangkan parut walaupun mungkin ia mengambil masa yang agak lama tetapi mudah dan ternyata berkesan.

Dengan menggunakan ekstrak lemon, ekstrak timun dan kulit pisang, anda boleh lakukannya di mana - mana saja.  Caranya mudah, anda hanya perlu menggunakan salah satu dari bahan tersebut dan kemudian sapukan di tempat yang berparut.  Biarkan ekstrak bahan tersebut di bahagian berparut antara 5 hingga 10 minit dan kemudian  baru dibilas dengan air yang bersih.  Lakukan perkara yang sama antara 2 hingga 3 kali.  Amalkan perkara ini sehinggalah parut tersebut sudah ghaib dari tubuh badan anda.



BANYAK MINUM AIR MINERAL, KESIHATAN MANTAP!

Pakar perubatan sudah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi adalah bagus untuk kesihatan.  Di Jepun, pakar perubatan di sana telah berjaya dengan kajian yang dijalankan berkaitan faktor kesihatan dan penyakit - penyakit yang sembuh 100 peratus apabila para pesakit mengamalkan meminum air mineral setiap hari.  Antara penyakit tersebut ialah sakit kepala., artritis, epilepsi, asma, TB, meningitis, masalah buah pinggang, sistem jantung, masalah pencernaan, gastrik, cirit - birit, batuk, masalah penglihatan, kanser dan banyak lagi.  Pakar perubatan dari Jepun juga menyarankan anda melakukan perkara seperti di bawah untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih sempurna:

  • Sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi, minum air mineral sebanyak 160ml.
  • Selepas memberus dan membersihkan gigi serta mulut, elak dari minum air atau makan apa - apa dalam tempoh kurang dari 45 minit.
  • Selepas 45 minit tersebut, barulah anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit dari mengambil sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum apa - apa selama 2 jam.
  • Elak dari meminum air sejuk ataupun air terutamanya ketika mengambil hidangan yang berat.  Ini kerana minuman yang sejuk lebih mudah memerangkap kandungan minyak yang terdapat di dalam badan lantas bertukar menjadi kolestrol.

0 comments:

Post a Comment