09 January 2010 | By: shah

Info Kesihatan

Ginseng Dan Dunia Lelaki

Dalam dunia serba moden dan canggih ini, unsur-unsur tradisi dan alam semulajadi masih dipegang kuat oleh kebanyakkan dari kita.  Kaum lelaki juga tidak terkecuali mengambil berat akan hal ini dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tekanan.


Dipercayai Beribu Tahun


Ginseng berasal daripada perkataan sehin-seng / jen-seng / ren-shen (bahasa Cina) yang membawa makna " tumbuhan manusia ".  Ini kerana kemiripan bentuk akarnya dengan tubuh manusia.  Ginseng terkenal di kalangan masyarakat Cina dan Korea sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu.  Ginseng juga telah dipercayai berabad lamanya untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit serta telah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat Cina dan Korea sehingga ke hari ini.  Seiring dengan kemajuan teknologi, ginseng telah diusahakan dalam pelbagai bentuk dan produk bagi tujuan komersil.


Kelebihan Ginseng

Gaya hidup lelaki kini sering terdedah dengan kesan sampingan kesihatan.  Ditambah lagi dengan banyak mengambil makanan segera atau yang diproses, merokok dan sebagainya yang akan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam tubuh.  Jadi ia akan memberi kesan seperti mudah penat serta lesu dan berkemungkinan untuk mengangu penghasilan hormon yang juga memberi kesan kepada kemampuan seksual.  Jadi alternatif terbaik untuk mengimbangi semua itu adalah dengan ginseng yang telah terbukti keupayaannya melalui ujian klinikal.  Keupayaannya  termasuklah untuk memulihkan tenaga serta meningkatkan stamina, sistem imun dan kecergasan tubuh.  Ia juga melancarkan peresdaran darah, meningkatkan kecerdasan minda, merangsang tubuh bagi merawat kesakitan fizikal atau mental, mengawal capaian kepuasan hubungan kelamin, mengandungi antioksida dan dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah.  Sekali gus, ini dapat membantu penghidap diabetes yang 50 peratus lebih berisiko untuk menghidap mati pucuk ( ED ).

0 comments:

Post a Comment