03 January 2010 | By: shah

Info Kesihatan

Juruterbang Berisiko Katarak




Hasil kajian oleh para penyelidik dari University of Iceland mendapati bahawa juruterbang berisiko tinggi menghidap masalah katarak mata.  Hasil penemuan ini berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 445 lelaki berusia 50 tahun ke atas.  Daripada jumlah tersebut, didapati 79 orang yang bekerja sebagai juruterbang mengalami masalah katarak.  Ini bermakna, juruterbang dikatakan tiga kali ganda berisiko menghidap katarak berbanding mereka yang bukan bekerja sebagai juruterbang.  Namun, Jenis katarak yang dialami adalah katarak biasa atau dikenali juga sebagai katarak nuclear.  Menurut Vilhjalmur Rafnsson, ahli kumpulan penyelidik tersebut yang telah menerbitkan penemuan ini di dalam jurnal Archives of Ophtalmology seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata, terjadinya katarak ini disebabkan oleh faktor radiation cosmic.



Colgate Propolis Untuk Gusi Lebih Sihat



Colgate-Palmolive (Malaysia) memperkenalkan produk terbaru dalam penjagaan gusi dan gigi agar lebih sihat.  Produk yang dihasilkan melalui formula semula jadi menggunakan propolis lebah dan formula kalsium dan florida ini terbukti berkesan.  Colgate Propolis, ubat gigi gel kuning keemasan menyegarkan dan membina gusi lebih sihat serta gigi lebih kuat.  Rasanya yang enak dan menyegarkan telah berjaya menambat hati pengguna di Malaysia.  Penghasilan Colgate Propolis menjadikan ia sebagai produk kesihatan oral yang unik dan menyihatkan.


Jus Delima Melawan Kanser Prostat



Berdasarkan kajian oleh Sekolah Perubatan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat menunjukkan jus buah delima mampu melawan kanser prostat.  Kajian mendapati buah delima kaya dengan antioksidan dan anti-inflamantori yang bertindak sebagai agen anti-kanser.  Kumpulan penyelidik ini mendapati, ekstrak buah delima bukan hanya dapat membunuh kanser, tetapi juga menghalang kanser dari bermula dan merebak.  Menurut Dr. Hasan Mukhtar, Profesor Dermatologi di sekolah perubatan tersebutdan juga ketua penyelidik, setelah kajian dilakukan ke atas haiwan, jus delima benar-benar berkesan sebagai agen melawan kanser terutama kanser prostat.

0 comments:

Post a Comment