27 January 2010 | By: shah

Batu Karang: Kenali Penyebabnya





Penyakit batu karang kurang dikenali berbanding dengan kanser ataupun sakit jantung.  Batu karang merupakan satu keadaan di mana dalam tubuh manusia wujud kehadiran batu.  Ia mungkin wujud pada hempedu, air liur ataupun sistem urinari.  Namun, batu karang urinari adalah yang paling banyak dilaporkan.  Nisbahnya ialah satu atau dua pesakit dalam seribu orang.  Anggaran usia bagi pesakit batu karang urinari ialah sekitar 20 hingga 40 tahun.  Golongan lelaki dikatakan lebih ramai menjadi mangsa batu karang urinari berbanding wanita.  Nisbahnya ialah 3 : 1.  Antara faktor utama kewujudan batu karang ialah apabila seseorang individu terdedah lama di bawah sinaran cahaya matahari.  Apabila terlalu lama terdedah pada sinaran cahaya matahari, air kencing akan menjadi pekat sehingga wujudnya kristal-kristak kecil dalam air kencing.  Kehadiran batu karang pada sistem urinari menyebabkan rasa ketidakselesaan kepada individu.  Kadang-kadang akan terasa amat sakit.  Apatah lagi, batu karang terletak pada bahagian buah pinggang.  Seseorang yang mengalami batu karang juga akan turut terasa sengal terutama di bahagian belakang bawah rusuk.


0 comments:

Post a Comment