06 January 2010 | By: shah

Rileks Sebentar ??

BADAK DAN MONYET



Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet.  Mereka ini memang tak pernah baik, selalu saja bertengkar.  Pada suatu hari, sedang bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.  Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin.  Jin itu setuju untuk menunaikan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang itu.


Permintaan 1 Badak  :  Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... hehehe
Permintaan 1 Monyet  :  Saya mau sebuah motor Harley Davidson.


Jin tu kelip mata, semua badak lain kat situ jadi betina, dan ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.


Permintaan 2 badak  :  Saya mahu semua badak sumbu kat negeri Pahang ni betina kecuali saya... hehehe
Permintaan 2 monyet  :  Saya mahu jaket kulit hitam dengan helmet Shoei.


Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang motornya tu.


Lepas tu jin tu kata, "Ini permintaan terakhir kamu, fikirlah dengan baik-baik."


Badak tu berfikir sejenak, kemudian berkata; " Saya mahu semua badak sumbu di Malaysia ni betina yang cun melecun gilerrr... kecuali saya. "


Jin tu pun kelip kan mata dan bling...  Maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya ini.


" Hah monyet, awak nak apa pulak?  Kasut but kulit ke? " Tanya jin.


Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu; " Saya mau badak tu jadi GAY. "


Jin tu pun kelipkan mata, bling...


Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas-puasnya. " Mana aku nak cari badak jantan ni nyah...? "

0 comments:

Post a Comment