28 January 2010 | By: shah

Hei !!! Basuhlah Tangan




Membasuh tangan!.  Kelihatan mudah tetapi ramai yang malas berbuat demikian.  Sebuah kajian menunjukkan  satu pertiga  lelaki dan sebahagian besar wanita tidak membasuh tangan selepas keluar dari tandas.  Sedangkan tangan adalah ' pintu gerbang' untuk dicemari dengan kuman dan bakteria.  Kebanyakkan penyakit disebabkan oleh kuman yang disebar melalui tangan.  Tangan yang tidak bersih akan memudahkan kuman masuk ke tubuh ketika menyuap makanan.  Di katakan sekitar 4.5 juta masyarakat di Britain menghidapi penyakit yang berpunca daripada tangan kotor.  Namun, laporan rasmi yang dikeluarkan kurang daripada 100 ribu kes.

KAJIAN YANG DIJALANKAN KE ATAS 2000 ORANG MENDAPATI SEBANYAK 31 PERATUS LELAKI DAN 17 PERATUS WANITA TIDAK MEMBASUH TANGAN SEBAIK KELUAR DARI TANDAS.  ANTARA ALASAN YANG DIBERIKAN IALAH MEREKA PERCAYA TANDAS CUKUP BERSIH.  MENURUT PAKAR DARI FOOD STANDARDS AGENCY, JOHN KREBS, MEMEGANG MAKANAN DALAM KEADAAN TANGAN KOTOR AKAN MENIMBULKAN MASALAH KESIHATAN.  DAN IA MENJADI MASALAH BESAR DI KALANGAN MASYARAKAT BRITAIN.  PADA HAL MEMBASUH TANGAN ADALAH LANGKAH YANG PALING MUDAH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH INI.

Sementara itu, hasil sebuah kajian lain mendapati sebanyak 42 peratus orang tidak membasuh tangan selepas bermain dengan haiwan peliharaan.  Dan lebih setengahnya lagi tidak membasuh tangan sebelum makan.  Pakar mikrobiologi dari universiti Aberdeen, Hugh Pennington berkata membasuh tangan adalah cara mudah
mengelakkan risiko dijangkiti penyakit.


0 comments:

Post a Comment