29 January 2010 | By: shah

Epal & Kanser Prostat


Anda takut kanser prostat?  Jika ingin selamat, rajinlah makan buah epal dan kacang buncis yang mengandungi sebatian aktif kuersetin.  Ini berdasarkan hasil kajian pakar di Mayo Clinic, Rochester, Amerika Syarikat, yang dimuatkan di dalam jurnal Carcinogenesis.



Dalam uji kaji makmal, pakar kanser dari jabatan Urologi di Mayo Clinic, Nianzeng Xing, membuktikan bahawa kuersetin mampu menghalang reseptor hormon lelaki (androgen).  Reseptor ini bertugas mengaktifkan gen-gen yang mengatur produksi beragam hormon pada saluran prostat.  Jumlah reseptor yang terlalu melimpah akan memacu sel-sel sehingga membiak hingga tidak terkawal dan mengakibatkan kanser.

" Reseptor androgen perlu dihalang  untuk mencegah  kanser prostat, " kata Xing yang dipetik daripada Science News Magazine.  Jadi, sementara menunggu kajian seterusnya, Xing menyarankan untuk memperkayakan menu makanan dengan sumber kuersetin semula jadi seperti epal, kacang buncis, jeruk, teh dan bawang merah.

0 comments:

Post a Comment