30 January 2010 | By: shah

Selalu Berdengkur ???



Pernahkah anda mengalami sesak nafas atau nafas terhenti ( sleep apnea ) ketika tidur?  Jika pernah, periksalah leher anda.  Para penyelidik berkata, ukuran leher lelaki boleh mempengaruhi berlakunya sleep apneaMenurut penyelidik, sleep apnea ditandai oleh bunyi dengkur yang kuat ketika tidur.  Dr Adam Whitle dari Royal Infirmary of Edinburgh berkata, gejala sleep apnea berkait rapat dengan jumlah otot di leher.  Dalam penyelidikan itu beliau telah memeriksa leher lelaki dan wanita yang tidak memiliki gejala sleep apnea.  Keputusan yang diterima ialah lelaki memiliki otot lebih banyak berbanding lemak.  Sebaliknya, hanya sedikit otot di leher wanita.  Jadi, jika anda berleher besar, berjaga-jagalah ketika tidur.  Mungkin sleep apnea menanti saban malam.

0 comments:

Post a Comment