22 April 2009 | By: shah

Malam

Agak menyeramkan malam nie... angin bertiup kencang hingga boleh ku dengar sampai ke bilik... gile la seram sejuk aje dengar bunyi angin tu diselang seli dengan bunyi pintu rumah kosong yang berdentam dentum terbuka dan tertutup...
Kawasan rumah aku ni masih banyak lagi kosong dan x banyak yang mendiami rumah2 kat sini... jam terpapar menunjukan tepat 10.50 mlm... aku x tau nak buat apa skrg... blaja sudah, so skrg ni aku tgh melapangkan minda skit, tgh cari idea untuk blog aku yang x berapa menarik ini... malam2 macam ni x der banyak aktiviti yang dapat dibuat... aku plak dah x macam dlu, klu dulu aku sibuk memanjang, sekarang ni aku dah banyak lapang, sempat berjemaah kat surau... tenang jiwa bila dapat berjemaah, memang ini la saat yang aku tunggu selama ini,


Sekarang ni dalam fikiran aku, apa yang akan berlaku pada diriku di masa akan datang? entah aku akan hidup macam mana, memang berat juga beban sebagai anak yang pertama, bagi aku, keluarga adalah yang pertama bagiku, aku mau melihat orang tua ku hidup senang, banyak dugaan yang kuarga aku hadapi sekarang, tp orang tua ku tetap sabar menghadapinya, aku bangga mempunyai ibu bapa yang x pernah mengenal erti lelah mencari rezeki untuk anak2nya.
Kekadang aku menanggis seorang diri mengenangkan nasib kuargaku, aku plak masih lagi belajar, pernah juga terlintas dalam fikiranku untuk berhenti blaja dan mencari kerja untuk menolong orang tuaku, tp berkat semangat dan dorongan member sama blaja, aku teruskan juga menimba ilmu, kerana x lama lagi aku akan habis blaja, x sabar rasanya untuk habis blaja sebabnya aku x sabar nak cari kerja untuk kuargaku... bukan la nak kata aku ni baik, tp memang itu niatku dari dulu, aku bukan la dari keluarga senang, aku hanya seorang budak kampung yang berhijrah ke daerah lain untuk menimba ilmu...
Pelik, td bukan main kuat lagi angin bertiup... skrg ni dh x der plak....SERAM!!!!

0 comments:

Post a Comment